Saturday, 3 December 2011

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka


1. Ayahnya

- Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat.
Mengaji dan sebagainya.

- Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Apabila seseorang yang bergelar ayah hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik oleh anaknya ke neraka.

2. Suaminya

- Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya

- Membairakan isterinya bergaul bebas di pejabat.

- Membiarkan isterinya memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.

Apabila suami mendiamkan diri, walaupun dia seorang alim, maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan membiarkan adik perempuannya melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah tarikan adiknya ke neraka.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Tarikan wanita bukan sahaja hebat di dunia malah lebih hebat di akhirat. Maka kaum lelaki yang bergelar seorang ayah, suami, abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman Allah S.W.T yg bermaksud :
"Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
[Surah Al-Ahzab ayat 59.]

Firman Allah S.W.T yg bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” [Surah An-Nur ayat 31.]

No comments:

Post a Comment