Monday, 21 May 2012

MAZHAB



Mazhab maksudnya aliran pemikiran. Ulama telah bersepakat pada asalnya untuk berpegang dengan Al Quran, hadis, ijma dan qias. Tetapi ulama juga menghadapi masalah dalam memahami dalil-dalil yang ada iaitu Al Quran dan hadis untuk mengeluarkan sesuatu hukum. Maksud sesuatu hadis mungkin berbeza bagi setiap ulama.

Contohnya dalam hal membasuh kepala ketika berwuduk. Ada ulama faham kita kena basuh seluruh kepala. Ada ulama faham kena basuh sebahagian saja. Ada pula ulama yang faham cukuplah dengan mengenakan air kepada beberapa helai rambut sahaja. Kesimpulannya, semua pendapat itu betul. Tak boleh kita nak menyalahkan mana-mana pendapat.

Pada zaman Rasulullah lagi perbezaan pendapat telah berlaku di kalangan sahabat dan ternyata Nabi Muhammad tidak menyalahkan mana-mana pihak- kedua-duanya betul. Ini berlaku dalam rombongan para sahabat ke Bani Quraizah. Rasulullah berpesan agar ahli rombongan itu menunaikan solat Asar di tempat Bani Quraizah.

Namun perjalanan itu jauh. Jika mereka tiba di sana, waktu Asar telah habis. Di sini para sahabat berpecah kepada dua pendapat. Satu kumpulan menunaikan solat Asar di pertengahan jalan kerana waktu Asar akan habis apabila tiba di sana (seolah-olah mereka menentang perintah Rasulullah supaya solat Asar di sana). Satu kumpulan lagi tetap menunaikan solat Asar di sana walupun ketika itu telah masuk waktu Maghrib (seolah-olah mereka pula menentang perintah Tuhan bahawa solat Asar mestilah dibuat dalam waktu Asar). 

Ternyata kedua-dua pihak betul kerana Rasulullah tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sekiranya ada kesalahan, pasti Rasulullah akan membetulkannya, tapi baginda tidak berbuat demikian. Ini memberi panduan kepada kita yang Rasulullah memang ada mengisyaratkan untuk umat Islam selepas zamannya bahawa perbezaan pendapat itu tidaklah menjadi satu kesalahan.
            
Aliran mazhab asalnya ada banyak, puluhan malah ratusan. Pada zaman selepas zaman Rasulullah, boleh dikatakan setiap orang ada mazhab sendiri kerana semuanya faqih-faqih belaka. Namun yang masih hidup hingga ke zaman ini ada empat mazhab yang besar iaitu:

            Mazhab Hanafi di asaskan oleh Imam Abu Haniffah
            Mazhab Maliki diasaskan oleh Imam Malik
            Mazhab Syafie diasaskan oleh Imam Syafie
            Mazhab Hambali di asaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal

Satu lagi mazhab yang tak kurang pengaruhnya adalah mazhab yang diasaskan oleh seorang sufi lagi waliyullah bernama Sufyan ath-Thauri. Namun lama-kelamaan ia tidak lagi diamalkan ramai orang sehingga pupus. (*Mazhab-mazhab lain berkembang baik kerana mendapat dokongan pemerintah sedangkan Sufyan sentiasa menjadi buruan pemerintah yang zalim. Tambahan pula hidup kesufiannya yang zuhud menjadikan mazhabnya tidak dapat berkembang dan bertahan lama. Imam Ahmad sendiri memandang Sufyan sebagai lebih faqih daripada dirinya)
            
Imam Syafie sendiri merupakan anak murid Imam Malik tetapi Imam Syafie masih boleh mengasaskan mazhab yang lain. Adakah mereka menyalahkan antara satu dengan lain? Jawapannya tidak. Kedua-duanya betul.
            
Imam Syafie mestikan baca doa qunut dalam solat Subuh sedangkan imam yang seorang lagi kata tak perlu. Ketika Imam Syafie pergi ke daerah  imam itu, Imam Syafie telah mengimamkan solat Subuh dan dia tidak membacakan qunut. Dia berbuat demikian kerana menghormati pendapat imam tersebut. Lihatlah, sesama imam mujtahid pun masih boleh saling mengiktiraf walaupun berbeza pendapat.

Kata Hassan al Banna:  “Perselisihan pendapat dalam masalah cabang fekah tidak seharusnya menjadi sebab kepada perpecahan agama.” 

Mereka ini bertaraf mujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad (* memberi pendapat sendiri) untuk mengeluarkan hukum-hukum agama. Sekiranya ijtihad mereka betul, mereka akan mendapat pahala dan sekiranya ijtihad mereka salah, mereka tidak berdosa (*riwayat lain mengatakan sekiranya ijtihad mereka betul, mereka akan mendapat 2 kali pahala, sekiranya salah akan mendapat 1 kali pahala). Sungguhpun begitu, mereka tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ijtihad. Mereka sangat berhati-hati. 

Pernah ditanyakan 40 soalan kepada Imam Syafie tetapi dia hanya menjawab 13 soalan sahaja. Ini menunjukkan sikap tawadhuknya (merendah diri), padahal dia boleh saja memberikan pandangannya (ijtihad). Dia hanya menjawab perkara yang benar-benar dia arif di dalam hal itu.
            
Bagi kita orang biasa, kita mestilah mengikut mana-mana mazhab, kecualilah kita telah mencapai tahap tinggi yang boleh meneliti dalil-dalilnya. Wajibkah kita bertaqlid (iaitu ikut aliran mana-mana tok guru atau imam)? Jawapannya wajib sehingalah kita ada kemampuan untuk meneliti dalil-dalil hukum.
            
Contohnya seorang anak kecil belajar solat dengan ayahnya. Maka dia mesti ikut ajaran ayahnya (mesti taqlid dengan ayahnya). Takkanlah tak benarkan dia solat lalu disuruh pergi belajar teliti dalil-dalil hukum dulu, bila dah tahu baru solat. Alamatnya sampai umur 30-40 barulah dia nak bersolat. Ini mengarut.

Kata Hassan al-Banna: “Seorang muslim yang ilmunya belum sampai ke peringkat nazar (iaitu mampu memahami dalil-dalil hukum) mestilah mengikut salah satu imam dalam Islam

Sumber : Langkah Ikmalia dengan perantaran Alexanderwathern 

No comments:

Post a Comment