Friday 16 December 2011

Ramalan Kiamat Yang Melseset


Allah sahaja lah yang mengetahui bilakah berlakunya KIAMAT

Dari dahulu lagi berbagai ramalan tentang hari kiamat telah dibuat. Ada yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya dan masanya secara spesifik :

1-Charles, paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) meramal kiamat dengan dimulai terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.

2-Doktor Amerika, Charles Laugheda meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.

3-Ramalan kiamat yang akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang kerana ledakan bom bawah tanah milik AS menyebabkan segelintir orang membuat dan menyediakan perahu di gunung.

4-Kiamat pada 2 Februari 1962 antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari telah diramalkan oleh ahli astrologi India

5-Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967 disebabkan perang nuklear dan menyebabkannya membina tempat perlindungan bawah tanah.

6-Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dia mengatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."

7-Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980, dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.

8-Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.

9-Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada 17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.

10-Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.

11-Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.

12-Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.

13-"imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasa, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.

14-South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.

15-Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.

16-Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.

17-Terbaru Dalam kalender bangsa Maya, diramalkan bahwa pada periode 1992-2012 bumi akan dimurnikan, selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.

Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.

Allah ada berfirman:

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187

No comments:

Post a Comment