Thursday, 6 September 2012
NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN
Menurut sumber dari Mynewshub, pejabat TV3 di Bandar Utama kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah menghantar notis perletakan jawatan (berkuatkuasa hujung bulan September 2012) dari stesen itu pagi ini.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan kritikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya mengikut sumber berkenaan.
Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Nurul Syuhada telah menerima kecaman yang agak hebat berikutan kejadian itu. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. – Mynewshub
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment