Showing posts with label BAITI JANNATI. Show all posts
Showing posts with label BAITI JANNATI. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK



Jangan suka sangat bila dapat anak!


Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri/suami ada tak memohon perlindungan dari Allah supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan taufik Allah? Ada tak baca doa  di bawah sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW :

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Ertinya : Ya Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah syaitan ke atas apa (anak) kurniaan Engkau kepada kami.


Ingat anak itu adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada dua ibu bapanya. Anak lahir sebersih kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan warna apa di atasnya. Sebab itu kita disarankan agar mencari calon isteri/suami yang solehah/soleh.

Dah belajar ke belum macam mana nak mengazan dan mengiqamahkan bayi yang baru lahir? bapa sendiri lebig afdal berbuat demikian. Jangan ambik mudah perkara ni, bila sampai masa anak lahir nanti kelam kabut minta tolong orang lain. Malu lah pada diri sendiri.....

Untuk peringatan bersama, di bawah antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya.

1. Mengazan dan mengiqamah sendiri bayi yang baharu lahir.

2. Menyusukan bayi dengan susuan sendiri.

3. Mengadakan aqiqah, bercukur & memberi nama yg elok pada hari ke 7

4. Berkhatan samada anak lelaki dan perempuan.

5. Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.

6. Memberi pelajaran dunia dan akhirat.

7. Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.

10. Jangan perlekehkan pendapat anak. Kita tidak kehilangan 'taring' memberi nasihat dengan cara berbincang. Rasulullah SAW bersabda :

اَكْرِمُوا أَوْلاَدَكُمْ وَأَحْسِنُوا أَدَابَهُمْ

Ertinya : Muliakanlah olehmu anak-anak kamu dan perelokkan tingkah-laku mereka.


KEWAJIPAN BERSAMA (SUAMI & ISTERI)



Suami isteri adalah bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan rumahtangga, oleh itu mereka berdua mempunyai kewajipan bersama diantara kewajipannya ialah :

Hendaklah saling hormat-menghormati dan tolong-menolong.

Saling percaya dan mempercayai diantara satu sama lain.

Mengelakkan dari melahirkan rahsia masing-masing dan juga keaifan yang mungkin timbul dari mana-mana pihak walau di waktu berlaku salah faham dan perbalahan.

Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan luar, halusi dan periksa dengan teliti terlebih dahulu.

Jauhi dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada salah faham.

Rela berkorban untuk kebahagian rumah tangga.

Kedua belah pihak hendaklah bersabar di atas kelemahan dan kekurangan yang timbul samada dari pihak suami ataupun isteri.

Hendaklah berbincang & membuat perundingan di dalam sesuatu masalah.

Sama-sama bertanggungjawab memimpin dan mendidik anak.

Kedua belah pihak hendaklah sanggup menerima teguran dan nasihat dari pihak yang lain dan begitu juga hendaklah sama-sama memberi nasihat dan teguran demi kebaikan bersama.

Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti disempurna kan oleh suami isteri adalah merupakan asas yang teguh yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga, Rasulullah SAW bersabda pada "Hujjatul Wida'" yang bermaksud :
"Jaga ! Sesungguhnya kamu ada mempunyai hak ke atas isteri kamu dan demikian pula isteri-isteri kamu kamu terhadap kamu sendiri"

Selain dari itu Islam telah menentukan kelebihan lelaki di atas perempuan kerana beberapa faktor yang tertentu seperti maksud firman Allah SWT
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri) yakni sebagaimana seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik.

Dan firmanNya lagi : "
Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal kepada tanggungjawab di atas perempuan-perempuan (isteri) disebabkan Allah telah melebihkan orang-orang lelaki ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki itu memberi nafkah (kepada isterinya)"


PERGAULAN YANG BAIK

Perkara yang amat penting di dalam membina kebahagian rumahtangga ialah cara pergaulan yang baik, letakkan segala harapan di atas kerukunan rumahtangga. Rasulullah SAW telah memberi kita banyak panduan tentang pergaulan di dalam kehidupan berumahtangga. Baginda tidak pernah bermasam muka dengan isteri-isteri baginda. Baginda sendiri yang menjahit kasut baginda manakala terkoyak. Di dalam soal kebaikan ini Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sebaik-baik kamu ! sebaik kamu bagi ahlinya dan aku sebaik-baik bagi ahliku"

Di dalam pergaulan harian di antara suami isteri mungkin ada ketika tergeser sekali sekala. Maka soal mengatasinya hendaklah berpandukan kepada hukum Islam.

Di dalam hubungan ini Allah SWT. berfirman :
" Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (Nushuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka dari tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Para isteri wajib menjaga maruah dirinya samada di hadapan suami atau semasa ketiadaannya dan juga menjaga maruah dan kemuliaan suaminya. Bergaullah dengan suami dengan penuh kasih sayang, turutilah segala perintah dan kehendaknya selama mana perintahnya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda :
"Sekiranya aku diperintah akan seseorang supaya menyembah seseorang yang lain nescaya aku menyuruh perempuan menyembah akan suaminya."

Isteri adalah ratu rumahtangga bagi suami, dialah tempat untuk melepaskan kerisauan oleh itu jagalah keperibadian sebagai seorang isteri yang solehah. Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat kepadanya membuat engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya sesuatu ia menuruti engkau dan apabila engkau tiada di sampingnya dia menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya"

oleh : Haji Othman Haji Ahmad
Pegawai Dakwah JHEUIK (Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan)

Sumber : epondok

KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI



Isteri ialah orang terpenting bagi pembantu dan menolong tugas-tugas dan peranan suami dan ada kalanya isteri terpaksa mengambil alih tuga suami ketika ketiadaannya.

Diantara tugas dan tanggungjawabnya ialah

Hormat dan taat kepada suami.

Membantu suami di dalam mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.

Bermanis muka ketika berhadapan dengan suami.

Menghargai pemberian suami walaupun sedikit.

Berjimat cermat di dalam perbelanjaan serta sederhana dalam penghidupan.

Menjaga rahsia suami dan rumahtangga.

Menjaga keaifan dan maruah suami.

Memelihara dan menjaga keaifan diri sendiri.

