Thursday 6 September 2012

NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN




Pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain sahkan sudah pun meletakkan jawatannya di TV3 sejak sebulan yang lalu.

Bercakap kepada Rotikaya, Nurul Syuhada berkata isu ini sudah diperkatakan sejak beliau mula memakai tudung tempoh hari dan semakin rancak apabila isu Bintulu ‘daif’ timbul.

Beliau juga berkata keputusan ini diambil atas komitmennya kepada keluarga dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Buat masa ini, Nurul Syuhada bekerja secara separuh masa di TV3 untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan gembira kerana ianya memberikan masa bekerja yang lebih fleksibel.

Sumber  :  ROTIKAYA 

NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN




Menurut sumber dari Mynewshub, pejabat TV3 di Bandar Utama kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah menghantar notis perletakan jawatan (berkuatkuasa hujung bulan September 2012) dari stesen itu pagi ini.


“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan kritikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya mengikut sumber berkenaan.


Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.


Nurul Syuhada telah menerima kecaman yang agak hebat berikutan kejadian itu. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf atas apa yang berlaku.


Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. – Mynewshub









Wednesday 5 September 2012

ISTERI USTAZ DON DANIAL

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, dan isteri, Husna Mohd Zahry, 24
telah dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sg Pinang Balik Pulau 
oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya 



Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik  dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir. 

Jom kita layan gambar-gambar Majlis Resepsi sebelah pengantin lelaki yang telah diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis 






BIODATA RINGKAS USTAZ KAZIM ELLIAS



Nama Penuh  : Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz 

Kerjaya  :  Pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. 

-  Atas sambutan orang   ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, beliau telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada   orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. 

-  Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

-  Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, hasil dari sumbangan wakaf orang ramai, beliau telah mambangunkan sebuah pusat pendidikan yang diberi nama Pusat Pendidikan Al-Barakah yang pertama pada tahun 2004 di tanah lot beralamat   61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak ( ** tanah dibeli dengan harga RM45,000 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh ) 



INSAN ISTIMEWA YANG MELAHIR DAN MEMBESARKAN USTAZ DON DANIAL DON BIYAJID

Keluarga bahagia, Ustaz Don Danial Don Biyajid


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau 
                  Pinang & Selangor

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad 
                    Qiraat Shoubra, Mesir


Ibu dan ayah Ustaz Don memang romatis, lihat sahaja dalam gambar di atas, pandangan mata ayah Ustaz Don ke wajah isterinya sambil kedua tangannya menggenggam erat tangan isteri tersayang.


Prof. Muhaya dalam komennya di bawah menceritakan dua insan istimewa ini : 

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? 

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ...bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. 

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"





Tuesday 4 September 2012

KELUARGA USTAZ AZHAR IDRUS

Keluarga besar Ustaz Azhar Indrus

* (Bayi lelakinya (anak isteri kedua) yang lahir pada 29 Ogos 2012 tidak ada dalam gambar di atas)



Isteri pertama Ustaz Azhar, Rogayah Binti sulong, 42 tahun (kiri) dan isteri kedua, Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor, 26 tahun (kanan)





Ustaz Azhar dan isteri, Rogayah bt Sulong, serta 6 orang anak-anak mereka




Bayi comel yang dilahirkan pada 29 Ogos 2012 ini adalah anak ke-8 Ustaz Azhar Idrus yang ke-8 (anak ke-2 dengan isteri keduanya, Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor)


Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama dan 2 anak dengan isteri yang kedua. 


Pendidikan UAI :
-  Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga 
   Tingkatan 6.
-  Institut Berakan, Terengganu

Kerjaya UAI :
-  Bekerja Di Utusan Malaysia di Kuala Lumpur
-  Di Utusan Malaysia di Terengganu sebelum meletak jawatan
    jawatan kerana untuk menghadari kuliah2 agama.
-  Mulai belajar agama sekitar tahun 1990
-  Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru 
   dalam tempoh 12 tahun.



