Sunday, 11 December 2011

Sunnatullah




Nabi S.A.W pernah bersabda  yang bermaksud :


“Barangsiapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barangsiapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


Cara-cara makan Rasulullah :-

1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. (Cara duduk seperti kat gambar di atas).

Banyak kebaikannya duduk cara ini. Posisi ini dapatmemberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

2. Makan menggunakan tangan kanan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick.
Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata suasah nak makan nasi dengan 3 jari saja. Nabi dulu makan roti dan buah-buah kurma saja. Tetapi kalau hendak seribu daya kan. Orang-orang Cina  makan guna chopstick 2 batang kayu sahaja. Jadi disarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, makanlah macam biasa.

4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur.

6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah.

kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

No comments:

Post a Comment