Sunday, 11 December 2011

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur




Akhlak kita telah tersasar jauh dari mencontohi akhlaq Rasulullah S.A.W.

Telah berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala:

"Manusia itu tiga golongan; satu golongan seumpama makanan, tidak lepas dari berhajat kepadanya, dan satu golongan lagi seumpama ubat, berhajat kepadanya pada waktu tertentu sahaja, dan golongan ketiga seumpama penyakit, tidak ada hajat kepadanya sama sekali tetapi seseorang hamba itu kadang-kadang diduga dengannya, dan ia adalah golongan yang tiada faedah sama sekali, maka wajiblah berbuat lunak dengannya untuk melepaskan diri dari kejahatannya"

Marilah kita kembali menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dan menjauhi sifat mazmumah (sifat tercela) :

1. Gemar makan dan minum
"Mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan & minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur & beristirahat".

2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia) Nabi Muhammad SAW telah bersabda (yang bermaksud) :
"Sesiapa beriman kepada ALlah & hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja".

3. Marah - Berpunca daripada kurang sikap sabar & didorong oleh syaitan laknatullah yang ingin merosakkan iman & dirinya. Islam tidak menghalang marah dalam hal- hal tertentu seperti yang diperintahkan ALlah dalam surat At-Tahrim, ayat 9 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, perangilah orang kafir & orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka".

4. Hasad dengki dan iri hati
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW (yang bermaksud) :
"Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu".

5. Kasih pada harta -> yang membawa kepada sifat bakhil
"Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaan mu & anak pinak mu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka dalam kalangan orang yang rugi" (Surah al-Munafiqun: 9).

6. Takbur (menyombongkan diri).

7. Riya' - Untuk menarik pandangan orang dengan menunjukkan pelbagai amal kebaikan semata untuk mendapat pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub (berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri.
"Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini" dan sentiasa menghisab diri atau meneliti kekurangan diri sendiri (muhasabah).

9. Kasih akan dunia (Hubbuddunya)
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati".

No comments:

Post a Comment