Saturday, 21 January 2012
Bee Hoon Goreng China (putih)
Bahan-bahan ( 5-6 org )
1 peket bee hoon halus
Udang secukupnya - buang kulit. Belah belakang & buang kotorannya
Hirisan isi ayam
Bebola ikan - kalau suka
Daun kucai seikat
Taugeh secekak - buang akarnya
Minyak masak - secukup untuk menumis
1 sudu besar kicap cair
Garam - secukup rasa
2 sudu besar lada putih
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 keping tauhu - digoreng dan dihiris
1 biji telur - buat telur dadar & dihiris
Daun sup n daun bawang - secukup untuk hiasan
Cara-cara membuatnya :
1. Rendam beehoon hingga lembut, toskan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi, baharu masukkan lada sulah, udang, ayam
dan bebola ikan
3. Kuar sebentar.
4. Masukkan garam dan kicap cair. Balik-balikkan sebentar
5. Masukan beehoon, tauhu dan sayur-sayuran. Balik-balikkan atas api sebentar
6. Sendukkan ke dalam pinggan/mangkkuk leper yang besar
7. Hiaskan dengan menabur hirisan telur dadar, daun bawang dan daun sup di atasnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment