Nama Penuh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz
Kerjaya : Pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990.
- Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, beliau telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh.
- Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.
- Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, hasil dari sumbangan wakaf orang ramai, beliau telah mambangunkan sebuah pusat pendidikan yang diberi nama Pusat Pendidikan Al-Barakah yang pertama pada tahun 2004 di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak ( ** tanah dibeli dengan harga RM45,000 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh )
No comments:
Post a Comment