Jangan suka sangat bila dapat anak!
Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri/suami ada tak memohon perlindungan dari Allah supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan taufik Allah? Ada tak baca doa di bawah sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW :
اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Ertinya : Ya Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah syaitan ke atas apa (anak) kurniaan Engkau kepada kami.
Ingat anak itu adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada dua ibu bapanya. Anak lahir sebersih kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan warna apa di atasnya. Sebab itu kita disarankan agar mencari calon isteri/suami yang solehah/soleh.
Dah belajar ke belum macam mana nak mengazan dan mengiqamahkan bayi yang baru lahir? bapa sendiri lebig afdal berbuat demikian. Jangan ambik mudah perkara ni, bila sampai masa anak lahir nanti kelam kabut minta tolong orang lain. Malu lah pada diri sendiri.....
Untuk peringatan bersama, di bawah antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya.
1. Mengazan dan mengiqamah sendiri bayi yang baharu lahir.
2. Menyusukan bayi dengan susuan sendiri.
3. Mengadakan aqiqah, bercukur & memberi nama yg elok pada hari ke 7
4. Berkhatan samada anak lelaki dan perempuan.
5. Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.
6. Memberi pelajaran dunia dan akhirat.
7. Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.
10. Jangan perlekehkan pendapat anak. Kita tidak kehilangan 'taring' memberi nasihat dengan cara berbincang. Rasulullah SAW bersabda :
اَكْرِمُوا أَوْلاَدَكُمْ وَأَحْسِنُوا أَدَابَهُمْ
Ertinya : Muliakanlah olehmu anak-anak kamu dan perelokkan tingkah-laku mereka.
No comments:
Post a Comment