Tuesday, 13 December 2011
Rahsia di Sebalik Solat 5 Waktu
1. ZUHUR – Semasa waktu ini, api neraka jahanam sedang marak menyala, iaitu marak semaraknya(paling panas daripada biasa). Pada waktu ini juga segala makhluk sedang bertasbih kepada ALLAH s.w.t.
- Barangsiapa yang tidak meninggalkan waktu solat zuhur ini, maka terhindarlah dia daripada keperitan api neraka.
2. ASAR – Semasa waktu ini, Nabi Adam sedang mahu menghampiri Pohon khuldi atas pujuk rayu Hawa. Sebenarnya sebelum itu, iblis telah menggunakan ular untuk berbisik kepada Nabi Adam untuk menghampiri pohon tersebut, tetapi malang Nabi Adam tidak termakan dgn bisikan dan hasutan tersebut. Kerana kegagalan untuk menghasut Nabi Adam, sebab itulah iblis menghasut Hawa dan berjaya menghasutnya. Dikatakan juga, Allah telah menyumpah Hawa dan ular tersebut.sumpahan tersebut ialah, Kaum Hawa didatangi haid (coz Hawa memegang dan menggoyang2kan pohon tersebut hingga keluar cecair daripada pohon itu) dan ular disumpah berjalan tanpa menggunakan kaki.
- Pahala mengerjakan solat pada waktu ini ialah pahala seperti bayi baru dilahirkan.
3. MAGHRIB – Pada waktu ini ALLAH telah menerima balik taubat Nabi Adam, yang ketika itu di Jabal Rahmah, Pdg Arafah.
- Sekiranya kita bersolat pada waktu ini, ALLAH memperkenankan doa hamba2nya. Pada waktu ini ALLAH sedang menunggu kita meminta daripada-NYA.
4. ISYAK – Solat isyak sebenarnya telah dilakukan oleh para Nabi2 sebelum Nabi Muhamad diutuskan lagi.
- Pahala pada waktu ini ialah cahaya akan mengiringi kita semasa isra’ mikraj.
5. SUBUH – Bebas daripada 2 penyakit: 1. Munafik 2. Api Neraka
Assalamualaikum warahmatullah.
ReplyDeleteMaaf, cuma untuk pengetahuan UMUM semua orang.
Benda-benda yang tidak ada asasnya, tidak disertakan sumbernya mohon jangan disebarkan lagi.
"Fadhilat pergerakan solat tidak pernah dijelaskan oleh Nabi, mahupun para sahabat, begitu juga para Imam-Imam Mazhab. Allah sahaja yang mengetahui hakikat sebenar maksud pergerakkan tersebut. Malah ada riwayat yang menjelaskan bahawa pergerakkan solat merupakan manifestasi pergerakan beberapa Malaikat yang Nabi lihat ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Namun persoalan mengenai kenapa pergerakkannya begitu, tidak pula diperjelaskan kepada Nabi s.a.w."
Sila rujuk utk penjelasan lanjut : http://al-ahkam.net/home/content/sj-05-0549-fadhilat-tatacara-solat
sohih jiddan
Delete