Wednesday 30 May 2012

GAMBAR BERKAITAN HALAL HARAM FACEBOOK




RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR




Surah paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat. Surah ini diturunkan di Makkah. Surah ini bermaksud sungai di syurga. 

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ianya diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Fadhilat Surah Al-Kautsar :-

1) Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




ENTRI-ENTRI BERKAITAN :

FADHILAT AYAT KURSI


DOA AGAR DITETAPKAN HATI


HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL


Doa Menjinakkan Binatang Kesayangan


Doa Segala Penawar Penyakit


SYAFAAT SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN


DUA FOR HUSBAND WIFE LOVE


BARAKAH DENGAN BASMILLAH


BERDOA UNTUK SAUDARA MUKMIN TANPA PENGETAHUANNYA


DOA ASIAH


DOA NURBUAT (NURUL NURBUWAH


DOA SELEPAS SOLAT


Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris


DOA UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT APABILA DIGIGIT BINATANG


Ikhtiar Menghalau Tikus


Tip menghilangkan mengantuk semasa memandu


DOA AGAR DIMURAHKAN REZEKI


Doa Agar Hati Kita Lembut, Terbuka & Terang 


Doa Mengelak Dari Cengkaman Hutang & Ditindas Orang


Doa Pendinding & Pantulan Sihir Kepada Si penghantar


DOA SEHARIAN ( untuk anak-anak khasnya)


DOA, SURAH DAN HADIS BERKAITAN TATACARA TIDUR

Kenapa perlu pakai tudung...mengikut kaedah sains



Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan. Antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. 

Mastoid process adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga). Ianya sangat beza saiznya antara lelaki dan perempuan.

Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Allah swt syariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Facial nerve berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka, senyuman, ketawa.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. 

Pemakaian tudung adalah untuk kecantikan wanita. 

Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita?

..kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya

“ afala ta’kilun “

“ afala tatafakkarun “

“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan? —

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. 

Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat 

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. 

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita dan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

FADHILAT AYAT KURSI



Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

RAHSIA TITIK SARAF ANGGOTA BADAN DI TAPAK KAKI


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.


CARA MENGENALI BARANGAN DARI KULIT BABI

kulit babi -  3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga

1. Struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain. Biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.

Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk perempuan, khasnya kasut kanak-kanak perempuan, selain banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Tuesday 29 May 2012

AGAMA KITA DIHINAKAN!


MUFLIS DI AKHIRAT


DOA AGAR DITETAPKAN HATI


Hati-Hati! Anda mungkin TERbeli hasil dari pemprosesan babi!


Gambar-gambar berkaitan aurat wanita dan lelaki











































DON'T BE SAD


11 TANDA ORANG BERBAHAGIA


10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI


OBAT HATI


HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL




Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan hasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Mari lazimkan membaca kalimah ini,

"  hasbunallahu wani’ mal wakil  "

PELAJAR LANCAR JAWAB EXAM SETELAH MENJAGA IBU SAKIT



Kisah benar ini terkadi dalam peperiksaan dan telah diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut :

Seorang pelajar telah masuk dalam dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan.

Setelah menerima kertas ujian dan masa terus berlalu, tetapi guru tersebut mendapati dia tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya, sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Perangainya yang pelik menarik perhatian guru itu lebih kepadanya.

Syak wasangka menyerang hati sanubari guru itu apabila tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan,  dengan pantas. Prasangka semakin tebal bersarang di hati guru itu apabila mendapati pelajar tersebut telah menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Dia mula beranggapan bahawa pelajar tersebut telah menipu menggunakan taktik baru. Guru tersebut tidak puas hati apabila tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Guru tersebut terus bertanya dengan penuh curiga apabila pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya.

Alangkah tersentuhnya hatinya apabila pelajar tersebut menceritakan : 

“Semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya tidak sihat dan sepanjang malam saya berjaga menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji pelajaran saya untuk ujian hari ini. Tetapi hari ini saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan saya akan dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan ini. Tetapi saya mendapati soalan-soalan yang dikemukakan tidak dapat saya jawab. Lalu saya tawakal dan saya berdoa kepada Allah dengan bertawasil amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya."

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa, berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

FADHILAT SOLAT DHUHA




Firman Allah : 

"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." 
(Surah al-Dhuha : 1-5 ).

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: 

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi). 

FADHILAT SOLAT TAHAJJUD



“Dan pada sebagian malam bertahajjudlah dengannya sebagai tambahan bagimu. Mudah- mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (Al Isra’: 79)

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

Tuesday 22 May 2012

Khasiat Herba

Keladi Tikus, Birah Kecil (Nama Saintifik :-Typhonium divaricatum)


Kegunaan:-  Barah 
~  ambil segenggam daun keladi tikus, direbus dan dihancurkan. Air rebusan diminum 2 atau 3 sudu sekali pada waktu pagi dan petang.

