Wednesday 14 December 2011

Gangguan Iblis yang paling dahsyat ialah sewaktu sakaratul maut


Gangguan Iblis yang paling dahsyat ialah sewaktu sakaratul maut


7 Rombongan Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Gangguan Dasyat Rombongan Pertama Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Gangguan Iblis yang paling dahsyat keatas manusia ialah sewaktu akhir hayat (sakaratul maut), Iblis akan menyesatkan manusia supaya leka dan syirik kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w mengajarkan kepada umatnya untuk sentiasa berdo'a, mohon perlindungan daripada Allah s.w.t. daripada gangguan Iblis :

 " Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan diwaktu maut."

Sekiranya seseorang yang sedang sakaratul maut semasa hidupnya dahulu sangat tamak haloba kepada barang-barang berharga seperti emas, perak, mutiara, intan, belian, zamrud dan batu delima. Maka Iblis dan syaitan akan datang membawa berbagai macam barang-barang berharga tersebut.

Orang yang sedang nazak tersebut akan menyentuh dan meraba-raba barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh itu. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, ke Nerakalah tempatnya.

Gangguan Dasyat Rombongan Kedua Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti harimau, singa, ular dan kala yang berbisa.

Maka apabila yang sedang sakaratul maut itu memandangnya sahaja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka ketika itu juga akan putuslah nyawanya dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya itu sebagai fasik dan munafik dan ke Nerakalah tempatnya.

Gangguan Dasyat Rombongan Ketiga Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang dalam sakaratul maut itu dengan merupa kan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia berminat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia berminat dengan ayam sabung, maka dirupakan denga ayam sabung yang cantik.

Apabila tangan orang yang hendak mati meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu didalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya mati fasik dan munafik, maka Nerakalah tempatnya.



Gangguan Dasyat Rombongan Keempat Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu, maka orang yang didalam sakaratul maut itu akan mengerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuhnya yang dibencinya itu.

Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan Nerakalah tempatnya.

Gangguan Dasyat Rombongan Kelima Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis merupakan dengan rupa sanak-saudara orang yang sedang sakaratul maut, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang didalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh siayah dan ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan merayu : "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk kedalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu denga tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun tiba, maka matilah dia didalam keadaan kafir, kekal dalam Neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Gangguan Dasyat Rombongan Keenam Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa banyak kitab-kitab, lalu ia berkata : " Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan diri kau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit disini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."

Lalu diminum ubat itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali, lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama dengan berkata : " Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang sakaratul maut : " Aku tidak tahu."

Berkata ulama Iblis : " Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cukuplah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang kekanan dan kekiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada didalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang yang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu : "Bagaimana Zat Allah?"

Lalu berkata ulama palsu : " Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sanagt besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis : " Itulah zat Allah yang patut kita sembah."

Berkatalah orang yang dalam sakaratul maut : "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda itu mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini dikirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Mahasuci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini?"

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu didalam keadaan kafir, dan kekal di dalam Neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Gangguan Dasyat Rombongan Ketujuh Iblis Sewaktu Sakaratul Maut

Rombongan Iblis yang ketujuh ini, Iblis terdiri dari 72 barisan, sebab menjadi 72 barisan menepati Iktiqad Muhammad s.a.w.bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljemaah) 72 lagi masuk ke Neraka kerana sesat.

Iblis itu akan mengacau dan menganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu yang berlainan di dalam waktu manusia sedang menghadapi sakaratul maut.

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan kalimah

'LAA ILLAAHA ILLALLAH' 

untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud ;

" Ajarkanlah oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu : 

LAA ILLAAHA ILLALLAH."

No comments:

Post a Comment