Tuesday, 6 December 2011

Ajaibnya Sedekah



(1)  Pahala Sedekah Menaglir Sehingga Ke Akhirat

Imam Samarqqandy, pengarang kitab Tanhibul Ghafilin, mengatakan :  Biasakan diri untuk terus betsedekah, baik dalam jumlah kecil mahupun besar. Kerana dalam sedekah itu ada 10 manfaat :

~  5 akan diberikan di dunia

~ 5 akan diberikan di akhirat

(2)  Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah 2:245 yang bermaksud :
"Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah"

(3)  Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Hadiid 57:58 yang bermaksud :

"Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia"

(4)  Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah" (HR.At-tirmidzi)

(5)  Firman Allah S.W.T yang bermaksud :  "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya" (QS.Muhammad :38)

(6)  Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud  :  "Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya" (HR.Muslim)

(7) Antara fadhilat bersedekah :
1. Menyembuhkan berbagai penyakit.
2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
3. Diselamatkan dari segala keburukan.
4. Menenangkan hati dan jiwa.
5. Melapangkan rezeki.



(1)  Dasyatnya amalan sedakah

Diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad :
Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah S.W.T. pun menciptakan gunung untuk menstabilkan bumi. Malaikat kagum dengan penciptaan gunung lalu bertanya :

“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?”

Allah S.W.T menjawab, “Ada, yaitu besi”
(Kita tahu bahwa bulldozer, bor dan yang seumpama dengannya (dibuat daripada besi) dapat meratakan gunung batu sekalipun)

Para malaikat bertanya lagi, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?”

Allah S.W.T menjawab, “Ada, yaitu api”
(Kita juga tahu api dapat mencairkan besi, bahkan besi baja sekalipun dapat dicair oleh api)

Para malaikat bertanya lagi, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?”

Allah S.W.T menjawab, “Ada, yaitu air”
(Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).

Para Malaikat terus bertanya “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?”

Allah S.W.T menjawab, “Ada, yaitu angin”
(Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, “Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?”

Allah S.W.T menjawab dalam firmanNya yang bermaksud :
“Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.”

(2) Allah menjaminkan pahala 700 kali ganda untuk sedekah yang dikeluarkan semata-mata untukNya
( 1 Sedekah Jariah = 700 Kali Ganda Pahala ! )

Allah S.W.T menegaskan bahawa rezeki yang dipinjamkanNya kepada kita jika kita sedekahkan dengan ikhlas semata-mata keranaNya, Dia menjaminkan ganjaran pahala 700 kali ganda, sebahagiannya diberikan ketika kita hidup di dunia dan sebahagiannya untuk kita bawa ke akhirat semasa kita menghadapNya nanti.


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :
“Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”
(Surah al-Baqarah ayat 261)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat pun, hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) . Dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah ayat 265)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Menurut Atho’ Al-Kharasan, pahala membelanjakan harta kerana mencari keredaan Allah SWT tetap diperolehi walaupun harta tersebut digunakan oleh orang lain untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran.

Kita tidak perlu berasa dukacita sekiranya sedekah kita disalah gunakan oleh penerima sedekah kerana Allah memberi pahala atas amalan sedekah kita itu. Dan kesalahan penerima sedekah itu adalah urusannya dengan Allah SWT. Maka kita tidaklah perlu risau tentang ke manakah sumbangan kita dibelanjakan oleh orang yang menerima sumbangan.



Firman Allah:
“Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.”
(Surah al-Baqarah, ayat 254)


(3)  Sedekah adalah penolak bala. Rasulullah telah menyerukan kepada para sahabatnya yang sedang bersiap pergi menuju medan perang Tabuk, agar mengeluarkan infaq dan sedekah.


(4)  Sedekah Berkembang Di Sisi Allah.

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”
(Ar-Ruum: 39)

(5)  Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

(6)  Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”.
(At-Talaq:2-3)

(7)  Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya.

Sabda Rasulullah : " Wahai umat manusia,
~  bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati
~  dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain),
~  dan jalinkanlah hubungan dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir)
~  dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki
    yang mewah, diberi kemenangan terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan
    itu dengan balasan yang berganda-ganda." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

(8)  Nabi SA.W memuji 2 amalan yang mulia

“Dua amalan yang mulia. Memberi makan dan memberi salam kepada sesiapa sahaja sama ada yang dikenali atau tidak.”

(9) Wasiat Nabi S.A.W kepada Saidina Ali R.A

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga, maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti..."

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong... "

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan... dan adapun orang yang kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai Ali... Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati, kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya fadhilat orang yang bersedekah iaitu diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.




Bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Derma atau sumbangan yang boleh meringankan beban orang lain akan menyelamatkan kita daripada api neraka jika kita melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira agar sedekah tidak menjadi sia-sia seperti yang diajarkan dalam agama kita :

Pertama:
Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok, boleh dipakai dan disenangi penerima. tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Allah s.w.t melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik (kita sendiri pun tidak tergamak nak pakai) kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

Kedua:
Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.

Ketiga:
Sunat bersedekah atau menderma barang yang kita sendiri sukai dan sayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

Keempat:
Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

“Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264)

Kelima:
Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

Keenam:
Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Ketujuh:
Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).


Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran ke masjid atau surau atau kepada seseorang. Setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital. Setiap kali orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu orang yang sedang belajar atau bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do’a.

7. Sedekah atau libatkan diri dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air (water cooler) di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang memakan buahnya atau berlindung di bawahnya, Anda dapat hasanah.

10.  Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak- anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita  sedari.

11.  Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan  pujian dan sebagainya. Mulakan dengan keluarga sendiri dahulu. Jangan  anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak  mereka.

12.  Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat)  perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

13. Seelok-elok bersedekah ialah pada awal pagi, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. 





Sedekah Banyak kali Disebut Dalam Al-Quran

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." Surah Al- Baqarah : 195

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Surah Al- Baqarah : 215

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." Surah Al- Baqarah : 245

"Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al- Baqarah : 254

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita." Surah Al- Baqarah : 262

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Surah Al- Baqarah : 263

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Surah Al- Baqarah : 264

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Surah Al- Baqarah : 267

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Surah Al- Baqarah : 268

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan
Surah Al- Baqarah : 271

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Surah Al- Baqarah : 272

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Surah Al- Baqarah : 273

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Surah Al- Baqarah : 274

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Surah Al- Baqarah : 276

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Surah Al- Baqarah : 280

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
Surah An-Nisaa' : 8

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
Surah An-Nisaa' : 39

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar
Surah An-Nisaa' : 114


No comments:

Post a Comment