Sunday, 22 April 2012

Mee Kolok Mangkuk Merah (Benteng) - Yang Paling Sedap Di Kuching



Mee Kolok Mangkuk Merah

Mee Kolok Mangkuk Merah antara yang popular dan digemari penduduk tempatan. Sentiasa dibanjiri pengunjung walaupun agak lambat dibuka iaitu sekitar jam 10 malam.


Rasanya memang sedap. Mungkin sebab itu stall Mee Kolok Mangkuk Merah ini sentiasa penuh di kunjungi peminat setianya terutama dari kalangan muda-mudi. Dan taukey dan pembantu stall ini pun terdiri dari anak-anak muda.

Sukar Mencari Lokasi Stall Mee Kolok Mangkuk Merah ?

Lokasi :  Jalan Satok, Kuching, Sarawak

Untuk mudah mencarinya, anda kena berada di sebelah kanan Hatz Chicken Buffet di Satok (dan muka anda mengadap main road), sekarang perhatikan sebelah kanan anda dan pandang stall-stall yang paling dekat dengan kaki lima kedai di situ.

> Stall yang pertama yang anda lihat adalah stall menjual minuman.

> Perhatikan stall kedua bersebelahan satll menjual minuman itu. Atas stall yang kedua anda akan dapati banyak mangkuk-mangkuk merah tersusun tinggi (walaupun kedai belum dibuka). Itulah stall Mee Kolok Mangkuk Merah yang sedap dan berbaloi-baloi itu.

*** Yang penting anda kena berada di sbelah kanan Hatz Chicken Buffet di satok terlebih dahulu. Anda pasti akan menemui stall yang mana mangkuk-mangkuk merah tersusun tinggi dan rapi di atasnya!!!

Selamat mencuba !







No comments:

Post a Comment