Mengurus dan mengatur rumahtangga serta memelihara hubungan kekeluargaan.

Bersabar di dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul di dalam kehidupan berumahtangga.

Mengadakan hubungan-hubungan keluar hendaklah dengan persetujuan dan izin suami.

oleh : Haji Othman Haji Ahmad
Pegawai Dakwah JHEUIK (Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan)

Sumber : epondok

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN



Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami atau isteri , bapa atau ibu.

Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang hendak berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal isterinya, nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam golongan nafkah iaitu tempat kediaman yang sesuai dan pakaian.

Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah dan sebagainya.


7. CARA MEMILIH JODOH

Garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang diutarakan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan yang berugama.

Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan bahawa seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula kerana keturunannya. Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula yang memilih kerana ugamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan kepada yang berugama, kerana yang mempunyai pegangan ugama yang kukuh menjamin kebahgiaan yang sejati.

Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai ugama tidak menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan kesulitan.

oleh : Haji Othman Haji Ahmad
Pegawai Dakwah JHEUIK (Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan)

Sumber : epondok

PERKAHWINAN : TUJUAN, KEBAIKAN DAN HUKUMNYA



Firman Allah Taala Yang Bermaksud :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Ar-Rum : 21)


1. ASAS KELUARGA

Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi manusia, setiap orang akan berusaha untuk mendapat pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.

Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari perkahwinan. Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup keutamaan hendaklah berpandu kepada garis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

" Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram"


2. TUJUAN PERKAHWINAN

Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia adalah SUNNAH RASULULLAH SAW.

Dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama dengan fahaman dan pegangan ugama-ugama lain seperti kristian, budha dan lain-lain yang mana para pembesar ugamanya tidak berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat.

Berkahwin mempunyai tujuan yang murni indah diantaranya ialah :

i) Menghindarkan berlaku maksiat zina sebagaimana sabda Rasulullah SAW
"Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi perisai baginya.

ii) Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan anak adam sesuai dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

iii) Menyempurnakan tuntutan kelamin (seks) mengikut hukum Islam.

iv) mengelak dari penyakit yang berpunca dari hubungan jenis yang tidak seimbang (seperti siflis, aids, dan lain-lain)

v) Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang aman damai.

vi) Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.


3. KEBAIKAN DARI PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan perempuan. Tali yang dapat mempereratkan kasih sayang, cinta abadi, melahirkan perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab serta dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan bahagia.

Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan curang serta membenteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan dan persundalan penjenayah zina. Amalan perzinaan boleh membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya boleh menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.

Ugama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti yang luhur, menghalang dari kerosakkan moral terus bermaharajalela dengan penyakit zina. Penyakit zina boleh melahirkan satu generasi yang biadap dan tidak bermoral. Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak yang dilahirkan dari proses zina.

Di dalam erti kata yang lain bahawa anak-anak dilahirkan secara haram boleh menimbulkan beraneka bentuk masalah yang sukar diatasi dan menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.


4. HUKUM KAHWIN

Berkahwin hukumnya mengikut keadaan seseorang itu :

i) Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak
yang mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya
ke lembah maksiat zina.

ii) Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan
mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.

iii) Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu
dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka
Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya
berpuasa.

iv) Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi
berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan
jahat terhadap bakal isterinya.

oleh : Haji Othman Haji Ahmad
Pegawai Dakwah JHEUIK (Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan)

Sumber : epondok

Anda seorang lelaki dayus bila anda hanya membiarkan isteri.....



LELAKI DAYUS

Anda seorang lelaki dayus bila anda hanya.....

1. Membiarkan aurat dan kecantikan susuk tubuh isteri dinikmati oleh pandangan orang lain ketika mereka berada di luar rumah atau di pejabat

2. Membiarkan isteri balik lewat ke rumah dari tempat kerja bersama lelaki lain tanpa ditemani mahramnya.

3. Membiarkan aurat anak perempuannya yang sudah akil baligh dilihat lelaki lain tanpa menegur ataupun menyuruhnya menutup aurat.

4. Membiarkan anak perempuannya berjalan berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan mahramnya.

5. Tidak mengajar agama ataupun bertegas dalam hal berkaitan agama dengan isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

6. Membiarkan anak-anak perempuan berfoya-foya di luar rumah hingga jauh malam tanpa ada rasa risau akan keselamatan mereka.

7. Membiarkan ibu melakukan kemaksiatan. Walaupun dia seorang ibu tetapi jika dia terpesong dari jalan Allah, sebagai anak lelaki wajib membawanya kembali ke pangkal jalan.

8. Dayusnya anda jika tidak tahu mengaji al-quran dan tidak pula mencari jalan untuk mempelajarinya.

9. Apabila keluarnya anak perempuan dari rumah dengan berpakaian seksi hingga menampakkan keseluruhan auratnya, setiap saat dan detik itu juga anda (lelaki) berdosa kerana tidak menegahnya berkelakuan demikian.

10. Dan paling ditakuti ke nerakanya keluarga kamu kerana sebagai lelaki kamu tidak membawa mereka ke syurga dengan menegakkan kebenaran dan bertegas dalam hal-hal kemungkaran.


Bila lelaki menjadi dayus



Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa,serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua jenis kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami..

6) Menyuruh,mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi2 di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor,gang starz dan lain - lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan dan aurat kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki dihilangkan? Tidak sekali-sekali..

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang perasaan cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua - duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya,adapun jika berlaku secara sulit,suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :

" kalau macamni,ramainya lelaki2 dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat,adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini..

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan,jika anda sayangkan suami dan bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T

Sayangilah dirimu dan keluargamu.Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya,wahai para suami dan ayah,pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka ia adalah mati syahid" [Hadith Riwayat Ahmad,Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout.]


Peranan bapa, ibu dan anak di dalam institusi kekeluargaan



Ramai ibu dan bapa menunaikan tanggungjawab sesama sendiri yakni isteri menunaikan tanggungjawab terhadap suami dan suami menunaikan tanggungjawab terhadap isteri. Namun, tanggungjawab terhadap anak-anak tidak ditunaikan.

Allah berfirman yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluarga kamu dari neraka.”

