Saturday, 10 December 2011
4 Dosa Yang Terus Mengalir Ke Pemiliknya Sampai Ke Hari Akhirat
4 kejahatan yang dosanya terus mengalir ke pemiliknya sampai ke akhirat
(1) FITNAH
~ Fitnah adalah dosa besar yang tidak di ampunkan oleh Allah SWT sekiranya orang yang membuat fitnah tidak memohon maaf daripada orang yang difitnahkan.
~ Sekirannya fitnah tersebut disebarkan melalui internet dan berjuta-juta manusia membaca dan melayarinya maka bayangkan dosa pembuat fitnah tersebut jika berita fitnah itu masih ada di internet sehingga dia mati!
~ selagi ada orang membacanya maka dosa itu akan mengalir terus kpd pembuat fitnah ~ Sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kesalahan orang yang membuat fitnah, dosa tersebut tidak akan terhapus kerana berita fitnah tersebut sukar untuk di hapuskan kerana ramai orang yang menyimpan video atau tulisan tersebut atau mereka masih mempercayainya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
(2) Memiliki wang dari sumber haram (eg. judi, rasuah atau perniagaan yang haram)
~ Jika digunakan untuk menyara keluarga, membeli rumah, tanah dan dilaburkan dalam perniagaan
~ Sekiranya pemilik asal harta haram ini telah meninggal dunia tetapi warisnya tetap menggunakan harta tersebut untuk perniagaan, membeli harta dan mengembangkan harta tersebut
~ Apabila ianya bermula haram maka pengunaannya terus menerus akan menjadi haram dan dosanya tetap ditanggung oleh pemilih asalnya
~ Anak, cucu dan cicitnya tidak mengetahuinya asal harta tersebut mereka tidak berdosa yang tanggung dosa adalah pemilik asal
~ Maka dosa-dosa yang akan diperolehi bertali arus masuk ke alam barzakh, dan azab di alam barzakh akan diterima berterusan hingga ke hari kiamat, na'uzubillahiminzalik
~ Harta yang haram tidak sah jika digunakan untuk bersedekah, bayar zakat , mengerjakan haji dan sebagainya. Di akhirat nanti semua hasil sumbangan daripada harta haram akan dilemparkan ke muka pemiliknya
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13)
(3) Membuat bid'ah dan mengubah undang-undang Allah SWT kepada undang-undang ciptaan mausia.
~ Salah satu dosa besar yang tidak diampunkan Allah SWT adalah membuat bid'ah dalam agama dan mengubah undang-undang ciptaan Allah SWT (Islam) kepada undang-undang ciptaan manusia.
Sabda Nabi S.A.W bermaksud : "Sesungguhnya setepat tepat perkataan adalah al-Quran, dan sebaik baik pertunjuk adalah pertunjuk Rasulullah SAW, dan seburuk buruk perkara adalah perkara "MUHDASAT" Tiap tiap perkara MUHDASAT merupakan BID'AH.Tiap tiap perkara BID'AH adalah sesat,dan tiap tiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka." (Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lain-lain).
~ Jika seseorang membuat satu bid'ah dalam agama atau mengubal satu undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam.
~ Kemudian undang-undang itu diikuti oleh negara dan manusia maka dosa kerana meninggalkan undang-undang Islam dan mengikut undang-undang ciptaan manusia ini ditanggung oleh mereka yang mengubalnya , meluluskannya dan yang menyokong supaya dijadikan satu akta untuk dilaksanakan.
~ Walaupun penggubalnya sudah meninggal dunia tetapi undang-undang itu dilaksana kan di dunia dia tetap mendapat dosa besar yang akan berterusan masuk ke alam barzakh.
(4) Mengamalkan ilmu sihir dan mengajarkan ilmu tersebut atau mencipta satu kaedah untuk membuat maksiat (contoh satu cara permainan judi dan sebagainya)
Satu lagi dosa yang berterusan akan ditanggung oleh seseorang itu adalah apabila dia mengajarkan ilmu yang batil seperti ilmu sihir, ilmu perbomohan yang syirik atau kaedah-kaedah untuk membuat maksiat sedangkan ilmu itu diikuti , dipelajari dan diperturunkan kepada orang lain maka dosa-dosa besarnya akan ditanggungnya selagi perkara tersebut di amalkan oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment