Thursday, 17 May 2012

Mahkamah Membatalkan Tuntutan RM200,000 Saiful Apek


Sidang media Saiful Apek yang berlansung di Tease Bar & Restaurant Subang Avenue petang tadi menjelaskan yang Saiful Apek akur dengan keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan RM200,000 beliau sebelum ini.

Saiful Apek juga meminta semua wartawan, blogger dan orang ramai untuk menghentikan cerita negatif mengenai arwah Bob Kuman dan pihak metrowealth.

Saiful Apek yang hadir seorang diri dan bukanya bersama 50 orang artis yang lain seperti yang diperkatakan sebelum ini, mengucapkan jutaan terima kasih kepada David Teo dan krew-krew MIG kerana memohon maaf secara terbuka sebelum ini.

“Jutaan terima kasih kepada David Teo dan MIG juga krew-krew dalam produksi terbabit kerana memohon maaf secara terbuka. Mengakui kesilapan dirinya dan menghormati adat dan budaya orang Melayu.

“Jadi saya memohon semua wartawan, blogger dan orang ramai untuk hentikan cerita negatif tentang arwah lagi dan tentang Metrowealth. Bagi saya, meminta maaf adalah yang paling afdal,”

Mengenai tuntutan Saiful Apek terhadap David Teo yang berjumlah RM200,000 pula Saiful Apek menghormati keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutanya dan bercadang untuk menubuhkan satu biro khas untuk membela nasib artis-artis yang teraniaya dan menjadi platform buat artis menceritakan masaalah mereka serta mencari jalan penyelesaian.

“Kita akan tengoklah nanti. Ini baru peringkat permulaan, belum lagi ditubuhkan. Kita tidak ada nama biro itu lagi. Tapi, kita boleh panggil sebagai ‘working title’ iaitu KEMAS, Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni. Saya sudah menyenaraikan beberapa agenda yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Setakat ini ramai yang menyokong usaha saya,” (mynewshub)


No comments:

Post a Comment