Seorang bapa yang beramal soleh, pergi ke masjid, solat wajib dan sunat tidak tinggal, namun anak dilupakan tidak menepati tuntutan agama. Begitu seorang ibu yang mentaati suami namun si anak dilupakan. Allah berfirman bahawa ibu, bapa dan anak yang soleh akan dikumpulkan di syurga kelak dalam satu keluarga.

Allah telah berfirman bahawa manusia ini makhluk paling lemah. Anak ayam diberi masa beberapa hari terus terpisah dari ibunya tanpa bergantung pada ibunya. Anak kambing juga begitu. Walhal anak pokok pun terpisah dari ibunya. Tetapi anak manusia bergantungan pada ibunya sehingga berbelas tahun malahan ada yang berpuluh tahun. Mengapa Allah jadikan manusia lemah?

Ini kerana Allah sengaja jadikan manusia sebagai mahluk yang lemah kerana tugas menjadi khalifah di bumi mengikut acuan Allah tidak mudah. Maka Allah memberi peluang kepada manusia untuk bergantungan kepada ibu bapanya supaya ibu bapanya mendapat masa yang cukup untuk mendidik anak menjadi khalifah di bumi yang beriman. Kelemahan bergantungan ini patut dimanfaatkan oleh ibu dan bapa supaya dapat mendidik anaknya. Maka di akhirat nanti apabila Allah tanya ibu bapa kenapa tak didik anak ikut Islam, maka ibu bapa tiada alasan lagi kerana masa yang diberikan sangat mencukupi.

Doa anak yang soleh adalah harta yang paling bernilai selain ilmu bermanfaat dan sedekah jariah kepada si mati mengikut hadith Rasulullah s.a.w.
Maka menjadikan anak yang soleh adalah satu pelaburan yang bernilai. Jangan kedekut hantar anak ke sekolah agama, kem ibadah, pengajian dan sebagainya.

Di dalam hadith Qudsi, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa darjat ibu dan ayah yang mati semakin hari semakin tinggi, maka ditanya mengapa jadi begitu sedangkan sudah mati. Maka Allah menjawab ia adalah kerana anaknya di dunia mendoakan agar Allah mengampunkan dosa ibu dan ayahnya serta menaikkan darjat mereka.

Malahan menurut Imam Ghazali, minimum seorang anak perlu mendoakan ibu bapanya adalah 5 kali setiap hari, maka sekiranya kurang dari itu, anak itu dianggap derhaka terhadap ibu dan bapanya.

Apabila mendidik anak, perkara pertama yang perlu diberi penekanan ialah solat. Jangan diambil ringan solat. Namun masyarakat sekarang lebih pentingkan puasa berbanding solat.

Antara pesan Lukman Al-Hakim kepada anaknya, “Hai anakku, ingatlah 2 perkara dan lupakan 2 perkara. Lupakan kebaikanmu kepada orang lain/ibadah dan lupakan keburukan orang lain. Ingatlah kepada Allah dan akhirat.” Lukman Al-Hakim menasihati anaknya agar dilupai kebaikan pada orang lain supaya tidak timbul ungkit-mengungkit yang membakar pahala serta tidak timbul riak akibat memperlihatkan ibadah pada orang lain. Ingat Allah agar dituruti Al-Quran dan Sunnah serta ingat akhirat agar beringat kepada dosa/pahala serta pembalasan syurga/neraka.

Namun kita tidak selalu ingat pada Allah. Biasanya manusia hanya ingat Allah di dua keadaan. Pertama sewaktu mengerjakan haji/umrah dan kedua, sewaktu ditimpa musibah. Kita ingat Allah secara bermusim, Astagfirullah.

Allah telah berfirman, ” Apabila kamu selesai solat, keluar dari masjid maka terus ingat kepada Allah di masa kamu berdiri, duduk dan berbaring.” serta “Apabila kamu selesai menunaikan ibadah haji maka kamu ingat kepada Allah seperti kamu ingat kepada ibubapamu atau lebih dari itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda,“Satu keajaiban tentang urusan kehidupan orang mukmin, Allah beri nikmat adalah satu kebaikan, Allah beri musibah juga adalah satu kebaikan.”

Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah, mereka perlu menerima satu hakikat iaitu Allah sengaja memberi mereka anak bermasalah supaya mereka diberi “extra” pahala akibat dari usaha untuk mentarbiah anak mereka. Ini bertepatan dengan dengan kisah sahabat bertanya Rasulullah s.a.w.

Sahabat bertanya Rasulullah s.a.w mengapa orang mukmin selalu diuji Allah dengan kesusahan sedangkan orang yang beriman tidak ditimpa sebarang musibah dan kesusahan. Rasulullah menjawab ada dikalangan orang mukmin yang telah Allah tulis di Luh Mahfuz kedudukannya di syurga namun amalannya tidak mencukupi untuk mengangkat darjatnya ke darjat yang tinggi maka Allah berikan kesusahan kepadanya supaya darjat dapat diangkat ke darjat yang tinggi. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah berusaha semaksima mungkin untuk menjadikan anaknya berakhlak mulia dan soleh.

Usaha mendakwah anak janganlah hanya diletakkan di bahu pendidik (guru) atau kem-kem ibadah kerana kebanyakan masa anak-anak ini adalah di rumah. Jika hendak diambil kira penat lelah, ketahui bahawa Rasulullah s.a.w lebih hebat usahanya dalam mendakwah kepada orang Arab jahiliyyah.

Para ulama menggariskan tiga cara dakwah yang Rasulullah s.a.w gunakan untuk mengubah manusia menjadi baik:-

Dakwah melalui perbuatan/tingkahlaku
Dakwah melalui nasihat/lisan
Dakwah melalui doa/bermunajat kepada Allah

Apabila kita hendak mendakwah anak, maka lakukan sejak kecil lagi. Bertegas dengan anak apabila menyentuh bab agama. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w bertegas pada cucunya yang termakan buah kurma zakat sedangkan zakat adalah diharamkan kepada Rasulullah s.a.w dan keturunannya. Maka Rasulullah s.a.w mengorek keluar kurma tersebut (mencangkukkan jari) dari mulut cucunya.

Setelah melakukan dakwah, maka hendaklah kita berdoa kepada Allah dan bermunajat kepada Allah. Jika merasai keperitan mendakwah anak, maka bertawasul kepada Allah dan mengadulah pada Allah.

Hari ini kita mendengar banyak aduan dan luahan rasa berkenaan anak yang derhaka kepada ibu bapa namun ada kalanya kita perlu periksa balik, adakah benar begitu? Bagaimana jika ibu bapa yang derhaka pada anak? Tentu pelik bunyinya namun itu adalah hakikat.

Di zaman khalifah Umar, seorang bapa mengadu kepada Umar tentang anaknya yang derhaka. Maka Umar berjumpa anak itu dan berkata, “Ayahmu mengatakan kamu derhaka kepadanya, adakah kamu mahu ke neraka?” Jawab anaknya, “Sebelum kamu berkata lagi, katakan kepadaku hak anak ke atas bapa.” Jawab Umar, “Hak anak ke atas bapa ada tiga iaitu mencari ibu (isteri) yang solehah, memberi nama anak dengan nama yang bagus dan memberi didikan agama.” Jawab anak, “Ayahku tidak menunaikan satu pun di atas. Ibuku tidak solehah, namaku tidak bagus (ada ulama mengatakan nama anak ini Keluang/Kelawar) dan aku tidak diberi didikan agama.” Maka Umar berjumpa si ayah dan mengatakan, “Kamu telah menderhaka kepada anakmu sebelum dia menderhaka kepadamu.”

Sumber : Forum Bicara Islam

Apakah yang dimaksudkan dengan “Rumahku Syurgaku”?



“Rumahku Syurgaku” atau Baiti Jannati adalah suatu tuntutan yang hebat kerana Allah membekalkan manusia dengan nafsu yang senantiasa cuba mendorong manusia ke arah kejahatan tanpa dilandaskan dengan hukum Allah. Maka cara terbaik untuk melandaskan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Persoalannya, mengapa kita mendirikan rumah tangga?

Bagi orang beriman, rumah tangga itu didirikan kerana ia syariat Islam. Ia adalah sunnah dan tuntutan di dalam Islam. Sudah pasti perkara yang disyariatkan di dalam Islam mempunyai kepentingan tersendiri kerana Allah tidak mensyariatkan sesuatu dengan sia-sia. Bahkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang tidak berkahwin walhal mampu berbuat demikian maka dia bukan dari ummatku. Matlamat perkahwinan di dalam Islam adalah kerana manusia diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini mengikut hukum Allah.

Mengapa Allah jadikan manusia sebagai khalifah? Ini kerana manusia dibuat dari tanah di bumi untuk mentadbir bumi. Jin tidak menjadi khalifah kerana jin diperbuat dari api begitu juga tidak malaikat kerana malaikat dibuat dari cahaya. Perkahwinan dapat melahirkan anak yang diiktiraf Allah, iaitu diiktiraf oleh syarak. Boleh saja kita melahirkan anak tanpa berkahwin, namun anak itu tidak diiktiraf Allah kerana tidak mengikut syariat.

Oleh yang demikian, bagaimana hendak menjadi khalifah yang baik sekiranya kita menjadi manusia yang tidak baik? Dalam konteks rumahtangga, ia bukan setakat adanya bapa, ibu dan anak malahan di dalam islam wujud hubungan antara bapa, ibu dan anak. Islam telah aturkan bagaimana hubungan bapa terhadap ibu, ibu terhadap bapa, ibu bapa terhadap anak serta anak terhadap ibu bapa.

Syarat baiti jannati telah digariskan bermula dengan bagaimana lelaki mencari calon isteri dan bagaimana perempuan mencari calon isteri mengikut syarak.

Rasulullah s.a.w menyuruh kita membuat “background check” terlebih dahulu. Diriwayatkan bahawa seorang sahabat berjumpa Rasulullah s.a.w dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang wanita. Maka ditanya Rasulullah s.a.w sudahkah engkau selidik wanita itu? Jawab sahabat baginda, belum. Maka Rasulullah menyuruh sahabat tersebut selidik dahulu sebelum mengahwininya.

Umar Al-Khattab r.a pernah berkata bagaimana lelaki memilih calon isterinya maka wanita juga boleh memilih calon suaminya.

Apakah ciri-ciri keluarga bahagia dan bahagia yang bagaimanakah yang hendak kita cari?

Banyak keluarga sekarang sudah terbabas jauh dari agama, sangat jauh. Sekarang ini bukan saja kes buang anak melibatkan penzinaan malahan kes dera anak sehingga maut akibat keluarga yang tidak lagi kenal agama. Inilah keadaan yang amat kita takut kerana Allah telah berfirman bahawa Allah akan menghancurkan sehancur-hancurnya negeri yang masyarakatnya seperti ini.

Menurut Imam Ghazali, tiga institusi penting yang perlu dijaga adalah institusi kekeluargaan, institusi pendidikan dan institusi masyarakat. Jadi, mengapakah institusi kekeluargaan penting? Ini kerana segalanya bermula dari rumah. Sehebat mana pun doktor asalnya dari rumah, bukan dari langit. Begitu juga arkitek, guru dan sebagainya. Maka apabila hancurnya institusi kekeluargaan maka hancurlah institusi masyarakat.

Inilah pentingnya mencari calon yang sesuai. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Barangsiapa yang memilih agama maka kamu akan selamat (dari kesengsaraan).

Apakah tanggungjawab dipikul wanita solehah? Tiga tanggungjawab wanita solehah ialah solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suami. Namun kenapa Rasulullah s.a.w melihat lebih ramai wanita berada di neraka? Ini kerana mentaati suami itu ramai yang tiada. Jika isteri mengikut landasan agama, maka suami akan merasai rumahnya seperti syurga. Seorang wanita solehah akan gembira apabila suaminya melihatnya. Senario sekarang wanita berumah tangga dikait dengan gosip kejiranan, melawan suami dan sebagainya.

Namun begitu, suami juga perlu melakukan tanggungjawabnya. Suami perlu memberi kasih sayang, nafkah secukupnya zahir dan batin serta tanggungjawab lain di syariatkan agama.

Seorang sahabat pernah bertanya Saidatina Aisyah r.a apakah yang Rasulullah s.a.w buat dirumah? Jawab Saidatina Aisyah r.a, nabi buat apa yang aku buat.

Dari sini kita lihat betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada isteri-isterinya. Aisyah kemas rumah, Rasulullah s.a.w tolong kemas rumah. Aisyah memasak, Rasulullah s.a.w tolong memasak. Aisyah basuh baju, Rasulullah s.a.w tolong basuh baju. Malahan baginda berkongsi minumam dalam satu cawan dengan Aisyah.

Apabila ditanya isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang mana paling disayangi baginda, semua angkat tangan. Ini menunjukkan semua isteri Rasulullah s.a.w berasa bahagia dengan baginda.

Membina Keluarga Sakinah



Kata Sakinah diambil dari kata yang tertera dalam surat Rum ayat 21 dapat disimpulkan bahwa keluaraga Sakinah adalah: "Sebuah keluarga yang dibangun dari hubungan suami isteri dari pernikahan yang Syar’i, untuk membina ketenangan, kebahagiaan serta saling memenuhi hak dan kewajian dalam kehidupan rumah tangga yang lahir dari perasaan cinta dan kasih sayang".

Tujuan keluarga sakinah adalah mencapai Ridha Allah yaitu memasuki surgaNya bukan nerakaNya. Oleh karenanya Allah selalu menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal shaleh untuk memasuki surgaNya dan tidak mendapat azabNya,

Bagaimana Mewujudkan Keluarga Sakinah?

Tips mewujudkan Keluarga Idaman berdasarkan Al-Qur’an dan Hadits :

Pertama: Beriman Kepada Allah, dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahwa orang-orang yang dapat menjaga keluarganya dari ancaman neraka adalah mereka yang beriman kepada Allah swt

Kedua: Memilih pasangan yang baik, Surat Annisa, ayat: 1-2 dan hadits Rasulullah saw: "Pilihlah wanita yang menjadi tempat lahirnya keturunanmu, karena ia mempengaruhi baik atau buruknya keturunan".

Ketiga: Hidup dengan cinta dan kasih sayang, Surat Ar-Rum, ayat; 21, dan definisi Keluarga sakinah di atas. Juga sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku, dan berbuat baiklah kalian kepada keluarga kalian".

Keempat: Menafkahi keluarga dengan nafkah yang halal dan baik, Firman Allah:

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

Kelima: Memperhatikan pendidikan anak, Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah akan menanyakan kepada setiap orang tentang keturunannya yang dipeliharanya" .

Kiat-kiat mendidik anak dalam Islam:

· Memperhatikan anak sebelum lahir

Perhatian kepada anak dimulai pada masa sebelum kelahirannya, dengan memilih isteri yang shalelhah,

· Memperhatikan anak dalam kandungan

Islam memberikan perhatian besar kepada anak ketika masih janin dalam kandungan ibunya. Islam mensyariatkan kepada ibu hamil agar tidak berpuasa pada bulan Ramadhan untuk kepentingan janin yang dikandungnya.

Sang ibu hendaklah berdo'a untuk bayinya dan memohon kepada Allah agar dijadikan anak yang shaleh dan baik, bermanfaat bagi kedua orangtua dan seluruh kaum muslimin.

· Memperhatikan anak setelah lahir

a) Tahni’ah:

Begitu melahirkan, sampaikan kabar gembira ini kepada keluarga dan sanak famili, sehingga semua akan bersuka cita.

b) Menyerukan adzan di telinga bayi

"Aku melihat Rasulullah memperdengarkan adzan pada telinga Hasan bin Ali ketika dilahirkan Fatimah" ( Hadits riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi.

c) Tahnik (Mengolesi langit-langit mulut)

Caranya, dengan menaruh sebagian korma yang sudah dikunyah lembut di ujung jari lain dimasukkan ke dalam mulut bayi dan digerakkan dengan lembut ke kanan dan ke kiri sampai merata. Jika tidak ada korma, maka diolesi dengan sesuatu yang manis (seperti madu atau gula).

Memberi nama

Termasuk hak seorang anak terhadap orangtua adalah memberi nama yang baik.

"Pakailah nama nabi-nabi, dan nama yang amat disukai Allah Ta'ala yaitu Abdullah dan Abdurrahman, sedang nama yang paling manis yaitu Harits dan Hammam, dan nama yang sangat jelek yaitu Harb dan Murrah" (HR.Abu Daud An Nasa'i)

d) Aqiqah

Yaitu kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya. Dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha,bahwa Rasulullah bersabda: "Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sebanding, sedang untuk anak perempuan seekor kambing" (HR. Ahmad dan Turmudzi).

Mencukur rambut bayi dan bersedekah perak seberat timbangannya.

Khitan

Yaitu memotong kulup atau bagian kulit sekitar kepala zakar pada anak laki-laki, atau bagian kulit yang menonjol di atas pintu vagina pada anak perempuan Khitan wajib hukumnya bagi kaum pria,dan ulama berbeda pendapat bagi kaum wanita. WallahuA'lam.


· Memperhatikan anak pada usia 6 tahun pertama

Periode pertama dalam kehidupan anak (usia enam tahun pertama) merupakan periode yang amat kritis dan paling penting. Periode ini mempunyai pengaruh yang sangat mendalam dalam pembentukan pribadi anak karena periode ini, nanti akan tampak pengaruhnya pada kepribadiannya ketika menjadi dewasa

Aspek-aspek yang wajib diperhatikan oleh kedua orangtua dapat kami ringkaskan sebagai berikut:

· Memberikan kasih sayang yang diperlukan anak dari pihak kedua orangtua, terutama ibu. Ini perlu sekali, agar anak belajar mencintai orang lain. Jika anak tidak merasakan cintakasih ini,maka akan tumbuh mencintai dirinya sendiri saja dan membenci orang disekitamya.

· Hendaklah kedua orangtua menjadi teladan baik bagi anak.

· Jangan mengira karena anak masih kecil dan tidak mengerti apa yang tejadi di sekitarnya, sehingga kedua orangtua melakukan tindakan-tindakan yang salah di hadapannya.

