Showing posts with label Religion - SALAT (SOLAT). Show all posts
Showing posts with label Religion - SALAT (SOLAT). Show all posts

Thursday, 21 June 2012

WAKTU DOA PALING MUSTAJAB




Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:

" Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T. "


Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku."

Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa kita, umat Islam berbeza daripada umat agama lain. 

Kita meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Wednesday, 6 June 2012

KESILAPAN DALAM SOLAT YANG DIPANDANG RINGAN


Sesiapa yang mendirikan solat bererti mereka telah mendirikan agama dan sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia meruntuhkan agama.

Mereka yang mengabaikan atau mengurangkan solat lima waktu bererti kuranglah keislaman mereka. Malah dengan jumlah yang kurang itu hampir-hampir menyamatarafkan mereka dengan orang bukan Islam.

Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku (meskipun ada kesalahan tersebut tidak disengajakan tetapi kalau tidak diperbetulkan akan menjadi kebiasaan yang sukar dibetulkan semula).

i)   Kesilapan sebelum solat : - 

Dalam azan muazzin / bilal melakukan dua kesalahan secara tidak sedar (menyebabkan lafaz azan itu sudah tidak memberi makna dan maksud yang sebenar)

1. “Asy-hadu an la ilaha illah” 

Mereka membacanya dengan dibunyikan “Asyhadu” dengan assyadu. Perkataan ini tidak memberi apa-apa makna dan tidak menepati lafaz syahadah yang wajib dibaca.

2. “Lailaha illallah” 

Dipanjangkan “ha” pada perkataan “ilaha” menjadi ilahaa. Perkataan ini juga tidak memberi apa-apa makna.

Jadi, semua bilal dan orang yang hendak mengalunkan azan, eloklah membuat latihan menyebutnya agar tidak terus tersilap. Ingatlah azan mengajak orang ramai kepada solat, tetapi kalau tersalah sebut, panggilan itu tidak dinilai oleh Allah.

Selain itu suka diingatkan juga bahawa, waktu untuk azan adalah ditentukan oleh muazzin manakala untuk melakukan solat hendaklah ditentukan oleh imam. Maka dalam hal ini bilal perlu memastikan iman bersedia dan mendapat keizinannya.

ii)   Kesilapan Waktu Solat 

1.  Niat

Terdapat beberapa orang susah hendak masuk niat untuk memulakan solat. Kadang-kadang dia terpaksa mengangkat takbir berkali-kali untuk membolehkan niatnya masuk pada waktu itu. Sikap atau tabiat itu menjadi sebab terlambatnya dia mengikut imam. Padahal niat adalah kerja hati yang datangnya bagaikan angin lalu sahaja, tidak perlu mengambi masa yang panjang.

Mengikut hukum fiqah, apabila seseorang itu mengangkat takbir dengan niat yang betul, takbir dan niat itu sudah diterima. Maka kalau dia mengulangi kali kedua, maka takbir kedua itu menyebabkan solatnya terbatal. Jadi, apabila dia meneruskan solat dengan takbir itu, solatnya tidak dikira oleh Allah. Oleh sebab itu dia perlu ulangi takbir dan niat baru, yang ketiga.

2.  Takbiratul Ihram

Selain itu takbiratul ihram iaitu dengan menyebut “Allahu Akbar". Lazim yang berlaku dalam kalangan umat Islam ialah mereka memanjangkan “baar” pada perkataan akbar. Dengan memanjangkan “akbar” itu tidak lagi memberi makna “Allah Maha Besar”. Jadi berhati-hati menyebutnya.

3.  Bacaan Surah Al-Fatihah

Seterusnya dalam membaca surah al-fatihah, mereka terlalu sangat hendak membetulkan sebutan makhraj sehingga jadi berlebih-lebihan. Antaranya ialah membaca “alhamdulillah” ditekankan bacaan pada alham sehingga berbunyi seperti alkham atau alhom. Ini juga telah merosakkan makna al-Fatihah yang asal.

4.  Bacaan “samiallahu liman hamidah” semasa iktidal 

Semasa iktidal juga terdapat kesilapan menyebut pada membaca “samiallahu liman hamidah”. Selalu juga kita dengar sesetengah orang membaca dengan memanjangkan bacaan haamidah. Dengan memanjangkan perkataan pada “ha” memberi erti wanita yang memuji - isim fail muannas. Padahal yang asalnya “hamidah” ialah feil madhi yang memberi erti memuji-Nya.


Tambahan :


Nabi Muhammad S.A.W. diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita.

Maksud hadis:

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]



Kesalahan-kesalahan lain dalam solat yang tidak kita sedari : -

1. Tidak berdiri lurus.

Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan. Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan. Perkara ini HANYA terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.

Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah.

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah

Yakni berhenti seketika dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah".

Maksud hadis:

"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?"
"Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna

Tujuh anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah.

Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam yang salah

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu'alaikum warahmatullaah).

Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ, ia akan membatalkan solat.

Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. 

Sesetengah orang seakan sudah terbiasa mengayun-ngayun tangan semasa i'tidal padahal pergerakan besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat.

9. Tidak i'tidal selepas rukuk

Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kiblat


Tambahan:

Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan perbuatan yang betul dan yang salah dalam solat 

1.  Sujud Yang Sempurna/Betul


2.  Duduk di antara dua sujud yang salah


3.  Duduk antara dua sujud yang betul


4.  Cara rukuk yang betul


5.  Rukuk yang salah


6.  Cara sujud yang betul


6.  Keadaan sujud yang salah



Wednesday, 30 May 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Tuesday, 29 May 2012

FADHILAT SOLAT DHUHA




Firman Allah : 

"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." 
(Surah al-Dhuha : 1-5 ).

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: 

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi). 

FADHILAT SOLAT TAHAJJUD



“Dan pada sebagian malam bertahajjudlah dengannya sebagai tambahan bagimu. Mudah- mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (Al Isra’: 79)

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

Tuesday, 31 January 2012

Solat Sunat Taubat


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

 “Hai orang-orang yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yg sebenar.”
(At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1.  Ikhlas ingin bertaubat
2.  Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3.  Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4.  Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5.  Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

i.  Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat.

ii.  Waktu di lakukan

Bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*.
Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

iii.  Lafaz niat:

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

iv.  Rakaat pertama

Membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

v.  Rakaat kedua

Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),




Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,



Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”




Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

*Makruh tahrim :

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Solat Sunat Dhuha


Doa di atas adalah doa yang disarankan untuk solat Sunat Dhuha yang bermaksud :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi.

Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh).

Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat.

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu :

~  Rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun.

~  Rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya.

Tambahan :

Jika tidak hafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, bacalah apa-apa surah yang lain. Yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Rakaat pertama :

Bacalah ayatul kursi kerana ayatul kursi. Semasa surah ini diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua :

bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Doa pula, boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus.



PANDUAN SOLAT SUNAT SEPERTI NABI S.A.W.

Hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.
4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat
         Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin.

Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

KEUTAMAAN SOLAT DHUHA

1.  Sedekah

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2.  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

3.  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

4.  Solat Bagi Orang Yang Bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

 WAKTU SOLAT DHUHA :

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit).

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’: Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

JUMLAH RAKAAT SOLAT DHUHA

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

TATACARA MELAKSANAKAN SOLAT DHUHA

Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Wednesday, 18 January 2012

Masalah Dan Bidaah Solat


Masalah-masalah solat

1.  Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.

Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya.

Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila engkau meminta kepada Allah, maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung (tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”
[ H.R. Ibnu Majah - daif/lemah ]

Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa”
[ H.R. Abu Daud - daif/lemah ]

Dari Ibnu Khattab,katanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”
[ H.R. At-Tirmidzi - sangat daif/lemah ]

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.

Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:
“Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah meminta kepada-Nya dengan punggung (tangan)”
[H.R. Abu Daud-sahih]

Kata Ibnu Abbas ra. :
“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”
[H.R. Abu Daud]


2.  Berzikir dengan biji tasbih bertentangan dengan petunjuk Nabi s.a.w

Dari Abdullah bin Amr, katanya: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”
[H.R. Abu Daud –sahih]

Dari Yasirah(seorang perempuan Muhajirin) berkata:
“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada kami:
“Hendaklah kalian selalu tetap bertasbih, nanti akibatnya kalian akan melupakan tauhid/rahmat. Dan hendaklah kalian hitung dengan jari-jari kerana sesungguhnya jari-jari itu nanti akan diminta untuk berbicara.”
[H.R. Abu Daud- hasan]

Hadis ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran surah Yasin ayat 65, Nur ayat 24, Fussilat ayat 20-22

Diriwayatkan oleh Ibnu Wadldlah Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Bida’u wan Nahyu ‘Anhu halaman 12 dari Shult bin Bahram,dia menceritakan:
“Ibnu Mas’ud(sahabat Nabi) pernah melalui seorang perempuan yang ada padanya biji-bijian tasbih yang dia pergunakannya untuk bertasbih. Maka,Ibnu Mas’ud memutuskannya dan membuang biji-bijian tasbih itu.
Kemudian beliau melewati seorang lelaki yang sedang bertasbih dengan batu-batu kecil lalu beliau menendang dengan kakinya lalu berkata: “Kamu telah mendahului! Kamu telah mengerjakan bidaah/bid’ah yang gelap! Kamu telah mengalahkan ilmunya sahabat-sahabat Muhammad s.a.w.!

Berikut adalah hadis yang digunakan sebagai dalil membolehkan menggunakan biji tasbih untuk berzikir, tetapi sekitar hadis daif/lemah dan maudhu/palsu yang tidak boleh dijadikan hujah:

Dari Abu Hurairah r.a.,marfu: “adalah (Nabi s.a.w.) bertasbih dengan batu-batu kecil.”
[Hadis sangat lemah]

Dari saad bin abi Waqqas, bahawa dia pernah masuk ke rumah seorang perempuan bersama Rasulullah s.a.w. sedangkan di tangan perempuan itu ada biji-bijian atau batu-batu kecil yang dipergunakan untuk tasbih dgnnya…………
[H.R. Abu Daud,At-Tirmidzi dan Hakim –daif/lemah]

Dari Shafiyyah,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke rumahku sedangkan dihadapanku ada empat ribu biji-bijian yang aku pakai untuk bacaan tasbihku dengannya…..”
[H.R. At-Tirmidzi dan Hakim-daif/lemah]

“Sebaik-baik pemberi ingat itu adalah subhah(biji-bijian tasbih untuk berzikir).”
[Hadis palsu riwayat Imam Dailami dalam Musnad Fidaus]

Ulama-ulama bahasa(arab) berkata perkataan ‘subhah’/biji-bijian tasbih itu awalnya tidak pernah dikenali oleh orang-orang Arab. Bagaimana mungkin Nabi s.a.w memerintahkan sahabat atas perkara yang tidak pernah dikenalnya.

Sebanyak-banyak zikir yang dianjurkan Nabi s.a.w yang sahih adalah 100 kali dan ada zikir yang dianjurkan membacanya tetapi tidak dituntut dibilangnya zikir tersebut, cukup berzikir sekadar kemampuan.

Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi dalam satu hari seratus kali, nescaya dihapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih laut.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsipa yang mengucapkan ‘laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodiir’ seratus kali dalam sehari, maka baginya sama dengan memerdekakan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus kesalahan serta dia mendapat penjagaan dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang lebih utama darinya kecuali orang yang mengerjakan lebih banyak dari itu.*
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

*Membaca lebih daripada 100X tidak pula dituntut menghitungnya.

Dari Saad bin Abi Waqqas,katanya:
“Kami pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda:
“Lemahkah salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda: “Iaitu dia bertasbih (subhanallah) seratus kali tasbih nescaya akan ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu kesalahan.”
[H.R. Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”
[H.R. Muslim]

Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya. Jadi,cukup membaca sekadar kemampuan.

Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.”
[H.R. Bukhari dan Muslim]

Dari Samurah bin Jundub: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada empat perkataan yang dicintai oleh Allah iaitu: subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illaah, wallahu akbar. Tidak salah kalau engkau memulai dari mana saja.”
[H.R. Muslim]

Terdapat banyak lagi hadis lain…

Mengapa kita tidak boleh membaca berlebih-lebihan? Apa salahnya baca beratus-ratus atau beribu-ribu?

Dari Abdullah bin Mas’ud: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan.” Nabi s.a.w mengucapkannya sampai 3X.”
[H.R. Muslim]

3.  Zikir selepas solat

Pembahagian zikir:

1. Ditentukan bilangan,waktu dan tempat

2. Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.

3. Tidak terikat dengan ketentuan.

Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih. Oleh itu, tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya. Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat.

Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:
“Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib,t idak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]

Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali.Kemudian mengucapkan(sekali):

Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.

Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]

Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata : Mereka (para sahabat) diperintah (oleh Nabi s.a.w ) bertasbih (subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga(33)kali, bertahmid (alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir (allahuakbar) tiga puluh empat (34) kali.

Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga (33) kali, bertahmid tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir tiga puluh empat (34) kali?” Jawab lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima (25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil (Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima (25) kali.”

Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu. Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”
[H.R. An-Nasa'i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]

Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:
“Orang-orang yang fakir telah datang kepada Nabi s.a.w, mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.”

Nabi s.a.w bersabda:
“Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih, bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga kali (masing-masing 33X).”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Dari Abdullah bin Amr, Nabi s.a.w bersabda:

“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah (bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya (bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya (bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”
[H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa'i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]

Dari Tsauban,dia berkata:
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali, kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
[H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]

Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
[H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa'i dan lain-lain.- Sahih]

Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
[H.R. An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih]


4. Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap

“Seutama solat iaitu panjangnya qunut (lama berdiri)”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]

1. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap

Dari Anas ra.:
“Rasulullah terus-menerus berqunut dalam solat subuh sampai baginda wafat.”
[H.R. Ahmad,Baihaqi,Daruquthni,hakim,abdul Razak dan Abu Nuaim-daif/lemah]

1. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Dalam sanad hadis ada Abu Ja’far Ar-Razi atau nama sebenarnya Isa bin Abi Isa. Hadis daripadanya dilemahkan oleh ahli-ahli hadis seperti Imam Ahmad, An-Nasa’i, Abu Zur’ah, Al-Fallas, Ibnul Madini, Ibnu Hibban, Ibnu Taimiah dan Ibnul Qayyim kerana hafalannya tidak kuat.

2. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap

Dari Ibnu Sirin:
Pernah orang bertanya kepada Anas ibn Malik ra.,katanya: “Apakah Nabi pernah berqunut di solat Subuh?” Anas ra. menjawab: “Pernah.” Seseorang bertanya: “Sebelum rukuk atau sesudahnya?” Anas ra. menjawab: “Sesudah rukuk.”
[H.R. Al-Jamaah kecuali At-Tirmidzi]

3. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Qunut yang ditanyakan adalah qunut nazilah sebagaimana tegas diterangkan oleh Al Bukhari dan Muslim.

4. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Ashim bin Sulaiman berkata: “Kami pernah bertanya kepada Anas bin Malik:
“Sesungguhnya orang- menyangka bahwa Nabi s.a.w. sentiasa qunut dalam solat subuh.”

