Thursday, 8 December 2011

FADHILAT BULAN SYAABAN

Fadhilat Bulan Saaban :

1.  Dalam bulan yang penuh keberkatan ini ini terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

i.      Puasa 1 hari di bulan Syaaban :

~  akan mengharamkan tubuh dari api neraka
~  akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga
~  dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

ii.    Berpuasa sebulan pada bulan Syaaban :

~  dipermudahkan Allah Sakaratulmaut
~  dilepaskan kegelapan dari kubur
~  dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir
~  ditutup keaibannya di akhirat nanti
~  dan diwajibkan syurga baginya.

iii.   Puasa 3 hari pada permulaan bulan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari terakhirnya, maka Allah S.W.T mencatat untuknya :

~  Pahala seperti pahala 70 Nabi Allah
~  Seperti beribadat 70 tahun
~  Jika ia mati pada tahun itu, matinya seperti orang mati syahid

iv.   Puasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban :


~  akan masuk dalam syurga

2. Sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) 
(Al-Hadis)

3. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

 “Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

4. Doa mustajab pada malam ke 15 bulan Syaaban (malam Nisfu Syaaban). Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan :

i.  Membaca surah Yassin sebanyak 3 kali selepas maghrib
~ Bacaan pertama diniatkan mohon panjang umut dalam mentaati Allah, kemudian baca doa-doanya
~ Bacaan ke 2 diniat diluaskan Allah rezeki yang halal dan diberkati-Nya, kemudian baca doa-doanya
~ Bacaan ke 3 diniat minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya & malam pertengahan bln Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu”

ii. 300 pintu rahmat dibuka kanAllah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban dibukakan dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

5.  Digalakkan banyak berdoa, berzikir & berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

 “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

6.  Bagaimanapun Rasulullah S.A.W tidak menggalakkan (khasnya orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat) berpuasa sunat apabila tinggal separuh bulan Syaaban
(Riwayat at-Tirmidzi dari Abu Hurairah)

Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa puasa sunat ini daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu

No comments:

Post a Comment