Tuesday 13 December 2011

Kelebihan Bulan Muharam



a. Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

b.   Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Tetapi larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Kelebihan Hari Asyura (10 Muharam)

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

c.1. “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura maka Allah SWT akan memberikan kepadanya :
i.  pahala 10,000 malaikat;
ii.  pahala 10,000 orang Haji dan Umrah
iii.  dan pahala 10,000 orang mati syahid;

c.2.  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat.

c.3.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?” Jawab Baginda SAW:

1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram

13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram

3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.

5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

6.Allah SWT menjadikan ‘Arasy.

7.Allah SWT menjadikan alam.

8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah RA berkata: “Hari Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat, engkau berpuasalah pada hari Asyura.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.” Sufyan berkata: “Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.”

Said bin Jubair dari Ibn Abbas RA berkata: “Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Asyura, maka ditanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka: “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa AS dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW: “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu“, maka Nabi SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (HR Muslim)

Abu Musa Al-Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar RA: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA katanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.” Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura. Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu.” (HR Muslim)

Dari Aisyah RA katanya: “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga.” (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas RA katanya: “Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya: “Hari apa ini?” Jawab mereka: “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah SWT melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi: “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura.” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke-sembilan dan ke-sepuluh Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al-Baihaqi)

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang- orang soleh. Insya Allah.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1.Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Wallahua’lam.



Tambahan:


Kelebihan puasa 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W  : " Ya Rasulullah, adakah Allah S.W.T telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?".

Maka berkata Rasulullah S.A.W yang bermaksud  :

" Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuh kan penyakit Nabi Ayyub A.S pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura"


No comments:

Post a Comment