Saturday, 3 December 2011

BUAH-BUAHAN MENCEGAH KANSER



ANGGUR

Buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.

Oleh sebab inilah, kita perlu memakan (buah-buahan) yang banyak mengandungi lutein khususnya pada buah anggur. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolis dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.

Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.

Antara lainnya, khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak). Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.



EPAL

Epal mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

Antioksidan dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.
P/S : Jangan biarkan epal yang telah dipotong terdedah lama kerana antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik epal dipotong!

Fitokimia dalam epal membantu menghalang salur darah daripada
tersumbat & penting untuk menghalang sakit jantung. Fitokimia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan.


KUACI (Biji bunga matahari)

Kuaci merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari

Kelebihan vitamin E :

Antioksidan
Pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
Berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome”
Memelihara pembekuan darah yang normal
Mengurangkan parut dari kecederaan
Mengurangkan tekanan darah
Mencegah penyakit katarak
Mengedurkan otot kaki dari kekejangan
Meningkatkan pengeluaran air mani
Menguatkan dinding kapilari
Menyihatkan kulit dan rambut
Mencegah anemia
Mengurang risiko kanser prostat
Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.


Khasiat Buah-buah Kering

Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiat buat-buahan ini masih tetap tersimpan baik.

Prun – amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.

Kismis – mengandungi zat besi. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu system penghadaman dan juga mengurangkan kolestrol dalam badan.

Ceri kering – mengandungi potassium dan vitamin A dalam diet anda.

Kurma – mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya mempunyai 96 kalori.

Aprikot kering – mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.

Buah tin kering – ia membantu mengurangkan “kolestrol jahat ”. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium

No comments:

Post a Comment