Friday, 17 February 2012

Hukuman @ penyeksaan terhadap bantuan pada zaman dahulu kala


FLAYING

Amalan kuno ini dilaksanakan oleh puak Asyur (Asyrrians) ketika pemerintahan Dinasti Ming sebagai satu kaedah penyeksaan dan pelaksanaan hukuman bagi pesalah.

Kulit dari badan pesalah akan dilapah seperti melapah haiwan.





Hukuman humban dalam lubang ular (Snake pit)

Salah satu bentuk penyiksaan tertua dan hukuman mati, lubang (ruang) ular adalah sangat umum satu bentuk hukuman mati. Banduan dibuang ke dalam sebuah lubang dalam dengan ular berbisa, mati selepas dipatuk ular. 

Beberapa pemimpin yang terkenal telah mati dengan cara ini, termasuk Ragnar Lodbrok, ketua perang Viking, dan Gunnar raja Burgundy.





Hukuman tanam hidup-hidup

Hukuman mati ini telah digunakan untuk orang perseorangan mahupun kelompok. 

Korban biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan dikuburkan. 

Ketika Perang Dunia II tentera Jepun telah mengubur kan rakyat China hidup-hidup. Peristiwa ini di sebut sebagai 'Ten Thousand Corpse Ditch'





GAROTTE

Garrote ,satu bentuk penyeksaan terhadap bantuan pada dahulu kala,tidak lagi dibenarkan oleh undang-undang di mana-mana negara walaupun latihan dalam penggunaannya masih dijalankan dalam French Foreign Legion.Garrote adalah prosedur yang akan menyeksa banduan sehingga mati.Ia digunakan untuk memecahkan dan mencerut leher seseorang. 

Prosedur yang kejam ini telah dipraktikkan di Sepanyol sehinggalah tahun 1978 dimana ia mula diharamkan dan dimansuhkan dari hukuman perundangan. Ia biasanya terdiri daripada tempat duduk di mana banduan itu akan diikat manakala algojo akan mengetatkan jalur logam pada lehernya sehingga dia meninggal dunia. Mangsa akan mengalami keadaan sawan yang teruk dan menyakitkan,kemudian maut. Pelaksanaan terakhir menggunakan kaedah garrote adalah terhadap pesalah bernama José Luis Cerveto pada bulan Oktober 1977





Brazen Bull 

Brazen Bull atau Sicilian Bull adalah alat pelaksanaan hukuman yang direka pada zaman Greece purba. 

Replika lembu akan dibuat menggunakan loyang, berongga, dengan pintu di bahagian tepi. 

Pesalah akan diletakkan di dalamnya dengan api dibawah sehingga ia menjadi kuning dan panas dan menyebabkan pesalah di dalamnya mati dipanggang.

Jeritan mangsa keluar dari bukaan mulut dan hidung lembu itu akan kedengaran seperti dengusan lembu yang sedang marah dan bukan bunyi jeritan manusia semata-mata. 

Setelah selesai, pintu disisi lembu itu dibuka semula. Tulang hangus akan kelihatan bersinar seperti permata dan ada yang menjadikan permata-permata itu menjadi alat perhiasan seperti gelang dsb.





Slow slicing

Proses yang perlahan dan mematikan dengan seribu luka, 'slow slicing' atau disebut rakyat tempatan sebagai Lingchi dikhaskan untuk pengkhianat atau pembunuh.  

Pelaksanaan hukuman yang digunakan di China dari kira-kira AD 900 sehingga dihapuskan pada tahun 1905. 

Mangsa akan diikat ke pancang kayu di tempat awam. 
Kadangkala candu diberikan kepada pesalah agar tidak pengsan semasa hukuman dijalankan.

Kulit dan daging pesalah akan dipotong/dihiris. 
Jumlah hirisan tidak dinyatakan secara terperinci dalam undang-undang China dan oleh itu ia boleh diubah2.

Hukuman matidan menyeksakan ini adalah sebagai penghinaan dan amaran kepada rakyat China


No comments:

Post a Comment