Sunday, 11 December 2011

3 Perkara di Larang Keras Oleh Allah S.W.T



1. Menderhakai ibu bapa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )

Dalam hadis yang lain Nabi SAW. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa dan sumpah yang palsu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dosa menderhaka kedua ibu bapa diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah SWT. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini.

Di dalam al-Quran Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (Surah al-Nisaa’ ayat 36)

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

2. Bakhil (kedekut)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , "Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga. Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil" (Hadis Riwayat Tabrani)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."


3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.

Perbuatan ini adalah perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT kerana membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Dalam masyarakat hari membunuh & membuang bayi hasil perzinaan seperti membuang sampah sehingga ada setengahnya dimakan oleh anjing. Perbuatan manusia zaman sekarang sama dengan orang-orang jahiliah menguburkan anak perempuan mereka. Malah mungkin lebih kejam lagi kerana tidak pernah kita dengar orang arab jahiliah memberi anjing makan mayat anak perempuan mereka.

Anak-anak kecil yang mati dibunuh akan mendakwa ibu bapanya di hari akhirat dan Allah SWT akan melaknat mereka dan menghumbankan mereka kedalam api neraka Jahanam.


No comments:

Post a Comment