Jawab Anas bin Malik: “Mereka dusta!!Baginda hanya qunut sebulan mendoakan kecelakaan atas satu kabilah dari kabilah kaum musyrikin.”
[H.R. Al-Khatib-sahih]

5. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Dari Anas,katanya:
“Bahwasanya Nabi s.a.w tidak pernah qunut kecuali apabila baginda mendoakan kebaikan bagi satu kaum(muslimin untuk kemenangan perang) atau mendokan kecelakaan bagi kaum(kafir sebagai kebinasaan).”
[H.R. Ibnu Khuzaimah-sahih]

6. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata: Rasulullah pernah berqunut sebulan lamanya berturut-turut dalam solat zohor,asar,maghrib,isyak dan subuh. Di akhir setiap solat selepas mengucapkan ‘sami’allahu liman hamidah’ di rakaat akhir, baginda mendoakan kecelakaan atas mereka,iaitu satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il,Zakwaan dan ‘Ushaiyah sedangkan makmum yang di belakang baginda mengucapkan amin.”
[H.R. Abu Daud-sahih]

7. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Dari Said bin Thariq Al-Asyja’i,dia berkata: “Aku pernah bertanya kepada bapaku (Thariq bin Asyim): “Wahai bapa! Sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah s.a.w.,Abu Bakar,Umar,Usman dan ali,apakah mereka itu mengerjakan qunut subuh(qunut terus-menerus)?” Jawab bapaku: “Hai anakku! Itu (qunut terus-menerus) adalah perbuatan bidaah!”
[H.R. Ahmad,At-Tirmidzi,An-Nasa'i dan Ibnu Majah-sahih]

8. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Dari Anas, dia berkata: “Bahwasanya Nabi s.a.w. qunut sebulan lamanya ketika ahli-ahli Quran dibunuh. Maka,aku tidak pernah melihat baginda merasa berdukacita lebih dalam dari itu. Baginda mendoakan kecelakaan atas beberapa kabilah dari kabilah-kabilah bangsa Arab, kemudian baginda meninggalkannya.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim-sahih]

9. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

Kata imam Syafi’e:
Apabila kamu dapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w., maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah lalu tinggalkanlah perkataanku.

Apabila kamu telah mendapati satu sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. yang menyalahi perkataanku, maka sesungguhnya aku berkata dengannya.

Apabila telah sah hadis menyalahi perkataankumaka lemparkanlah perkataanku ke belakang dinding dan kerjakanlah olehmu dengan hadis yang kukuh-kuat.

Tiap-tiap hadis dari Nabi s.a.w,maka dia perkataanku walaupun kamu tidak mendengarnya dariku.

Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.

Apabila telah sah khabar yang menyalahi perkataanku, maka hendaklah kamu mengikut khabar itu dan ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya itulah mazhabku.

Imam ar-Rabi’ berkata: aku mendengar Imam asy-Syafi’e berkata:
Tiap-tiap masalah yang pernah kubicarakan, padahal sah kabar(hadis) tentang masalah itu dari Nabi s.a.w di sisi ahli riwayat dengan menyalahi apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali kepadanya sama ada di kala aku masih hidup mahupun sesudah aku mati.

5.  Berzikir dengan suara keras dilarang

Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.
[Surah Al-A’raf:55 dan 205]

Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.
[H.R. Al Bukhari , Musil, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ahmad]

Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .
[H.R. Abu Daud dan Ahmad]

*Orang yang solat dilarang mengganggu orang yang solat,sudah tentu orang yang di luar solat tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat terutama makmum masbuk yang menyempurnakan solat.

Ibnu Mas’ud (sahabat nabi) pernah menegur orang yang berzikir dengan suara keras dan mengetuainya.Mereka menjawab: Kami tidak menghendaki melainkan kebaikan semata-mata. Ibnu Mas’ud menjawab kembali: “Dan berapa banyak orang yang menghendaki kebaikan,tidak akan pernah mencapainya (tidak sama seperti al-Quran dan sunnah).
-  zikir dianjurkan, cuma cara mengerjakan tidak betul.

