Thursday, 26 July 2012
Tuesday, 24 July 2012
HARIJADI PERTAMA ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR
Selamat harijadi, Bella, semuga menjadi anak yang solehah
Sophea Isabella merayakan harijadi pertamanya bersama-sama rakan-rakan sekelasnya yang sama comel-comel belaka
Sedikit comot tetapi 'menten' comel.....kan
Sumber : Barely Supermommy
Comelnya Anak Dr Sheikh Muszaphar Bertindik Telinga
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina telah membawa puteri mereka bertindik telinga di kedai khas di Ampang sebagai hadiah harijadi pertamanya.
Comelnya Sophia Isabella
Sumber : Barely Supermommy
Tuesday, 17 July 2012
Tips sihat menjalani ibadah puasa
TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN
1) Banyak minum air samada semasa bersahur atau sewaktu berbuka untuk mengelak kekurangan air yang banyak yang mana akan menjejaskan kesihatan.
2) Amalkan memakan kurma kerana ia sumber nutrien yang penting.
3) Perbanyakkan memakan sayur dan buah-buahan kerana kandungan fibernya yang tinggi membantu menahan mengenyangkan diri dari berasa lapar sepanjang hari
4) Elakkan makanan berlemak dan berminyak terutama masa bersahur untuk mengurangkan rasa lapar.
Monday, 16 July 2012
GAMBAR TERKINI ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR
He...he...he... sian si 'Puteri Duyung' tertidur masa makan. Comei nya dia kan.....
Sunday, 15 July 2012
LEBIH 100 ORANG RENTUNG
PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Apabila sebuah lori tangki minyak terbalik, beratus-ratus orang penduduk tempatan berduyun-duyun ke lokasi tersebut untuk mencedok minyak petrol yang tumpah tanpa mengindahkan amaran daripada pasukan tentera bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa.
Akibatnya, lebih 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, rentung apabila kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar. Kebanyakan mangsa yang rentung adalah 'Okada' (pemandu teksi motor). Berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Beberapa buah jengkaut digunakan untuk menggali kubur besar kerana kebanyakan mayat rosak teruk dan sukar untuk diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak – AFP
Wednesday, 11 July 2012
ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR BELAJAR BERJALAN
Sophea Isabella, buah hati Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina sudah pandai mengimbang badannya dan belajar berjalan selangkah dua langkah ke hadapan.
Tengoklah kegigihan si 'Puteri Duyung', walaupun jatuh Si comel ini sedaya upaya mengimbangi badannya untuk bangun semula.
Sumber : Barely Supermom
Thursday, 5 July 2012
ELLA NIKAH ESOK (SABTU 070712)
AKHIRNYA...perkenalan sembilan tahun antara Ella dan Azhar akhirnya membawa ke gerbang perkahwinan.
Ella akan menamatkan zaman solonya bersama seorang juruterbang berasal dari Johor, Azhar Ghazali, 30, yang telah sembilan tahun mencuri hatinya.
Mereka akan bernikah malam esok (Sabtu) di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.
Wednesday, 4 July 2012
IRMA HASMIE SAH BERGELAR ISTERI PADA 29 JUN 2012
Irma bersama ibu dan ibu mertua, Azizah Osman, selepas upacara menyarung sebentuk cincin berlian ke jari manisnya
Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan sah menjadi suami isteri pada 29 June 2012. Irma Hasmie, 30 dan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan,31, dinikahkan sendiri oleh bapa Irma, Ibrahim Othman di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu. Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," kata Irma.
Irma bertemu ahli perniagaan, anak kepada Datuk Mohd Redzuan, ini di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu. Keluarga Reza kemudian merisik Irma pada 12 Mac 2012.
Irma Hasmie, 30, menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220.
Majlis perkahwinan sangat Islamik ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Don.
Sumber :
~~~> Beautifulnara
Sumber :
~~~> Beautifulnara
PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN AKMA AF
Alhamdulillah, Akma AF dan Farih Hamshi sah bergelar suami isteri pada 30 Jun (di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC)) setelah dinikahkan sendiri oleh bapa Akma AF, Abdullah Abdul Rahim, dengan sekali lafaz, di hadapan Zulkifli Mohammad selaku Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Majlis resepsi pertama telah diadakan di tempat yang sama, selepas majlis akad nikah. Majlis di pihak lelaki pula pada 3 Julai di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).
Tuesday, 3 July 2012
Anak Dr Sheikh Muszaphar Terkini
Gambar terkini anak comel Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.
Bila cuti bersalin 6 bulan Dr Halina tamat, Sophea Isabella atau panggilan manjanya, Bella, akan dijaga oleh pengasuh di rumah.
Tentunya Dr Sheikh Muszaphar dan Dr halina akan berlapang dada ke tempat kerja kerana pengasuh Bella merupakan pengasuh yang telah menjaga Dr Halina adik-beradik sejak 31 tahun yang lalu.
Agar Bella tidak terperap di rumah bersama orang-orang dewasa sahaja, Bella dihantar ke kelas untuk belajar, bermain, bergaul dan berkawan dengan anak-anak seusianya.
Tugas menghantar dan mengambil nya dari sekolah akan diambil-alih oleh Dr Sheikh Muszaphar apabila Dr Halina mula bertugas nanti.
Entri-entri berkaitan :
Sumber : Barely Supermommy