Ustaz Azhar dan isteri




Antara anak-anak Ustaz Azhar, Mukmin dan Rashdan



Antara Sumber :  


Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Facebook Aswan Asyikin

Monday 3 September 2012

ARTIS-ARTIS MALAYSIA BERTUDUNG

1. Yunna

Nama sebenar: Yunalis Zarai

Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Pendidikan: Graduate student from UiTM Shah Alam dalam ijazah 
                    Undang Undang



2.  Ila Damia

Nama Penuh : Ila Damiaa bt Johar
Asal : Kuching, Sarawak
Bangsa : Melayu 
Mentor : Joe Flizzow

3. Najwa Latif

Nama Penuh : Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995 (di Batu Pahat, Johor)
Status: Pelajar SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor 



4.  Wardina

Nama Sebenar  : Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
Tarikh Lahir     : 5 Jun 1979
Tinggi               : 5 kaki 6 inci


5. Irma Hasmie


Nama penuh: Irma Hasmie Ibrahim
Tarikh Lahir: 8 Januari 1982
Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Sulung daripada tiga beradik
Karier: Model, pelakon dan pengacara
Suami: Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi 
                     Malaysia (UTM), Kuala Lumpur
Drama: Kasih Alia, Janji Diana, Suara Merdeka, Segalanya Ku 
             Terima, Agensi Abadi, Pendekar Melayu, Mas Kahwin, 
             Bella, Awan Dania, Lima, Hantu Raya, Duda & Dara dan 
             Rahsia Gambar
Filem: Dua Hati Satu Jiwa; Cinta Fotokopi; Main-Main Cinta; 
            Bujang Senang dan Diva
Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & 
                           Lovely, Yamaha & Pringle's.
Program TV: Chopp! (TV9), Roda Impian (Astro) dan Fesyen 
                      Lebaran (RTM)
Pengacaraan: Assalamualaikum (TV Al-Hijrah)
Duta Produk: Walit Gold 
Bisnes Online: http://www.ezuwanismail.blogspot.com (menjual 
                         jubah secara online bersama rakan kongsi yang 
                         juga pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail)


6. Farah AF2


Nama Penuh : Farah Diana binti Anuar
Nama Glamour : Farah
Tarikh Lahir : 25 Februari 1985
Bangsa : Melayu

Raja Farah dan suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria
7.  Raja Farah


Nama Penuh  : Raja Farah Raja Aziz
Usia :  23 tahun
Kahwin : 12 November 2010
Suami  : Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25 tahun




8.  Farah Asyikin


Nama Penuh  : Farah Asyikin binti Zulkifli 

Tarikh Lahir : 11 November 1979

Kerjaya : 

- Penyanyi (dan Songwriter)

- mendapat tempat Ke3 dan Malaysian Idol musim ke2
- Guru sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka 
  Damansara sejak 19 Mac 2012
- Duta pelajar Limkokwing Universiti
- mendapat tempat Ke3 dan Malaysian Idol musim ke2

                                          9.  Diana Amir


Nama Penuh : Nurdiyana Amir Hashim

Tarikh Lahir : 22 Jun 1986 (di Birmingham, England)

Tempat Asal : Johor Bahru, Johor

Keluarga : Anak ke4 daripada 7 beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber 
                      Manusia, USM, P. Pinang
Drama Bersiri : Antaranya Impian, Impian 2, Sari Maya, Adam 
                          Maya, Laila Asyikin dan Jalan Pinang SebatangTelemovie : Aloy dan Lu'Lu
Filem : Antaranya V3 (Samseng Jalanan), Aku Masih Dara, 
             Senario Ops Pocot dan Sekali Lagi.
Pengacaraan  : Life Can't Wait (TV8)

10. Shila Hamzah

Nama Penuh: Nur Shahila Binti Amir Amzah
Tarikh Lahir: 13 Ogos 1990
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Alat Muzik: Gitar & Key Board

Pencapaian: Naib Juara One In A Million (OAIM) musim ke-2

Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), 

             Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan 

             dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)



11.  Abby Abadi

Nama sebenar: Arbaieyah Abdul Manan 
Tarikh lahir: 1 Disember 1977
Asal: Kuala Lumpur

                                                 12.  Yatt

Nama Penuh : Haryati Hamzah
Tarikh Lahir : 13 April 1980 (di Muar, Johor)
Suami : Abdul Mutalib Abdul Shukor
Anak : Suci Hanania Malika, 1
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & 
                     Pengajian Media UiTM, Shah Alam
Kerjaya : Model, pengacara dan pelakon
Antara Drama : Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber 
                          Zero, Hidayah, Bella, Ritma Kolej, Rendang Raya 
                          Mak Tijah, Ular Emas, Man Pos Masuk Kampung, 
                          Madu 1,2,3, Hijab Kekasih, Maya Helena, Pak Su 
                          Man, Issandra, Amanah Karmila,  Dunia Baru, 
                          Nasi Lemak Lebaran, Memoir Seorang Lelaki, 
                          Tentangan Maut, Kasih Alia & Siti Mariam
Filem : Impak Maksima dan Kecoh Betul
Program : Joran Ria, Smart G, 4C, Selamat Pagi Malaysia, Nasi 
                 Lemak Kopi `O', My Share Power, Karpet Merah 
                 Festival Filem Malaysia Ke-21, Pop Kuiz dan terbaru, 
                 Malar Segar


13.  Sheila Rusly


Nama : Sheila Rusly

Tarikh Lahir : 18 September 1971 (di Kuala Lumpur)

Pendidikan : Sekolah Menengah Selayang Baru, Selangor.

