Saturday, 3 December 2011
Hargailah isteri anda
Wanita dikurniakan rahim semata-mata untuk bekerja dengan Allah s.w.t.... menjadi 'kilang ' manusia..
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
1. Diberi cuti bergaji penuh 7 sehingga 15 hari setiap bulan. Dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Orang lelaki tidak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang adalah wajib bagi setiap lelaki dari dia mula baligh sehingga habis nyawanya.
2. Isteri yang hamil, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.
3. Seorang ibu yang bersalin, sebaik sahaja bayinya dilahirkan seluruh dosanya turut keluar habis dari jasadnya. Inilah nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada wanita.
4. Selain itu ibu yang melahirkan diberi cuti bersalin sehingga 60 hari untuk berihat dan susukan anak.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah
5. Seandainya wanita itu meninggal dunia sewaktu bersalin, dia dianggap sebagai mati syahid, Allah izinkan dia terus masuk ke Syurga.
* Untuk ibu bukan Islam yang meninggal semasa bersalin, walaupun dia tidak dapat masuk Syurga tetapi Allah s.w.t. beri kelonggaran siksa kubur kepadanya.
6. Satu lagi nikmat yang Allah s.w.t kurniakan untuk semua wanita yang bersuami ialah dia akan mendapat semua kebaikan suami nya. Tetapi dia tidak akan menanggung apap-apa dosa-dosa suaminya.
7. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala 'extra' yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang dia tidak sedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah adalah keatasnya juga.
8. Di akhirat nanti, wanita yang Allah s.w.t kurniakan dengan sifat penyayang yang tebal dan jiwa yang halus tidak akan masuk syurga sendirian bila dia lihat suaminya sedang terkial-kial di titian Sirat. Sebaliknya dia akan memberi pahalanya kepada suaminya agar lepas masuk syurga bersama-sama.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.........
No comments:
Post a Comment