Friday, 17 February 2012

Tradisi @ kepercayaan @ amalan pelik masyarakat dunia


Chewing Gum Wall, Seattle, US

Chewing Gum Wall, Seattle adalah tempat untuk meletakkan chewing gum yang tidak diingini lagi.Tradisi ini telah dimulakan oleh orang-orang yang beratur untuk masuk ke teater. Pada masa kini, chewing gum yang terdapat di dinding ini telah terkumpul sehingga beberapa inci tebal dan menjadi lokasi alternatif untuk sesi penggambaran perkahwinan.




Blackening the Bride, Scotland

Untuk persediaan perkahwinan, bakal pengantin Scotland mesti melalui upacara pra-perkahwinan yang sangat busuk. 

Rakan-rakan pengantin perempuan akan membuat kejutan kepada pengantin itu dengan telur, susu rosak, bulu, apa-apa jua yang menjijikkan dalam jumlah yang cukup banyak. 

Pengantin yang sudah busuk itu kemudian akan diarak di sekitar bandar. Tujuan adat ini adalah untuk menyediakan pengantin perempuan ke alam perkahwinan kerana selepas melangsungkan perkahwinan, apa-apa masalah perkahwinan yang timbul selepas itu,akan kelihatan seperti tiada masalah besar dan boleh diselesaikan bersama pasangan




Monkey Buffet Festival

Di Thailand, kira-kira 2,000 monyet dijemput untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa perayaan tahunan yang diadakan bagi meraikan tuhan-tuhan.

Lebih 3,000 kilogram buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditawarkan kepada monyet-monyet di wilayah Lopburi di Thailand.




Guanajuato City, Mexico - the colourful city

Di pergunungan Sierra de Guanajuato terletak satu bandar kolonil yang indah. Kota ini diasaskan pada tahun 1554 berdekatan dengan salah satu kawasan perlombongan perak yang terkaya di Mexico. Perlombongan perak yang mahsyur pada abad ke-16 itu, membawa kepada pembinaan bandar dengan bangunan kolonial yang cantik ini





LA TOMATINA,SPAIN

La Tomatina adalah perayaan yang diadakan di bandar Valencian, Buñol, di mana peserta akan melemparkan tomato di antara satu sama lain. 

Acara ini telah menjadi salah satu festival terpenting dalam kalendar musim panas Sepanyol. Beribu-ribu orang akan berpusu-pusu ke bandar Valencian yang kecil ini untuk menyertai acara yang luar biasa ini.





Foot Binding,China

Foot Binding adalah adat yang diamalkan oleh masyarakt China zaman dulu.

Sebenarnya amalan ini menyebabkan kekurangan upaya sepanjang hayat untuk kebanyakan 'mangsanya'. Kaki wanita akan diikat dalam usaha untuk mengecutkan kaki mereka sehingga boleh dimuatkan ke dalam kasut sepanjang 3 inci. Kasut ini dipanggil LOTUS SHOE.

Kaki kecil yang kelihatan seperti bulan sabit ini dianggap sebagai kecantikan tertinggi untuk wanita di China. Wanita dengan foot binding ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Pergerakan yang terhad ini membuatkan mereka lebih banyak berada di rumah dan sekitarnya sahaja. Disebabkan itu juga,foot binding ini terkenal sebagai lambang kesucian





Wanita suku Dani di Indonesia akan memotong segmen jari untuk setiap kematian ahli keluarga

Kebanyakan budaya menangisi atau meratapi kehilangan ahli keluarga, namun wanita suku Dani di Indonesia akan mengalami kesakitan fizikal di samping kesakitan emosi apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia.

Saudara-saudara perempuan mesti memotong salah satu segmen di jari mereka. Amalan ini dilakukan untuk memuaskan hati nenek moyang mereka yang telah mati. Wanita suku Dani pada masa ini bernasib baik kerana adat ini jarang diamalkan lagi





Mr.Luo,80 yang tinggal di perkampungan kecil Chong Qing,China, tidak pernah mencuci atau memotong rambut dan janggutnya sejak 26 tahun lalu. Purata panjang rambutnya ialah 2 meter dan 1.5 meter adalah janggutnya.

Untuk pertama kalinya selepas 26 tahun,dia membuat keputusan untuk berwajah baru bagi menyambut acara sukan haiwan tempatan yang berlangsung di kawasan itu.

Semua wargakota disitu beratur untuk ''meringankan bebannya''. Selepas byk kali tidak berkesan menggunakan syampu biasa, mereka akhirnya menghabiskan sebanyak 5 jam dengan 3 bgkus (xtau besar ke kecik) detergen dobi untuk mencuci bersih rambutnya.


No comments:

Post a Comment