Sunday 11 December 2011
CARA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW
CARA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW
1. Rasulullah SAW Bangun Subuh dan solat Subuh Berjemaah
Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
* Berlimpah pahala dari Allah.
* Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
* Mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit
pembuluh darah.
* Udara waktu Subuh kaya oksigen dan berguna untuk metabolisme tubuh.
2. Rasulullah SAW Minum Air Putih Dan Madu
Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Madu sebagai penyembuh (juga terkenal sebagai unsur membersihkan usus dan mencegah radang) dan air putih kaya dengan mineral yang memenuhi keperluan tubuh dan sebagai cairan pencuci hati.
3. Mencampur Minyak Zaitun
Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. Pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.
4. Rasulullah SAW Sentiasa Mengutamakan Kebersihan
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
5. Rasulullah SAW Tidak Pernah Banyak Makan
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
~ Sepertiga untuk udara
~ Sepertiga untuk air
~ Sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
6. Rasulullah SAW Suka Berjalan Kaki
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
7. Rasulullah SAW Tenang Dan Tidak Pemarah
Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Cara untuk menahan marah :
* Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
* Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
* Segeralah berwudhuk.
* solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.
8. Rasulullah SAW Optimis Dan Tidak Putus Asa
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.
9. Rasulullah SAW tidak pernah iri hati
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan pencegahan yang sangat tepat.
10. Rasulullah SAW Makan Sayur di Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
11. Rasulullah SAW tidak terus tidur selepas makan
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
Sabda Rasullulah SAW :
" Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras." (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
12. Rasulullah SAW berolahraga dan beriadah
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.
13. Rasulullah SAW tidur awal dan bangun awal pagi
Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh.
Tambahan :
Sihat Secara Islam
1. Mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda yang mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.
2. Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan spt :-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
>Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
3. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
> Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit.
4. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain.
> Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
5. Rasulullah SAW juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
> Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil dan boleh merosakkan usus kita.
6. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
> Ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment