Monday, 13 February 2012

Kampung Boyan Kampung Kek Lapis Sarawak

Kampung Boyan terletak di tempat yang amat strategik di pusat Bandaraya Kuching, 

Lokasinya di Tebingan BGS (Boyan Gersik Surabaya), betul-betul mengadap 'Kuching Golden Traingle' iaitu pusat lokasi hotel-hotel 5 bintang, 'mega shopping mall' dan tempat-temapt makan yang popular. Antaranya Kuching Hilton, Riverside Majestic, Grand Margherita, Harbour View, Sarawak Plaza Shopping Mall, Tun Jugah, Parkson, McDonald, KFC, Hartz Chicken Buffet dan lain-lain lagi.

Untuk ke lokasi tersebut, hanya memerlukan 50 untuk satu trip menyeberang Sungai Sarawak dari jeti  'Kalan Apon' di Kampung Boyan, iaitu dengan 'Gondola of the East' / water taxi atau lebih dikenali sebagai 'tambang oleh penduduk tempatan.

Antara keistimewaan-keistimewaan di Kampung Boyan ialah : 


1.  'GONDOLAS OF THE EAST' atau WATER TAXIS atau TAMBANG


Satu keistimewaan di Kuching Sarawak, hinggakan tidak keterlaluan jika dikatakan lawatan ke Sarawak tidak sah kalau tidak memperolehi pengalaman melayari Sungai Sarawak dengannya. 'Tambang' atau water taxi atau nama julukannya 'Gondola of the East', amat sinonim dengan Kuching khasnya untuk kampung-kampung di sepanjang Tebingan BGS.

Perkhidmatannya masih digunapakai olih penduduk tempatan untuk urusan ke seberang atau ke pusat Bandaraya Kuching. Dengan tambang hanya 50 sen untuk satu trip dan masa yang diambil sekitar 5-7 minit untuk satu trip ke seberang, rasanya perkhidmatan 'tambang' akan kekal popular di kalangan penduduk tempatan. Tambahan pelancung-pelancung domestik dan luar negara kelihatan berduyun-duyun mengambil peluang untuk menaiki 'Sarawak River Cruise' yang termurah ini. 

Kalan (jeti) Apon di Kampung Boyan - tempat 'gondolas of the East' mengambil penumpang


Satu pengalaman yang hanya akan anda perolehi di Kuching khasnya di kampung sepanjang Tebingan BGS

'Gondola of the East' megah mengharungi Sungai Sarawak 
(pemandangan dari Surau Kampung Boyan)


Salah sebuah 'Gondola of the East' sedang berlabuh untuk berehat


Hanya topi 'boatman' nya yang kelihatan, mungkin 'boatman' sedang berehat sementara menunggu giliran untuk mengambil penumpang


Sebuah lagi sedang berlabuh di salah sebuah 'floating pontoon' di Kuching Waterfront 
(seberang Tebingan BGS)


2.  MEDAN PERMAIDANI BOYAN

Selain Medan Permaidani Boyan, Restoren Barok juga terdapat di kampung Boyan tetapi Restoren Barok hanya dibuka di sebelah malam. Medan Permaidani Boyan dibuka pagi sehingga ke malam.  Hampir semua juadah popular/istimewa tempatan ada ditawarkan di sini, antaranya laksa Sarawak, mee kolok, rojak buah stail Kuching, rojak sotong Kuching, sotong tutok/press Kuching, nasi tsunami, sayur midin, ikan pari panggang dan lain-lain lagi. Menu-menu barat juga ada disediakan selain juadah Semenanjung Malaysia seperti nasi kerabu dan lain-lain. 

Jangan lupa memesan 'Teh C peng special', antara minuman popular kegemaran tempatan.

Kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada pelancung-pelancung yang menginap di hotel-hotel di sepanjang Kuching Waterfront (di seberang Sungai Sarawak).

Mereka singgah selepas membeli-belah di gerai-gerai Kek Lapis Sarawak yang banyak terdapat di kampung Boyan dan di sepanjang Tebingan BGS atau sengaja menyeberang untuk makan di sini


3.  GERAI KEK LAPIS SARAWAK

Terdapat banyak gerai-gerai kek lapis Sarawak di Kampung Boyan seperti Kek Lapis Ayath dll. Tetapi yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancung-pelancung ialah gerai-gerai kek lapis Sarawak yang beroperasi di sepanjang Tebingan BGS seperti Kek Lapis Sarawak di Mira Cake House, Kek Lapis Sarawak Afifi dan Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah.

Kek lapis Sarawak Dayang Salhah paling popular sejak dahulu lagi. Tetapi sejak kebelakangan ini komen-komen dalam blog-blog di internet seakan terarah ke Kek Lapis Sarawak di Mira Cake House yang dikatakan moist dan sedap. Saya bukan mahu berat sebelah tetapi itulah khabar yang sedang bertiup di blog-blog yang mana empunya diri telah pernah menjejak kaki ke Bumi Kenyalang. 

Apapun harga-harga kek-kek Lapis Sarawak di semua gerai hampir-hampir sama. iaitu RM10 untuk saiz yang paling kecil dan RM20 untuk saiz yang lebih besar. Di Mira Cake House ditawarkan percuma satu jika membeli lima (lima harganya sekitar RM50). Saya tidak pasti jika Dayang Salhah atau Afifi ada membuat tawaran yang serupa. Insya Allah, saya akan update blog ini jika mendapat info terkini mengenai perkara tersebut.




'Tester' yang disediakan di Mira Cake House. Ada juga komen yang mengatakan gerai Kek Lapis Dayang Salhah lebih bermurah hati menyediakan 'tester' untuk pengunjung, lumayan!

Gerai Kek Lapis Afifi kelihatan di hujung sekali. Saya sendiri belum pernah singgah ke sini, entahlah kenapa. Tetapi selepas ini boleh juga mencuba untuk di update ke blog ini.

Mira Cake House tidak pernah sunyi dari pengunjung ( walaupun tidak seramai pengunjung ke Dayang Salhah yang kebanyakannya datang dengan bas-bas persiaran)

* Maaf gambar Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah dan Kek Lapis Sarawak Afifi tidak ada dalam simpanan buat masa ini. Apapun anda boleh ke entri di bawah ini untuk mengenalinya dengan lebih dekat, tak kenal maka tak cinta kan.....







4.  Lain-lain

Surau Kampung Boyan berdekatan dengan Tebingan BGS

Kuching Waterfront dilihat dari Kampung Boyan

Entri berkaitan Kuching Waterfront :

> ----- KUCHING WATERFRONT HISTORY AND ATTRACTIONS



Sarawak Regatta yang diadakan setahun sekali menghidupkan lagi suasana Kampung Boyan dan kampung-kampung  di sepanjang Sungai Sarawak 

Entri berkaitan Sarawak Regatta :

> ----- SARAWAK REGATTA



Sarawak River Cruise

Entri Berkaitan :





No comments:

Post a Comment