Tuesday, 13 December 2011
Hak Haiwan Terhadap Manusia
1.MEMBERI MAKAN DAN MINUM APABILA HAIWAN ITU LAPAR.
Rasullah pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud “Pada setiap makhluk yang punya perutt,ada pahala.” Kata Rasullah lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi.” Baginda juga bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidak menyayangi,maka dia tidak disayangi.”(Riwayat bukhari)
2.HAIWAN JUGA BERHAK BEROLEH KASIH SAYANG DAN PERHATIAN.
Pernah suatu ketika,Rasullah melihat sekumpulan orang menjadikan haiwan (burung) sebagai sasaran anak panah.Maka baginda bersabda yang bermaksud,
“Allah mengutuk orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai sasaran.” (Muttafaq Alaih) Rasullah juga pernah melarang orang daripada mengurung haiwan engan tujuan untuk membunuh haiwan tersebut.Baginda pernah menegur seorang sahabat yang mengambil anak burung dari sarangnya dan baginda melihat sang ibu terbang ke sana sini mencari anaknya yang hilang.Banginda bersabda yang bermaksud,”Siapa yang menyakiti haiwan ini dengan mengambil anaknya?Kembalikanlah ke tempatnya.” (RIWAYAT ABU DAUD)
3.LAKUKAN PENYEMBELIHAN ATAU MEMBUNUH DENGAN CARA BAIK.
Rasullah bersabda yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik terhadap sesuatu.Apabila kamu membunuh,maka bunuhlah dengan cara yang baik.Apabila menyembelih,sembelihlah dengan baik.Senangkanlah sembelihan kamu dengan menajamkan pisau.” (RIWAYAT MUSLIM)
4.JANGAN MENYEKSA HAIWAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN.
Apa sahaja bentuk seksaan seperti mengurung,memukul,membakar atau tidak memberikan makan minum,memang dilarang sama sekali.Rasullah bersabda yang bermaksud,“Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing dikurungnya sehingga mati.Dia masuk neraka kerana tidak memberi haiwan itu makan dan minum ketika dikurung dan dia juga tidak membiarkan kucing itu makan serangga (atau haiwan kecil lain yang berada sekitarnya).”(RIWAYAT BUKHARI)
5.HAIWAN YANG ‘DIHARUSKAN’ DIBUNUH.
Terdapat beberapa jenis haiwan yang berbahaya dan dibolehkan membunuhnya.Ini termasuklah serigala,anjing gila,ular,kala jengking dan tikus.Hal ini berdasarkan sabda Rasullah yang bermaksud,“Lima jenis haiwan berbahaya yang boleh dibunuh di tanah halal mahupun haram,iaitu ular,burung gagak berbelang putih hitam,tikus,anjing gila dan hudya.(RIWAYAT MUSLIM) Hadis sahih yang lain juga menyatakan boleh membunuh kala jengking.
6.BOLEH MELETAKKAN CAP PADA TELINGA HAIWAN TERNAKAN.
Hal ini biasa dibuat pada golongan penternak haiwan komersial tertentu seperti unta,lembu,kambing,atau kerbau.Biasanya cap itu diberikan sebagai tanda pengenalan atau untuk tujuan tertentu.Rasullah juga pernah meletakkan tanda atau cap tertentu pada haiwan yang dipeliharanya.Suatu ketika Rasullah melihat seekor himar dicap ada kepala dan baginda bersabda yang bermaksud,“Allah mengutuk orang yang memberikan cap haiwan ini pada mukanya.”(RIWAYAT MUSLIM)
7.MELAKSANAKN KEWAJIPAN ZAKAT HAIWAN TERNAKAN.
Sesetengah haiwan seperti unta,lembu dan kambing ada zakat yang harus ditunaikan oleh penternaknya.Zakat haiwan ternakan yang dikeluarkan dipercayai akan menambahkan lagi kemakmuran haiwan ternakan.
8.TIDAK MELALAIKAN KETAATAN KEPADA ALLAH WALAUPUN SIBUK DENGAN HAIWAN TERNAKAN.
Kesibukan menguruskan haiwan ternakan seharusnya tidak menjadikan seseorang lalai daripada menunaikan tanggungjawab kepada Allah seperti solat lima waktu.Haiwan ternakan dikategorikan dalam harta dan Allahtelah memberikan peringatan mengenai harta seperti firman-Nya,“Wahai orang yang beriman,janganlah harta-hartamu dan anak-anak melalaikan kamu daripada mengingati Allah….”(SURAH AL-MUNAFIQUN:9)
No comments:
Post a Comment