Suami : Azman Yahya (Jinggo)
Anak : Uzair Haqimy, 12, dan Luth Mikhail, 7.
Kerjaya : Produser, pelakon dan pengacara

Drama : Debu-Debu Kota, Remang-Remang Kota Raya, Harimau 
              Rimba, Enot, Episod Terakhir, Cinta Penggali Kubur, 
              Sebuah Ijtihad, Tuhan Pun Tahu
Filem : Hantu Siang, Kembar Siam, Guru Badul, OK, Suami, Isteri 
            & ..., MX3, Pontianak Menjerit, Diva Popular.
Pencapaian : Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang 
                     Popular Berita Harian 2003, 2004 dan 2005.
Pengacara : Ape Ape Aje, Cita Rasa Selebriti

14.  Ana Raffali 


Nama Penuh  : Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

Tarikh Lahir : 4 November 1985 (di Kuala Lumpur)
Keluarga : Anak ke 9 daripada 11 beradik
Pendidikan : Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda 
                     Pendidikan TESL (Kepujian), UiTM


15.  Natasha Hudson



Nama Penuh  : Natasha Liana Hudson
Tarikh Lahir : 9 September 1982 (di Ipoh, Perak)
Pendidikan : Sarjana rekaan grafik di The One Academy, Sunway 
                     dan Performing Arts School, Chicago
Kerjaya : Model, pengacara, pelakon dan penulis buku
Program TV: Fesyen TV, Girls Club, Kediaman Idaman
Antara Drama: Pei Pan, Rahsia Cemara, Duyong Aridinata, Emily, 
                         Cinta, Pengantin Untuk Dijual, Sultan Alauddin
Theatre : Teater Muzikal Ibu Zain, Gamat
Filem : Dayang, Chermin, Sumolah dan Tipu Kanan Tipu Kiri
Pencapaian : Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem 
                      Malaysia ke-20



16.  Catrina Bahrin Ross

Nama Penuh  : Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross 
Berdarah kacukan :  Melayu-Scotland
Suami : Shaharuddin Mokhtaruddin, penerbit dan pengarah 
             rancangan televisyen Astro

17. Abby Fana

Nama Penuh  : Habsah Omar
Kaset pertama dimiliki dengan duit sendiri: Salimah Mahmood
Masakan pertama yang  dimasak : sambal tumis telur 
Pencapaian  : Terpilih sebagai duta makanan Malaysia pameran
                       makan dunia dan diminta mencipta resepi melambg
                       kan budaya bangsa Malayia, resepi yang Abby Fana
                       namakan Pop Pya (poppiah)
Idola :  Rasulullah SAW.
18. Anne Hot fm

Nama Penuh  : Putri Andreanna Syigim

19.  Enot


Nama Penuh : Alliza Bt. Abdullah

Asal : Negeri Sembilan

Pencapaian :Artis Baru Anugerah Skrin 2002

Kerjaya : Pelakon & Penghibur

20.  Norkhiriah


21. Aishah


Nama Penuh  :  Wan Aishah binti Wan Ariffin 
Suami : Faizal Sazali Zulkifli
Asal  :  Negeri Sembilan 
Pencapaian awal :  Album bersama Fan Club dari New Zealand  iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.

22. Sharifah Aini


Nama Penuh  : Sharifah Aini bte Syed JaafarTarikh Lahir : 2 Julai 1953 (lahir di Singapura tetapi dibesarkan
di Johor Bahru sejak berusia 5 bulan)



23.  Teh Syuhada, pengacara Wanita Hari INi (WHI)


24.  Noraniza Idris 
Nama Penuh  :  Nor Aniza Bt Hj Idris
- merupakan anak kelahiran Kluang, Johor berdarah keturunan Bugis - Arab telah dilahirkan pada tahun 1968, anak ke enam dari dua belas adik beradik

25.  Anne Ngasri

13 Ogos 2012 - penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan pelakon Anne Ngasri dalam masa terdekat ini.

“Setiap orang yang bercinta mesti ada rancangan nak ke peringkat yang seterusnya, sama dengan Alif. Kami nak juga rasa bahagia. InsyaAllah dalam masa terdekat ini atau hujung tahun ini kami akan bernikah tetapi semua itu ditentukan oleh Allah,”katanya kepada Pancaindera ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama D Haja di Shah Alam.


