Sunday, 11 December 2011
Munafik
Munafik iaitu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengannya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain.
Sayyidina Zaid bin Arqam meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
"Pada hari kiamat, seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling."
Lalu penghuni neraka bertanya kepadanya 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf dan melarang perkara yang mungkar? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya."(hadith riwayat Imam Bukhari)
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya" (Hadith riwayat Imam Tabrani)
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :
"Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat" (hadith riwayat Ibn Hibbah)
Golongan Munafik adalah sejahat-jahat makhluk Allah
Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat tetapi hati mereka kufur.
Golongan munafik, dengan kerjasama kaum Yahudi, sangat aktif di dalam mempertikaikan wahyu dan hadis Nabi Muhammad SAW
Tanda munafik mudah dikenal melalui keengganan mereka berjuang pada jalan Allah SWT
Golongan munafik adalah ilmuan yang mengeluarkan al-Quran tiruan dan Hadis palsu, terutamanya dalam soal yang bersangkutan dengan akidah dan kebatinan.
Orang yang berilmu dapat melihat penyelewengan tersebut tetapi orang jahil akan keliru kerana si munafik bercakap tentang Allah SWT dan agama Islam. Lebih-lebih lagi si munafik itu pandai menggunakan hujah keagamaan, terutamanya secara usul yang tidak ada kesudahannya.
Firman Allah S.W.T
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, itulah orang-orang yang fasik.”
(QS At-Taubah: 67)
No comments:
Post a Comment