Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita dilarang sebagai mana di dalam hadith berikut :
Ertinya : Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadith : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at- Tobrani rh .
“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadith tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit daripada kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media massa .
Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .
Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadith di atas.
Namun, bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagian muka, tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal, maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .
HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah dir
No comments:
Post a Comment