Wednesday, 14 December 2011
Tidur Berkualiti
Tidur berkualiti
Tempoh optimum adalah 5 - 6 jam setiap malam. Tempoh yang sihat adalah 7 - 8 jam.
Tidur diajar Rasulullah S.A.W
Diriwayatkan oleh Tarmizi, Nabi Muhammad S.A.W melihat seorang lelaki yang tidur sambil meniarap lantas baginda menegur dalam sabda yang bermaksud :
"inilah cara tidur yang dibenci Allah’.”
Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad juga bersabda yang bermaksud :
“Apabila kamu hendak tidur ambillah wuduk seperti wuduk untuk solat, kemudian baringlah di atas lambung sebelah kanan.”
Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad pernah tidur menelentang sambil menyilangkan kaki seperti yang dilaporkan oleh Abbad ibn Tamim, “Aku pernah melihat Rasulullah tidur menelentang di dalam masjid sambil menyilangkan kedua belah kaki Baginda.”
Di dalam kitab at-Tib an-Nawawi, Ibn Qaiyim al-Jauziyah merumuskan cara tidur nabi dengan berkata, “Nabi Muhammad tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal sambil mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah sehingga terlena.”
Diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
“Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang istigfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.”
Allen Nicholson, penyelaras klinikal di Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community Ohio menjelaskan, semasa tidur, badan seseorang mengeluarkan 'growth hormone' yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak.
'Long-term memory' di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Namun mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh pelajar yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat tengah malam, mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, di samping menyebabkan keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari.
Tidur kurang 6 jam boleh mengancam nyawa
Tidur memantapkan sistem darah dan jantung. Dr Tom Mackay, seorang pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edingburgh Royal Infirmary Scotland merumuskan, kurang tidur menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku di dalam badan dan ini meningkatkan risiko seseorang mengidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.
Pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia menerima tekanan yang berlebihan pada waktu malam. Hal ini disebabkan, hormone cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam, justeru melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam di samping membebankan jantung mereka.
Pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, mengkaji kesan kurang tidur ke atas tentera-tentera yang mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau mendapati, fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan cukup dan otak akan mengambil masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala. Keadaan ini dapat menyebabkan kemalangan di bilik kecemasan, tempat kerja, jalan raya dan semasa menjalankan operasi ketenteraan.
No comments:
Post a Comment