Imam As-Syafie tegas memerintahkan makmum dan imam masing-masing meyembunyikan bacaan. (Al Um-Kitab Solat bab Zikir selepas Solat)

Larangan dalam solat


1.Mencotok-cotok rukuk dan sujud

Nabi s.a.w. bersabda:
“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”
[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]

“Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]

Abu Hurairah r.a. ra. berkata:
“Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).”
[H.R. Abu Ya’la]

2.Berpaling ke kanan,kiri dan melihat ke atas

Dari Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda:
“Allah swt sentiasa berharap kepada para hamba-Nya dalam solatnya, selama hamba itu tiada berpaling-paling. Apabila hamba itu memalingkan mukanya,berpalinglah Allah swt daripadanya.”
[H.R. Ahmad dan Abu Daud]

Dari Al Haris Al Asy’ary, Nabi s.a.w. bersabda:
“Dan bahwasanya Allah swt. Menyuruh kamu bersolat, maka apabila kamu bersolat janganlah kamu berpaling-paling.Kerana sesungguhnya Allah menghadapkan muka-Nya ke muka hamba-Nya di dalam solat hamba itu, selama hamba itu tidak berpaling-paling.”
[H.R. At-Tirmidzi]

Aisyah ra. berkata:
“Saya telah bertanya kepada Rasulullah perihal berpaling-paling dalam solat. Maka Rasulullah menjawab: Itu suatu sambaran dari syaitan yang dia sambarkan dari solat hamba Allah swt.”
[H.R. Al Bukhari,Abu Daud,An-Nasa'i dan Khuzaimah]

Dari Anas ibn Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apakah gerangan sebabnya orang-orang itu mengangkat pandangannya ke langit di kala bersolat, dan mengeraskan suaranya. Sehingga Nabi bersabda: hendaklah mereka menghentikan perbuatan itu atau biarlah dicabut cepat pandangannya.”
[H.R. Al Bukhari]

3. Begerak anggota badan dalam solat

Dari Abu Bakar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang kamu berdiri untuk solatnya, maka hendaklah dia menenagkan segala anggota tubuhnya(tangannya,kakinya) dan janganlah berhoyong-hayang sbg hoyongan orang Yahudi.”
[H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi ]

Dari Mu’aiqib ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Janganlah engkau menyapu anak-anak batu yang melekat di dahimu saat engkau bersolat, jika perlu sekali engau sapu, maka cukuplah dengan sekali sapu sahaja.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah melihat seorang lelaki memain-mainkan tangan semasa solat,maka baginda bersabda:
“Sekiranya khusyuk jiwa orang ini tentulah khusyuk segala anggotanya.”
[H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi]

4.  Berludah ke depan

Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang kamu berada dalam solat, maka berertilah dia sedang bermunajat dengan Tuhan-nya. Kerana itu, janganlah dia berludah ke muka(ke depan) dan janganlah ke kanannya. Akan tetapi ke sebelah kirinya, ke bawah kakinya.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

5.Bercekak pinggang

Dari Abu Hurairah r.a. ,katanya:
“Rasulullah s.a.w. menegah seseorang mengerjakan solat dengan menumpangkan rusuknya(bercekak pinggang)”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

6.Menguap

Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Menguap itu dari syaitan, maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia tutup mulutnya seberapa dia sanggup di dalam solatnya.”
[H.R. Muslim dan At-Tirmidzi]

7.Membunyikan ruas tangan

Dari Ali ra., Nabi s.a.w. bersabda:
“Janganlah engkau membunyikan ruas tangan semasa engkau sedang bersolat.”
[H.R. Ibnu Majah]

8.Menahan air besar atau kecil

Kata Aisyah ra:
“Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: tidak ada solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil.”
[H.R. Muslim]

Dari Abdullah ibn Al Arjam, Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila telah didirikan solat, maka jika pada ketika itu seseorang perlu buang air, hendaklah dia pergi buang air sebelum bersolat.”
[H.R. Al Bukhari,Muslim dan lain-lain.]

9.Menahan keinginan makan sesudah makanan tersedia.

Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila telah disajikan makan malam, maka makanlah dahulu, sebelum melaksanakan solat Maghrib.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

10. Melihat kepada yang membimbangkan.

Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersolat kepada kain yang diperbuat dari sutera bercorak,maka berkatalah baginda:
“Corak-corak kain ini membimbangkan hatiku. Bawalah kain ini pada Abu Jaham, dan berikanlah padaku kain tebal tak bercorak.”
[H.R. Al Bukhari]

11.Memberi isyarat dengan tangan di waktu salam

Dari Jabir ibn samurah ra.,katanya : Adalah kami bersolat dan mengetahui ada orang-orang yang berisyarat dengan tangan mereka di waktu membaca salam di belakang Rasulullah s.a.w. Maka besrabdalah baginda :
“Mengapa mereka membaca salam dengan mengangkat tangan (dalam solat) seakan-akan tangan-tangan itu ekor-ekor kuda yang sedang lari. Apakah tidak cukup mereka meletakkan tangannya di atas paha?sesudah itu mengucapkan : assalamu’alaikum,assalamu’alaikum.”
[H.R. An-Nasa'i]

12.Menutup mulut dan menurunkan kain sehingga mengenai lantai

Abu Hurairah r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w. menegah kami menurunkan kain dalam solat dan menegah orang yang sedang solat menutup mulutnya.”
[H.R. Abu Daud dan Al Hakim]

13.Bersolat semasa mengantuk

Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang kamu mersa mengantuk, maka hendaklah dia tidur hingga hilang mengantuknya kerana apabila dia bersolat sedang dalam keadaan mengantuk, mungkin dia mahu memohon ampun tetapi dengan tidak sedar memaki dirinya.”
[H.R. Jamaah]

14.Khaskan tempat yang tertentu oleh seseorang untuk solat kecuali imam.

Dari Abdurrahman ibn Syibil,katanya;
“Rasulullah s.a.w. menegah cotokan burung gagak, deruman binatang buas dan menegah kita khaskan suatu tempat tertentu di dalam masjid(untuk solat), sebagaimana halnya unta.”
[H.R. Ahmad,Al Hakim dan Ibnu Hibban]

15.Berbicara dengan sengaja yang tidak berkaitan dengan solat.

Zaid ibn arqam ra berkata:
“Adalah kami(sahabat)berbicara dalam solat. Masing-masing kami berbicara dengan teman yang berdiri di samping dalam solat. Hingga turun ayat : wa qumu lillahi qanitin,(dan berdirilah kamu kerana Allah dengan khusyuk). Maka kami pun diperintahkan berdiam dan dilarang berbicara.”
[H.R. Al Jamaah]

Ibnu Mas’ud berkata:
“Adalah kami (sahabat) memberi salam kepada Nabi s.a.w. semasa baginda solat, lalu baginda menjawabnya. Setelah kami kembali dari An najjasyi, kami memberi salam juga kepadanya, maka baginda tidak menjawab kami lagi. Kerana itu,kami berkata : Kami dahulu memberi salam kepada tuan dalam solat lalu tuan menjawabnya. Maka, Nabi pun menjawab: Di dalam solat kita mempunyai tugas-tugas tertentu.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Muawiyah ibn Al Hakam ra. berkata:
“Semasa saya sedang bersolat berserta Rasulullah s.a.w. tiba-tiba seorang lelaki dari jamaah bersin, maka aku pun mengucapkan: yarhamukallah, kerana itu para jamaahmendelikkan matanya kepadaku. Aku berkata: Aduhai nasibku, mengapa kamu melihat kepadaku? Mereka memukul paha mereka dengan tangan-tangan mereka. Maka aku berasa mereka menyuruh aku berdiam, aku pun ingin bertanya, tetapi tidak jadi dan aku pun berdiam diri. Setelah Rasullullah selesai solat, maka demi ayahku dan ibuku, aku belum pernah melihat seorang guru sebelumnya dan sesudahnya yang lebih baik mengajar daripada baginda. Demi Allah swt., baginda tidak mengherdik aku dan tidak pula membentak. Beliau berkata: solat ini tidak patut ada pembicaraan manusia. Ucapan-ucapan di dalamnya hanyalah tasbih, takbir dan membaca Al-Quran.
[H.R. Ahmad,Muslim dan An-Nasa'i]

