Saturday, 2 June 2012

GANGGUAN JIN ASYIK/CINTA


Gangguan oleh jin asyik/cinta merupakan gangguan yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlu rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.


PENGENALAN JIN ASYIK

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan.

Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit. 

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya. 

Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.


ANTARA SIMPTOM WAJIB YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT JIN ASYIK

1.    Celah kaki seperti cuba dibuka orang
2.    Rasa di tindih dan terasa nikmat 
3.    Kemaluan menjadi sakit seperti kepecahan dara
4.    Didatangi lelaki dalam mimpi,
5.    Sering mengalami sakit pinggang ke bawah bahagian belakang
6.    
7.    Sering menangis tengah malam
8.    Enggan solat
9.    Tidak terurus 
10.  Sering bermimpi.


Biasanya gangguan jin asyik berlaku pada perempuan. Bahkan mereka lebih suka untuk bersama manusia berbanding spesis jin sendiri.

Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit.


BAHANA JIN ASYIK

Wanita yang pemikirannya telah dikuasai jin asyik (kadang-kadang wanita yang  telah berkahwin, malah ada yang telah mempunyai  anak) akan berkeras tidak mahu berubat. Malah ada yang sehingga meminta cerai daripada suami. Ada yang mengancam kalau tidak diceraikan, dia akan membunuh anaknya sendiri! 

Jika wanita itu telah bersuami, suaminya juga diganggu untuk menjadi mudah marah, dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti memukul isteri. Inilah bahana gngguan jin asyik. Mereka akan merosakkan hubungan antara suami isteri dan akan menjerumus kepada penceraian. Si lelaki jika tidak cukup kuat bersabar, iman mudah goyah, maka pastilah akan di akhiri dengan penceraian pada akhirnya. 


Bagi mereka yang sakit, dinasihatkan untuk mencari pengamal-pengamal perubatan Islam  bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin secara berperingkat sehingga benar-benar sembuh. Jangan ikhtiar dengan bomoh dan sebagainya, yang mensyirikkan Allah Taala. 


ANTARA CARA PENGUBATAN YANG LAZIM DIGUNAKAN

1.  Pesakit diminta bersedia dengan duduk melunjur kaki
2.  Kemudian pesakit diberi minum air ruqyah. 
2.  Ruqyah dimulakan dengan istighfar dan tapak tangan diletak pada dahi pesakit 
4.  Seterusnya sesi dialog dengan jin
5.  Kemudian sesi angkat sumpah dan sesi pengeluaran jin dari jasad pesakit dengan  melaungkan azan 
6.  Seterusnya penyediaan air penawar untuk mandian dan minuman si pesakit. 
7.  Sesi menasihatkan si pesakit agar menjaga adab sebagai muslimin, menjaga solat, menutup aurat dan 
     melazimi bacaan Quran.
8.  Akhir sekali sesi membuat pemagaran rumah (jika perlu atau diminta oleh tuan rumah)


No comments:

Post a Comment