26.  Siti Nordiana

Nama penuh: Siti Nordiana Mohd Alias

Asal : ­Sendayan, Negeri ­Sembilan
Status : Ibu tunggal
Kerjaya : Penyanyi,­ pelakon dan ­Kaunselor Pendidikan­ di City Universiti College of Science and Technology,­ Petaling Jaya
Anak : ­Muhammad Rayyan Nakhaie (dua setengah­ tahun)
Drama : Wad 04, ­Helah, 3 Dara ­Pingitan dan Aku Budak Minang 2

27.  Akma AF3 ( nama penuh : Asiahtunakma Abdullah)

28. Ramlah Ram
Nama Penuh : Ramlah Ram
Lahir: 19 Februari 1965 
Asal: Johor, Malaysia


29. Siti Fairuz

Nama Penuh  : Siti Fairuz Hussin
Tarikh Lahir :  1985 di W.P. Labuan

PANDELELA RINONG PAMG : KEJAYAAN-KEJAYAANNYA

 Keluarga Pandelela Rinong

Pandelela Rinong dengan pakaian tradisional Bidayuh


Nama Penuh        : Pandelela Rinong Pamg
Nama Panggilan  :  Lulu
Tarikh lahir          : 2 Mac 1993
Bangsa                  : Bidayuh
Tempat Asal         : Kampung Jugan, Bau, Sarawak

Pandelela Rinong mengambil dua acara iaitu 10m platform dan juga 10m berirama platform bersama Leong Mun Yee di Sukan Olimpik London 2012.


Pandelela Rinong, 19 tahun, telah mengharumkan nama Malaysia di pesada dunia apabila beliau menyumbangkan pingat Gangsa buat negara dalam dalam acara terjun 10m platform di Sukan Olimpik London 2012 sekaligus menjadikannya sebagai atlit wanita Malaysia pertama menyumbang pingat dalam sejarah sukan olimpik.

Pandelela Rinong atau lebih dikenali oleh rakan atlet sebagai Lulu memulakan terjunan dan berakhir di tempat ke 7 setelah selesai pusingan ke 4. Namun pada terjunan ke 5, Pandelela melakukan satu terjunan sempurna untuk memastikan pungutan mata 76.80 untuk meraih tempat ke 3 keseluruhan terbaik.

Penerjun negara, Pandelela Rinong mencatat mata keseluruhan 359.20 dalam acara 10 meter platform individu wanita dan berjaya merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 

 Pingat emas dimenangi penerjun dari China yang juga Juara Olimpik Beijing 4 tahun lalu, Chen Ruolin dengan pungutan mata 422.30. Pingat perak dimenangi penerjun dari Australia iaitu Brittany Broben dengan pungutan mata 366.50.

Pandelela kini menyertai Lee Chong Wei sebagai ke-2 terbaik dunia, Azizulhasni Awang ke-6 terbaik dunia dan Pandelela ke-3 terbaik di dunia dalam sukan Olimpik kali ini.


Gadis Bidayuh yang mempunyai ketinggian 160 sm ini telah banyak menempah kejayaan sebelum meraih Pingat di Sukan Olimpik London 2012, antaranya dalam Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan World Serises sebagaimana mengikut urutan di bawah :

2012 Pingat Gangsa Sukan Olimpik London 10m plafform
2011 Pingat Perak World Series 10m plafform
2011 Pingat Perak 10m berirama plafform
2010 Pingat Perak Sukan Asia 10m plafform
2010 Pingat Perak Sukan Asia 10m berirama plafform
2010 Pingat Emas Sukan Komanwel 10m plafform
2010 Pingat Perak Sukan Komanwel 10m berirama plafform
2009 Pingat Gangsa Kejohanan Dunia 10m plafform
2009 Pingat Emas Sukan SEA 10m plafform
2009 Pingat Emas Sukan SEA 10m berirama plafform
2007 Pingat Emas Sukan SEA 10m berirama plafform