Kunir Putih  (Nama saintifik:- Curcuma alba)

Kegunaan:- Merencat pertumbuhan sel barah.
Minum 1/2 sudu teh serbuk kunir putih, 3 kali sehari.


Mimba (Nama saintifik:- Azadirachta indica)

Kegunaan:-  Barah hati, hepatitis, malaria dan kencing manis.
Untuk barah, tujuh helai daun direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1.5 gelas air. Tapis dan minum setelah sejuk. Minum pada waktu pagi, tengahari dan petang.


Komfrey (Nama saintifik:- Symphytum officinale)

Kegunaan:- Leukemia, pneumonia, asma, kencing manis, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.


Rumput Mutiara (Nama saintifik:- Hedyotis corymbosa)

Kegunaan:-  Barah servik, barah payudara, barah rektum, radang usus, bronchitis, pneumonia, hepatitis dan jangkitan saluran kencing.

Cakar Ayam (Nama saintifik:- Selaginella deoderleinii Hieron)

Kegunaan:- Kanser rahim, kanser peparu, jangkitan saluran nafas, asma, patah tulang, hepatitis dan jangkitan saluran kencing.


Photo Source : Melur.com - Jarum Tujuh Bilah (Nama Botanikal:- Pereskia bleo (Kunth) DC.

Kegunaan:-  Kencing manis, darah tinggi dan ia dikatakan dapat merawat barah terutamanya barah kolon(usus besar), barah hidung dan juga barah lain.

Pening kepala  > amalkan memakan daunnya 2-3 helai sehari. Daunnya boleh dibuat masakan seperti sup sayur.



Waru Landak (Nama saintifik:- Hibiscus mutabilis)

Kegunaan:-  Barah Salur Pernafasan, Barah Perut, Barah Jantung, Barah Paru-Paru, Barah Payudara dan Barah Kulit.

Cara Penyediaan:- Bunga kering 10-30 gm (50-150gm bunga segar) direbus dengan 4 gelas air sampai menjadi 2 gelas. Sejukkan dan minum.






Tapak Dara  (Nama saintifik:- Catharanthus roseus)

Kegunaan:- Barah limpa, leukemia, hypertensi dan kencing manis.
~  Terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya 
~  namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. ~  Pokok ini digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. Kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia.Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi di minta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Sumber : ISLAND HERBS

Herba Belalai Gajah (Sabah Snake Grass)

Penyakit yang boleh diubati seperti Kanser Uterus, Kanser Prostate, Kanser Payu Dara, Kanser Paru Paru, Leukemia , Darah Tinggi, Uric Acid Tinggi, Diabetes dan banyak lagi.

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah

* Pesakit Kanser Uterus
Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

* Pesakit Kanser Paru paru tahap 3
Telah membuat kemoterapi sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.

Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut tahap penyakit :
Tahap 1 : 30 daun setiap hari
Tahap 2 : 50 daun setiap hari
Tahap 3 : 100 daun setiap hari
Tahap 4 : 150 – 200 daun setiap hari

*Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass

~  masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender, masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
~  tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
~  masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
~  masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia.  Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
~  Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah

Belimbing tunjuk atau beimbing buluh

Jerawat / Panau :  Gilingdaunnya halus dan dilumur ke kulit yang berkaitan, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. 

Batuk  :  segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.

Darah tinggi : Potong 3 biji buah Belimbing Buluh kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. 

Bayi Jaundice / penyakit kuning:  mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.




BATHROOMS

These pictures are just for my own reference for my new home. Somehow I forgot to write down the sources of the colorful pictures.


A luxury master suite.

Below are shower-only stall models in many shapes — square, rectangular, curved, or angled.  They can consist of one seamless piece, or they may have separate shower pans and side panels.  

- The seamless piece showers are best for new construction where space is easy to access.  
- The multi-piece units are best for remodeling projects.  Measure your space, and make sure your plumbing lines up in the right place.




The separate shower stall concept, with its safety, grab bars, and bench seats.  

These showers require more space if they're large, but they can be designed to fit any area shape with custom applied wall surfaces and made-to-order, tempered glass doors.  Multiple or oversized shower heads enhance the "spa" feel.  Built-in seats are common.  

Showers may be designed without shower doors for easier access, which can be especially helpful for handicapped persons.  

The showerheads and wall dividers for doorless designs must be carefully planned so water doesn't escape into the rest of the room.  And if the shower is large enough, why not consider two showerheads — one at each end?  

These custom shower stalls not only increase your own comfort, but also increase the resale value of your home.  Many home buyers want a separate shower enclosure in the master bath.  The luxury shower enclosures with their designer wall and floor materials and fittings are in high demand.