Friday 16 December 2011

Kelebihan hari juma'at



1. Berlakunya hari kiamat

Hadith riwayat Muslim,Nabi saw bersabda "Pada hari Juma'at juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."

2. Nabi Adam diciptakan dan disingkirkan dari syurga

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah saw bersabda makusdnya : "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Juma'at,pada hari itulah Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."

3. Penghulu segala hari

Hadith riwayat Abu Hurairah yang bermaksud : "Juma'at dinamakan sebagai "Saidul aiyam" iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)."

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang meninggal pada hari Juma'at

Menurut hadith Nabi Muhammad saw "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Juma'at atau pun malam Juma'at, melainkan diselamatkn oleh Allah dari fitnah kubur."

5. Kebaikan memotong kuku

Ibnu Masud berkata, "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Juma'at,Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."

6. Makbulnya doa diantara dua khutbah

Hadith daripada Abu Hurairah yang bermaksud, "Pada hari Juma'at ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, dimana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan." Dan Rasulullah saw mengisyaratkan degan tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-amusa al-Asy'ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan waktu yang paling mustajab itu adalah wktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

No comments:

Post a Comment