Tuesday, 13 December 2011
Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W Dari Pandangan Nabi Adam A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w. diterima di
mana-mana tempat oleh Allah S.W.T
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T maka Allah
S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan
telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian
3. Ketika aku telah mendurhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan
isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri
mereka
4. Memang benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari
syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah S.W.T akan dimasukkan ke dalam
syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment