Monday, 12 December 2011
Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا),
Ruku' melambangkan huruf Ha (ح)
Sujud melambangkan huruf Mim (م)
Duduk (د) melambangkan huruf Dal.
Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)
No comments:
Post a Comment