Friday, 9 December 2011
Muflis Di Akhirat
1. (Riwayat Abu Hurairah, no 2581)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?"
Para sahabat menjawab :
"Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)"
Rasululllah S.A.W menjawab dalam sabdanya yang bermaksud :
"Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (simuflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka."
Huraian :
Di bawah ini adalah antara perbuatan-perbuatan yang kita 'enjoy' di dunia dan yang akan membuat kita derita 'bankrupt' di akhirat :
1. Memaki hamun
2. Memfitnah
3. Memakan harta orang
4. Menumpahkan darah
5. Memukul orang
No comments:
Post a Comment