Wednesday, 30 May 2012

Kenapa perlu pakai tudung...mengikut kaedah sains



Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan. Antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. 

Mastoid process adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga). Ianya sangat beza saiznya antara lelaki dan perempuan.

Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Allah swt syariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Facial nerve berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka, senyuman, ketawa.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. 

Pemakaian tudung adalah untuk kecantikan wanita. 

Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita?

..kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya

“ afala ta’kilun “

“ afala tatafakkarun “

“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan? —

No comments:

Post a Comment