Sunday, 22 April 2012

Mee Kolok ADM (Gerai No.38, Kubah Ria) - Yang Paling 'Nyaman' Di Kuching



Mee kolok

Mee kolok popular dan amat digemari di negeri Sarawak sehingga kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjualnya.

Mee kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Ramuannya (untuk 1 orang) :
1 gulung mi kering (mi sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar. Kacau seketika hingga layu.
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
4. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut.
5. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.
6. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).
7. Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
8. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.
Tambahkan lada sulah jika suka.

Keunikkan rasanya

Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini.


Antara mee kolok yang paling enak di Kuching adalah yang disediakan/dijual di kedai ADM. Lokasi kedai ADM ialah di No.38, Kubah Ria Baru.


Istimewanya, Mee Kolok Special di kedai ADM hanya berharga RM5.00 dihidangkan dengan sup ayam atau sup daging. Kedai ADM tidak lokek memberi isi ayam atau isi daging, lumayan sungguh. Begitu juga mee nya. Memang berbaloi-baloi.





No comments:

Post a Comment