Tuesday, 29 November 2011

MUFLIS DI AKHIRAT

(  A  )  3 PERKARA DILARANG KERAS OLEH ALLAH SWT

1. Menderhakai ibu bapa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya “..... dosa yang paling besar ialah Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa dan sumpah yang palsu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Di dalam al-Quran Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (Surah al-Nisaa’ ayat 36)

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

2. Bakhil (kedekut)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , "Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga. Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil" (Hadis Riwayat Tabrani)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.

Dalam masyarakat hari membunuh & membuang bayi hasil perzinaan seperti membuang sampah sehingga ada setengahnya dimakan oleh anjing. Perbuatan manusia zaman sekarang sama dengan orang-orang jahiliah menguburkan anak perempuan mereka. Malah mungkin lebih kejam lagi kerana tidak pernah kita dengar orang arab jahiliah memberi anjing makan mayat anak perempuan mereka.

Anak-anak kecil yang mati dibunuh akan mendakwa ibu bapanya di hari akhirat dan Allah SWT akan melaknat mereka dan menghumbankan mereka kedalam api neraka Jahanam.


(  B  )  DOSA YANG TERUS MENGALIR KE PEMILIKNYA HINGGA KE AKHIRAT :
          DARI 4 KEJAHATAN

Dari Abul Abbas, Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib r.a. dari Rasulullah SAW. sebagaimana yang beliau riwayatkan dari Allah SWT. Baginda bersabda,
~ "..... Maka barangsiapa berkeinginan dengan satu kebaikan, Allah mencatatnya sebagai 1 kebaikan penuh.
~ Dan barangsiapa berkeinginan dengan 1 kebaikan kemudian ia laksanakan kebaikan itu, Allah mencatatnya sbg 10 kebaikan sampai 70 kali lipat, atau sampai berlipat ganda. ~ Dan jika seseorang berkeinginan dengan 1 kejahatan, namun belum melaksanakannya, Allah mencatatnya dengan 1 kebaikan penuh.
~ Dan barangsiapa berkeinginan dengan 1 kejahatan, kemudian melaksanakannya, Allah mencatatnya (dosa dari) 1 kejahatan sahaja."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Begitu luas Kasih Allah SWT, melimpah ruah, sepatutnya tiada umat manusia yang masuk ke neraka. Tetapi kenapa sebaliknya yang berlaku? Tidak lain disebabkan 4 kejahatan yang dosanya bertimbun-timbun tanpa disedari iaitu:

(1) FITNAH

~ Fitnah adalah dosa besar yang tidak di ampunkan oleh Allah SWT sekiranya orang yang membuat fitnah tidak memohon maaf daripada orang yang difitnahkan.
~ Sekirannya fitnah tersebut disebarkan melalui internet dan berjuta-juta manusia membaca dan melayarinya maka bayangkan dosa pembuat fitnah tersebut jika berita fitnah itu masih ada di internet sehingga dia mati!
~ selagi ada orang membacanya maka dosa itu akan mengalir terus kpd pembuat fitnah ~ Sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kesalahan orang yang membuat fitnah, dosa tersebut tidak akan terhapus kerana berita fitnah tersebut sukar untuk di hapuskan kerana ramai orang yang menyimpan video atau tulisan tersebut atau mereka masih mempercayainya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


(2) WANG DARI SUMBER HARAM (eg. judi, rasuah atau perniagaan yang haram)

~ Jika digunakan untuk menyara keluarga, membeli rumah, tanah dan dilaburkan dalam perniagaan.
~ Sekiranya pemilik asal harta haram ini telah meninggal dunia tetapi warisnya tetap menggunakan harta tersebut untuk perniagaan, membeli harta dan mengembangkan harta tersebut.
~ Apabila ianya bermula haram maka pengunaannya terus menerus akan menjadi haram dan dosanya tetap ditanggung oleh pemilih asalnya.
~ Anak, cucu dan cicitnya tidak mengetahuinya asal harta tersebut mereka tidak berdosa yang tanggung dosa adalah pemilik asal.
~ Maka dosa-dosa yang akan diperolehi bertali arus masuk ke alam barzakh, dan azab di alam barzakh akan diterima berterusan hingga ke hari kiamat, na'uzubillahiminzalik.

~ Harta yang haram tidak sah jika digunakan untuk bersedekah, bayar zakat , mengerjakan haji dan sebagainya. Di akhirat nanti semua hasil sumbangan daripada harta haram akan dilemparkan ke muka pemiliknya.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13)

(3) MEMBUAT BIDA’AH dan mengubah undang-undang Allah SWT kepada undang-undang ciptaan mausia.

~ Salah satu dosa besar yang tidak diampunkan Allah SWT adalah membuat bid'ah dalam agama dan mengubah undang-undang ciptaan Allah SWT (Islam) kepada undang-undang ciptaan manusia.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud : "Sesungguhnya setepat tepat perkataan adalah al-Quran, dan sebaik baik pertunjuk adalah pertunjuk Rasulullah SAW, dan seburuk buruk perkara adalah perkara "MUHDASAT" Tiap tiap perkara MUHDASAT merupakan BID'AH.Tiap tiap perkara BID'AH adalah sesat,dan tiap tiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka." (Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lain-lain).