Abu Hurairah r.a. berkata:
“Rasulullah mengerjakan solat Zohor atau asar bersama-sama kami, lalu baginda bersalam. Maka Dzulyadain berkata kepada Nabi: Apakah solat sudah dipendekkan atau tuan lupa,ya Rasulullah?Baginda menjawab:Tidak di qasar dan saya tidak lupa. Menjawab Dzulyadain:Tuan telah lupa,ya Rasulullah.Maka Nabi bertanya: Apakah benar apa yang dikatakan Dzulyadain? Para sahabat menjawab: Benar. Kemudian,nabi bersolat dua rakaat lagi dan Nabi bersujud dua kali.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

PERINGATAN ALLAH TENTANG SOLAT


“…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.”
[surah Thahaa:14]

“…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
[Surah An-Nisa’}

Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Mu’adz:
“Maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima kali sehari semalam.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”
[Surah Al-Baqarah:44-46]

Dari Ammar bin Yasir, dia berkata,:
“Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang menyelesaikan solatnya, tetapi tidak ditulis baginya kecuali sepersepuluh solat, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, sperempat, sepertiga atau seperduanya.”
[H.R. Abu Daud]

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah maka jaganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya selain menyembah Allah.”
[Surah Al-Jin:18]

Ibnu Mas’ud berkata:
“Aku telah mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya, atau orang sakit. Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang (dipapah) untuk melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang diserukan azan di dalamnya.”
[H.R. Muslim dan Abu Daud]

Rasulullah saw bersabda:
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Andaikan mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya rasanya aku hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat bersama orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”
[H.R. Muslim]

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.”
[H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]

Rasulullah s.a.w. besabda:
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi “Tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, menegakkan solat dan melaksanakan zakat. Apabila mereka telah melaksanakan semua itu, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali dengan hak Islam, lalu persoalannya terserah kepada Allah.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“Apakah yang memasukkanmu ke dalam neraka(saqar)?Mereka menjawab: “kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan ari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian.”
[surah Al-Mudatsir:42-47]

“(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”
[H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]

“(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.”
[H.R. Muslim]

“Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.”
[H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]


“Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.”
[H.R. At-Tirmidzi]

“Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal(tertolak).”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“….. dan apabila mereka(munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….”
[Surah An-Nisa’:142]

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.”
[Surah Al-Maa’un:4-5]

Abdullah bin Mas’ud berkata:
“Sesungguhnya aku mengamati(masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya.”
[H.R. Muslim]

Rukun-rukun solat

1.Niat

Dari Umar ra, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

2.Berdiri dalam solat fardu

Allah swt. Berfirman yang bermaksud:
“Peliharalah solat dan solat wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada Allah”
[Surah Al Baqarah-ayat 238]

Imran ibn Husain ra berkata:
“Aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang keadaan solat, lalu baginda berkata: Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”
[H.R. Al Bukhari]

3.Menghadap kiblat

4.Takbiratul ihram

Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

Dari Abu Humaid ra.,
“Adalah Nabi s.a.w. apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”
[H.R. Ibnu Majah, disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

5.  Membaca Al Fatihah(tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat)

Ubadah ibn Samit menerangkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”
[H.R. Al Jamaah]

Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan:
“Bahwasanya Nabi s.a.w. mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda berkata: Jika ada sesuatu suarh dari al-Quran bersama engkau, maka bacalah dia. Jika tidak ada, pujilah Allah, besarkanlah Dia(bacalah takbir,bacalah tahlil), kemudian rukuklah.”
[H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi(menghasankannya),An Nasa’i dan al Baihaqi]

6.Rukuk(tuma’ninah-berhenti sejenak)

7.Iktidal(tuma’ninah-berhenti sejenak)

8.Sujud(tuma’ninah-berhenti sejenak)

9.Duduk akhir dan membaca tahiyat di dalamnya

10.Salam

Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

11.Tertib