Monday, 12 December 2011

Riba yang paling ringan seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah zahir (nyata) zina dan riba dalam sesebuah kampung/tempat/negeri, maka penduduk kampung/negeri itu telah menghalalkan untuk diri mereka sendiri azab dan
siksa Allah". (Hadis riwayat al-Hakim)

Dalam sebuah Hadis lagi , Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:

"Jauhilah 7 dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi yang adil)." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya, lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , Albani mengatakan sohih )

Sabda Nabi S.A.W lagi yang bermaksud :

"Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.."(Ibn Majah, Al-Hakim, Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Majoriti masyarakat Islam tak merasa bersalah langsung, malah rasa bangga bila mempromosi dan berurusan dengan produk-produk riba termasuklah insurans, pinjaman peribadi, kereta atau rumah, FOREX, dan saham bercampur, malah pinjaman institusi pengajian tinggi.

Cuba perhatikan Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Dilaknat pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah)

Berkatalah Ibn Abbas r.a : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, )

Tetapi telah tiada lagi mereka-mereka yang menjelaskan dosa riba sehingga khatib di mimbar jumaat jarang sekali bercakap mengenainya. Jika mereka yang berada di atas mimbar sendiri tidak takut akan dosa riba, apa lagi ummat yang sentiasa menggangguk di bawahnya.

Amat dukacita sekali mereka yang boleh berusrah, pejuang Islam dalam masyarakat, yang keluar berhari-hari dijalan Allah, pejuang keadilan dan kebajikan masyarakat, pejuang "sunnah yang tulin" yang menapis hadis- hadis dan riwayat, mereka ini tidak endah dengan larangan Allah, dan terus terlibat dengan pinjaman kereta, rumah dan perniagaan berlandaskan riba, kad kredit dan insuran riba, simpanan tetap/ fixed deposit, sehinggalah kepada pinjaman pelajaran riba.

No comments:

Post a Comment