Friday, 18 May 2012

ADI PUTRA BELUM PASTI MAHU CERAI ATAU TIDAK


Adi Putra dan isterinya yang jelita

Nampaknya rumahtangga Adi Putra yang telah dibina bersama permaisurinya, Aida Yusof, pada 14 April 2006 masih dapat diselamatkan.

Walaupun sebelum ini Adi Putra melalui Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dalam proses mahu bercerai bersama isterinya, tetapi berita yang terkini diterima mengatakan Ady Putra telah memberitahu bahawa beliau dan isterinya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Pada hari itu nanti Hakim Syariah akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut. Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini.” – Ady Putra dipetik dari Dailychilli


No comments:

Post a Comment