· Anak dibiasakan dengan etiket umum yang mesti dilakukan dalam pergaulannya.

· Dibiasakan mengambil, memberi, makan dan minum dengan tangan kanan.

· Memperhatikan anak pada usia remaja

Pada masa ini pertumbuhan jasmani anak menjadi cepat, wawasan akalnya bertambah luas, emosinya menjadi kuat dan keras, serta naluri seksualnya pun mulai bangkit.

Anak laki dan perempuan merasa dirinya sudah dewasa karenanya ia menuntut supaya diperlakukan sebagai orang dewasa, bukan sebagai anak kecil lagi. Ajarkan kepada anak hukum-hukum akilbaligh dan ceritakan kisah-kisah yang dapat mengembangkan sikap takwa dan menjauhkan diri dari hal haram.

Berikan dorongan untuk ikut melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, Berupaya mengawasi anak dan menyibukkan waktunya dengan kegiatan yang bermanfaat serta mancarikan teman yang baik.

Wallahu A’lam Bishawab

Oleh: H. Khairan M. Arif, MA.

MENCARI RAHMAH DALAM PERKAHWINAN



Sumber : Majalah Nur

Bukan mudah mencari keserasian di antara pasangan pengantin baru. Harus diingat setiap manusia mempunyai sikap tersendiri. Jangan juga terkejut andai perangai pasangan berubah daripada zaman bercinta, bertunang dan seterusnya menjadi suami isteri. Proses mengenali itu akan terusan berlaku hinggalah ke akhir hayat.

Al-Quran menjelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/ kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah. Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. NUR istimewa Edisi Pengantin mengupas isu ini dengan menampilkan tip dan panduan kehidupan alam rumah tangga yang boleh dikongsi bersama pasangan-pasangan baru. Yang lama juga tidak terkecuali agar rumah tangga yang dibina sekian lama sentiasa terasa segar dan menghangatkan kembali hubungan yang kian pudar.

Rahsia dalam perkahwinan
1. Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredhaan Allah.

2. Perhubungan intim bukan sekadar memenuhi hawa nafsu sematamata tetapi ia satu ibadah bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh.

3. Setiap pasangan harus benar-benar faham konsep pernikahan kerana inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Kesedaran ini penting bagi mencipta keluarga sakinah.

4. Suami sebagai pemimpin rumahtangga perlu sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Ingat, Allah anugerahkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan.

5. Bijak dan sabar harus seiring. Terlalu sabar dan mengikut kehendak isteri boleh menyebabkan isteri ‘besar kepala’ dan bijak tanpa sabar pula boleh menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga ada yang bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri.

6. Suami juga harus bijak mententeramkan perasaan isteri. Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan.

7. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya.

8. Sebagai isteri juga harus bertindak sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami jika seorang pejuang atau pendakwah.

9. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:”Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya”. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah”.

10. Memuji. Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

11. Pasangan hendaklah selalu memeluk di antara satu sama lain sekerap mungkin setiap hari kerana pelukan adalah belaian penuh kasih sayang.

12. Penghargaan. Jadikan ia amalan kerana ia boleh menambah kasih sayang.

13. Berilah perhatian. Kurang perhatian akan membuatkan pasangan terasa diabaikan.

14. Persefahaman penting dalam sebuah rumah tangga agar setiap apa yang dilakukan dipersetujui tanpa pertelingkahan.

15. Pergaulan juga perlu diberi perhatian. Pasangan haruslah menjaga pergaulan dengan orang lain dengan baik dan tidak melampaui batas bagi mengelakkan perasaan cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

16. Selain itu, pasangan perlu juga mencari waktu luang untuk bercuti bersama dalam usaha merapatkan lagi hubungan.

17. Sentiasalah memohon kepada Allah SWT supaya merapatkan kasih sayang di antara suami isteri dan jauhkan daripada godaan kemewaahan dan keseronokan dunia.

18. Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar adalah mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana jika kita mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, kita akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa kosong.

19. Hubungan intim yang ikhlas, usahlah sekadar melepaskan batuk di tangga.

20. Jika isteri atau suami menolak ajakan bersama, ambil tahu apa yang mengganggu fikiran dan emosinya.Selesaikannya bersamasama.

21. Buang perasaan takut mengenai seks yang menyakitkan kerana ia memberikan impak fobia.

22. Jangan sesekali bawa masalah di pejabat ke rumah kerana ia akan menggangu mood anda ketika bersama suami.

MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM



Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan ” Insan Rabbani” yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.


Allah SWT Berfirman:
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar."
(QS. At-Taghabun, 64 : 15)



Membentuk Dunia Kanak-kanak.

Pasangan suami isteri yang menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya akan mudah menerapkan benih-benih Islam ke dalam anak-anaknya.

Atas sebab itulah Rasulullah S.A.W. mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:
“wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)”

Rasulullah S.A.W ada mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata.



Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan secara kerohanian bermula ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya iaitu:

Ibu-ibu yang mengandung digalakkan memperbanyakan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan dirinya. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga kelonggaran diberi kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
Ketika mengandung, para suami hendaklah memahami keadaan isteri yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu – waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang dan perasaannya agak terganggu(sensitif dari biasa).



Setelah Anak Dilahirkan

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

Abu Rafi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
” Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a” (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
“Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya”. ( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.



Umur antara 5 hingga 7 tahun.

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Kanak-kanak pada peringkat ini biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan bab ibadah dan akhlak selain latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang.

Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1. Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya dan menyedarkan meraka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

2. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.

3. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.

4. Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5. Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.

6. Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7. Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"

Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Tanggung jawab dan hak suami/isteri/anak



Tanggungjawab dan hak suami.

Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Hadis riwayat Muslim).

Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)

Tanggungjawab dan hak isteri.

Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.

Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Tanggungjawab bapa terhadap anak.

Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.

Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)

Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci


"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)

"Solat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)." (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah)

Kesilapan - Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak.



