Tuesday, 13 December 2011
Pahala Yang Terus Mengalir Kepada Pemiliknya Selepas Mati
1. Mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal
ibadat di dalamnya
2. Mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya
3. Menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya
4. Menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya
5. Menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung
6. Mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
7. Meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan
beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya
akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak
itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya
No comments:
Post a Comment