~ Jika seseorang membuat satu bid'ah dalam agama atau mengubal satu undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam.
~ Kemudian undang-undang itu diikuti oleh negara dan manusia maka dosa kerana meninggalkan undang-undang Islam dan mengikut undang-undang ciptaan manusia ini ditanggung oleh mereka yang mengubalnya , meluluskannya dan yang menyokong supaya dijadikan satu akta untuk dilaksanakan.
~ Walaupun penggubalnya sudah meninggal dunia tetapi undang-undang itu dilaksana kan di dunia dia tetap mendapat dosa besar yang akan berterusan masuk ke alam barzakh.


(4) MENGAMALKAN ILMU SIHIR (dan mengajarkan ilmu tersebut atau mencipta satu kaedah untuk membuat maksiat contoh satu cara permainan judi dan sebagainya)

Satu lagi dosa yang berterusan akan ditanggung oleh seseorang itu adalah apabila dia mengajarkan ilmu yang batil seperti ilmu sihir, ilmu perbomohan yang syirik atau kaedah-kaedah untuk membuat maksiat sedangkan ilmu itu diikuti , dipelajari dan diperturunkan kepada orang lain maka dosa-dosa besarnya akan ditanggungnya selagi perkara tersebut di amalkan oleh orang lain.

Firman Allah bermaksud "Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya." (Surah Al Kahfi ayat 110).

Nabi s.a.w., bersabda: "....Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka."


(  C  )  PENGHALANG AMALAN-AMALAN DARI DITERIMA Allah S.W.T.

( 1 )  Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

( 2 )  Mengharapkan keduniaan


( 3 )  Sombong

Cerita tentang kesombongan, takbur, selalu membanggakan diri adalah sebuah kisah yang lebih tua jika dibandingkan dengan permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini. Ia berlaku ketika Iblis enggan bersujud pada makhluk bernama Adam disebabkan rasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik.

Allah melihat tingkah dan sikap Iblis ini dengan firman-Nya: "Hai Iblis, apakah yang menghalang mu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur) atau kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?" Iblis terus menjawab: "Ya Allah, aku (memang) lebih baik jika dibandingkan dengan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam, Engkau ciptakan dari tanah. Mendengar jawapan Iblis yang sombong, Allah berfirman. "Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
(Surah An-Nisa' 4: Ayat 36)

( 4 )  Ujub

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :
“Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

( 5 )  Pendengki dan hasad

( 6 )  Tidak mengasihi orang lain.

( 7 )  Sum'ah dan riak

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
"Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan keburukannya. Dan barangsiapa yang berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan riyaknya"
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
"Barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membuatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riyak) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riyak dihadapan makhluk".
(Hadis Riwayat at-Thabarani dan Baihaqi)

Sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.

Riak ialah Syirik Ashghar (syirik kecil)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya yang amat aku takuti sekali di antara segala perkara yang terjadi ke atas kamu ialah syirik kecil."

Sahabat bertanya : "Apakah syirik kecil itu?"

Baginda s.a.w. menjawab : "Ialah ria' (beramal dengan tidak ikhlas) kerana menunjuk-nunjukkan amalan."

Kemudian baginda s.a.w. menyambung :
"Di akhirat kelak, iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalannya,
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud :
"Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu niatkan (menunjuk-nunjukkan ) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa yang kamu boleh perolehi balasan dari mereka itu."(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi).Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. menegaskan :
"Allah s.w.t. tidak menerima sesuatu amal yang di dalamnya terselit perasaan ria' walaupun sebesar zarrah (atom)."

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksudnya :
“ Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.”

Syirik Ashghar (syirik kecil) di bawah kehendak Allah s.w.t. Kalau Allah s.w.t mengampuni pelakunya maka dia tidak diadzabkan. Tetapi kalau Allah s.w.t tidak mengampunkan pelakunya, maka pelakunya masuk terlebih dahulu di neraka meskipun setelah itu dimasukkan ke dalam Syurga.
- Tidak kekal dalam neraka (kalau dia dimasukkan ke dalam neraka).
- Tidak membatalkan semua amalan tetapi sebatas yang dilakukan.
- Tidak diharamkan baginya Surga.

(8.) Tidak ikhlas.

Marilah kita renungkan hadis Nabi S.A.W. dibawah :

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.”

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah, “Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.

“Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasulullah S.A.W meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,
“Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak reda dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.”

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah solat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata, “Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintah kan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riyak.”

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah S.W.T.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah."

Tetapi firman Allah S.W.T. maksudnya : “Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.”

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:
“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”
Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan
ini?”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyakkan (menguris) perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka Jahanam.”

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,”Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah S.W.T. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka”


(  D  )  6 GOLONGAN YANG MASUK NERAKA TANPA HISAB

( 1 ) Kerajaan yang zalim.

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

( 2 ) Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa dan sifat seperti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

( 3 ) Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).

( 4 ) Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

( 5 ) Orang kampung yang kerana kebodohannya.

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

( 6 ) Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.


(  D  )  JALAN KE NERAKA

Orang - orang yang tidak menjalankan tangungjawab memberikan pelajaran agama Islam kepada anak - anaknya.

Orang kaya yang bakhil.

Peniaga yang menipu.

Peminum arak.

Mengadakan majlis - majlis maksiat.

BErzina.

Menipu @ memakan harta anak yatim.

Meringan - ringankan sembahyang.

Tidak mengeluarkan zakat.

Panjang angan - angan dan tidak mahu memohon ampun dan taubat kepada Allah.

No comments:

Post a Comment