Pengabaian didikan agama merupakan kesilapan dan kegagalan terbesar dalam pendidikan anak-anak. Sepatutnya agama dijadikan sebagai teras dalam pendidikan anak-anak untuk mencapai keseimbangan antara fizikal dan spiritual dalam membantu pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

- Mendidik Tanpa Belas Ihsan. -

Terdapat anak-anak yang di'didik' dengan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga dimaki hamun, dihina, dipukul dan dibelasah. 'Penderaan' daripada ibu bapanya sendiri ini menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.

- Bagi mereka "Rumahku Nerakaku" -

Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal. Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah S.W.T :

Allah S.W.T befirman yg bermsksud "Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." [Surah an-Nahl:90]

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - [Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi.]

- Terlalu Memanjakan Anak-Anak. -

Ada ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan keberatan untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk. Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal di didik dangan teratur dan berprinsip.

Kenapa isteri cemburu





Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas.

Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif. Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.

Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi. Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami :

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama.

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain.

Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik,bergurau senda dan bergelak ketawa.

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi.

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru,apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri. Bagi si isteri,tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri.

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif.

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya.

Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya. Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya tingkah laku suami tidak lagi memberi kepuasan kepada si isteri

Hargailah usaha dan penat lelah isteri



1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri anda tidak sihat..sebaliknya berikan perhatian yg lebih dari hari biasa. Sanggupkah anda nak bersama jika isteri dah terkulai lemah sebab tidak sihat?

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja lawak.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu...

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? :D

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri Jangan sekali mencaci mereka walaupun niat nak bergurau ke ape ke...

12. Jangan kedekut dengan isteri untuk memberi wang belanja keperluan rumahtangga, dan beri ikut kemampuan anda.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno je kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf cepat2, kalau perlu dipujuk, pujuk cepat2. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja..

Akhlak Anak-anak Kita Adalah Tanggungjawab Kita



Akhir akhir ini kita melihat pelbagai gejala-gelaja sosial yang melibatkan anak-anak muda dan remaja terutamanya yg beragama Islam, sebagai contoh baru-baru ini saya ada menerima link video yang mengejutkan saya bertajuk ' budak sekolah diraba' (lebih kurang). tanpa segan silu budak-budak sekolah berani pemperlakukan sedemikian dan berani pula memperlihatkan wajah mereka yang tidak langsung memikirkan kesan pada keluarga mereka nanti.

Kalau diikutkan hati hendak saya kongsikan link itu disini dan post kan pada semua sahabat-sahabat, supaya nanti mungkin ada yang mengenal mereka, atau mungkin keluarga mereka sendiri ada disini dapat mendidik kembali anak-anak mereka yg terlibat ke jalan yang baik, tetapi memandangkan ia bakal mengundang aib dan malu pada keluarga mereka saya batalkan hasrat berkenaan.

Sahabat-sahabat yang saya hormati,
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah S.W.T. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredai Allah S.W.T.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardu ain dan fardu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

1. Sentiasa Berdoa Kepada Allah S.W.T.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat 38 maksudnya : ”Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doaku".

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah S.W.T. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

2. Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

3. Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah S.W.T. sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah S.W.T. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 maksudnya : “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

4. Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar Nabi Muhammmad S.A.W. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah S.W.T. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :“Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia“.

5. Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 168 maksudnya : ”Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah S.W.T. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insani yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk anak-anak kita dalam membangun masyarakat dan negara.

Hargailah isteri anda


Wanita dikurniakan rahim semata-mata untuk bekerja dengan Allah s.w.t....  menjadi 'kilang ' manusia..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

1.  Diberi cuti bergaji penuh 7 sehingga 15 hari setiap bulan. Dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Orang lelaki tidak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang adalah wajib bagi setiap lelaki dari dia mula baligh sehingga habis nyawanya.


2.  Isteri yang hamil, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.

3.  Seorang ibu yang bersalin, sebaik sahaja  bayinya dilahirkan seluruh dosanya turut keluar habis dari jasadnya. Inilah nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada wanita.


4.  Selain itu ibu yang melahirkan diberi cuti bersalin sehingga 60 hari untuk berihat dan susukan anak.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah

5. Seandainya wanita itu meninggal dunia sewaktu bersalin, dia dianggap sebagai mati syahid, Allah izinkan dia terus masuk ke Syurga.
* Untuk ibu bukan Islam yang meninggal semasa bersalin, walaupun dia tidak dapat masuk Syurga tetapi Allah s.w.t. beri kelonggaran siksa kubur kepadanya.

6.  Satu lagi nikmat yang Allah s.w.t kurniakan untuk semua wanita yang bersuami ialah dia akan mendapat semua kebaikan suami nya. Tetapi dia tidak akan menanggung apap-apa dosa-dosa suaminya.

7.  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala 'extra' yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang dia tidak sedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah adalah keatasnya juga.

8.  Di akhirat nanti, wanita yang Allah s.w.t kurniakan dengan sifat penyayang yang tebal dan jiwa yang halus tidak akan masuk syurga sendirian bila dia lihat suaminya sedang terkial-kial di titian Sirat. Sebaliknya dia akan memberi pahalanya kepada suaminya agar lepas masuk syurga bersama-sama.

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.........

Friday, 2 December 2011

TO BRING UP OUR CHILD ISLAMICALLY


The subject of my speech is about the need to bring up your child Islamically, to prioritize this and do everything in your power as a parent and community member to inculcate true Islamic understanding and faith in our young people. I would like to give some examples of what is happenning today that highlights the extreme immediacy of this need and how important it is for all of us to begin making changes. Lastly, I would like to give some practical suggestions on how to do this.

At one time I thought that every parent would have the goal of raising his or her child Islamically, but now, through experience, I really have to wonder. I don't think some parents WANT to raise their child Islamically. They believe that if their child has basic knowledge and practice, that's enough. That Islam should be in the background while other things, such as being a doctor, going to an Ivy League school, enjoying the good life with a big house, car, good job is more important for their child in the future. They kill themselves so that their kids can have everything in this life.

There is something extremely wrong with this. I'll tell you why. How narrow-minded is it if a parent prepares their child for this life and does nothing for their child's Hereafter. If a parent really, really loves their child and wants the best for them, their goal first and foremost will be to raise the best Muslim they can. This is the best you can ever do for your child, in this life AND in the Hereafter, which is eternal. If your child is a good Muslim, they will want to do well in everything they do. They will want to attain knowledge, security, help those around them and become good people. They will avoid so many harms and difficulties in this society.

