Wednesday, 14 December 2011
Suami Isteri Bangun Bersama Untuk Bertahajud
Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam
Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkan nya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke
mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Kelebihan bertahajud
Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.
Lima ketika di dunia:
1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana
Empat ketika di akhirat:
1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Diringankan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan
No comments:
Post a Comment