Negara Brunei Darusalam adalah sebuah negara yang kaya dengan limpahan minyak sehingga tersenarai sebagai antara negara paling kaya di dunia.
Negara Brunei Darussalam mengamalkan konsep monarki mutlak di mana semua hasil bumi Brunei adalah kepunyaan Sultan.
Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Unit Petroleum telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal kesemua aktiviti-aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh pemegang konsesi.
Ada dua pemegang konsesi yang melaksanakan aktiviti ini, iaitu :
1. Syarikat Minyak Brunei Shell (syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)
2. Royal Dutch Shell
Walaupun negara Brunei mengamalkan konsep monarki mutlak tetapi rakyat Brunei beruntung kerana mendapat Sultan yang prihatin dengan kebajikan rakyatnya.
* Keadilan Sultan Brunei tidak dapat dipertikaikan dalam menangani kes Putera Jefri, adik kandungnya sendiri. Putera Jefri yang merupakan menteri kewangan 1986 hingga 1997 telah dipecat oleh Sultan Hassanal Bolkiah kerana menggelapkan $40billion tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang dianggap meragui.
* Sultan Brunei juga tegas dalam pemerintahannya. Negara Brunei Darussalam pernah dihalang menyertai acara perarakan ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2006. Lepas itu, Sultan Brunei terus rombak kabinet akibat murka. Brunei tidak mendaftar sebarang atlet untuk bertanding di Beijing.
No comments:
Post a Comment