Islam will NEVER, NEVER hinder your child from anything good. It will only enhance whatever they do.

Let me give some examples of what happens when Islam is NOT the first priority in families. In college, where I attend graduate school right now, you find the most amazing things. I have met Muslims raised their whole lives in Muslim families who don't pray, who date, who attend MSA meetings but go out to parties and clubs and drink, who take drugs.

I had a brother come to me and say how he thought he was homosexual. I visited a sister just a few weeks ago, who had tried to commit suicide.

EVERY single thing you can think of that is the opposite, antithisis of Islam, our young people are doing them. It is to the point where you can't tell the difference between them and a non-Muslim.

Why is this happenning? These are not extreme cases. These are ordinary Muslims who were raised without Islam as their priority. They were taught, consciously or unconsciously, that Islam was cultural and secondary. They were taught Islam blindly and do not understand it and are lost.

We should be concerned, if not alarmed. Do not shrug this off and say, "It won't happen to me, It won't happen to my kids." Do not live in a fool's paradise and say "Oh ma'shallah my son or daughter is an honors student, they would never do anything bad." It can and it will and is happening now.

We are too late to save Muslim college students. I say this even being an MSA worker for the last 5 years. I even would say it is too late for high school students. How many of them will ever come back to Islam? Very few. It's too late for them.

But it's not too late for your kids, the young generation we have today.

We need to raise them with Islam and with being good Muslims as the priority, the #1 goal as a parent and community.

So, how can we do this? I would like to give just 10 simple, positive, proactive things we should all be doing.

#1 Be consistent. Bring your child consistently to attend mosque activities. That doesn't mean every so often, for jumah, or every Sunday. I mean EVERY Friday, Sunday class. It is extremely frustrating for us as teachers to have students who come only Fridays or students who only come Sundays, or maybe every other week. It is unfair to the whole class and unfair to your child. It sends a message to your child of how important you think Islam really is.

I really do see the difference (even between test scores) of students who come eratically or just one day a week with students who come consistently. This also cannot drop off when they are 12 or 15, it needs to continue.

#2 Get involved as a parent or community member. Take an interest in what goes on at mosque, in their class, help with homework, help them memorize, discuss Islamic issues with them, ask questions, answer their questions. Do not expect us, the teachers to do everything. YOU, as parents, have the responsibility to give your child an Islamic education. How much can we teach 2 hours a week? We can only help. How many parents have volunteered at the Islamic school? Have said, "How can I help my child's Islamic education at the mosque?" How many single people have volunteered to teach or help out at the mosque? Help build the so badly needed school building, the playground?

#3 Create Islamic alternatives. Your kids should never think Islam is boring or dogmatic. It is a complete way of life, which is good and fun. Parents should help organize camps, festivals, sleepovers, fun days, sports, and Islamic movie days for them.

#4 Buy Islamic books. How many of us have Islamic kid's books, tapes, games or videos at home? If you don't, buy some. IQRA, Soundvision, Astrolabe all produce excellent quality fun educational materials for Muslim kids. Why buy your kids Home Alone when you can buy Salam's Journey or Adam's World? Why buy a Barbie coloring book when you can buy an Islamic coloring book. We should take advantage of this to create more of an Islamic culture for our kids.

#5 Send your kids to Islamic camps, conferences and conventions. How many of you take vacations to Disney World or somewhere? How many of you send your kids to those 4-H or basketball camps? Why not go to ISNA together as a family or send your kids to MYNA where they can meet other Muslim kids from all over? Have a problem sending them somewhere alone? Go with them. I guarantee anything in public schools is 1000% worse.

Which brings me to #6 Be aware. I don't know if some parents are deliberately oblivious or just don't care. What is your child's public school environment like? Do you know? Do you know what they watch on TV, sitcoms, MTV, that just about everything there is 90% sexual and inappropriate in content? Do you know who their friends are?

This is not to say go overboard. The best type of parent is flexible and not rigid over things that are not worth fighting over. Give alternatives. You can't forbid them from having any friends but must facilitate them having Muslim friends. Establish limits. Start with limiting TV to 3 hours a day maximum and watch WITH them.

#7 Eliminate the cultural baggage. Cultural baggage are all those things that parents have been raised with which are not part of Islam but are part of their culture. Separate what is your culture from what is Islam. Cultural aspects only seem confusing, hypocritical and unreasonable to young people. Get rid of them now or else your children will equate them with Islam.

#8 Use the resources of this community. There are many experienced parents, teachers, and Imams in this community that can help you if you are having problems with your child. They can help you if you are not sure how to incorporate Islamic education for your kids or don't understand its importance. You know how your child says "But everyone else's parents are letting them do it". Now you can ask other parents if they are. :) Work with them to help solve any problems now. Do not wait untill it gets out of control, when the child is 15 and refuses to listen to anyone.

#9 Teach understanding, not blind ritual. We can't keep teaching our children things without explaining why they should do them or what they mean. How many of your kids say Surah Fatiha in prayer and have no idea what it means. Has no idea what they are saying in prayer at all? This is so wrong. Saying you have to pray and here is how to is not enough. Islam turns into blind ritual for them and they won't be able to transfer Islamic principles or practice to their daily lives.

Lastly and maybe most importantly, #10 be a good Muslim. You must be a good, practicing, active Muslim for your child to be one. If you have little knowledge about Islam your child will have less. If Islam isn't a priority for you, it will not be for your child. If you are not continuously learning about Islam, your child will not be either.

Inshallah I pray I have conveyed the present need for making Islam a priority for young Muslims. I hope parents heed the true-life examples of the prevalent situation, which can only get worse.

Inshallah, let's make the intention now to try to do some of these simple things to help our kids understand and practice Islam. Let's not leave this need unfulfilled for another generation.

Ashadu anna la ilaaha antastaghfiruka wa itubu ilaik. Please forgive me for any mistakes I have made. Anything good I have said is from Allah, the mistakes are mine.

Jazakamullahu khairan, walaikum salaam wrt

Speech given by Sr. Huma Ahmad