Friday 16 December 2011
Fadhilat Bersedekah
1.hadis daripada abu hurairah r.a katanya,aku dengar rasulullah saw bersabda : jangan kamu tolak orang yang meminta minta walaupun dia kafir,kata seorang sahabat:ya rasulullah saw bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?jawab nabi:bahawa mereka adalah makhluk allah juga,sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat tuhan yang maha pemurah.
2.malaikat berseru "hai tuhanku,segerakanlah yakni gantikanlah harta orang yang bersedekah dan segerakanlah yakni bala bagi orang yang enggan yakni kedekut akan bersedekah hartanya
3.sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan allah dan bersedekah berterang terangan itu penghadang api neraka
4.sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan
5.takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma atau kiranya tidak mampu maka bercakaplah dengan perkataan yang baik juga menjadi sedekah bagimu
6.bersedekah lah kamu dengan dirimu dan atas orang daripada kamu walaupun dengan semangkuk air,kalau tiada berkemampuan maka bacakanlah satu ayat dari kitab al quran atau jika kamu tidak tahu membacanya maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati allah kepada mereka
7.barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh malaikat pada hari kiamat
8.rasulullah saw pernah bersabda : sesiapa yang meringankan beban orang yang dalam kepayahan,kesukaran atau kesusahan nescaya allah akan meringankan bebannya dihari kiamat
9.mas kahwin bidadari syurga itu adalah dengan bersedekah segenggam buah kurma dan sebelah roti
10.tidak kurang harta dari sedekahnya itu yakni didunia ditambahi pula dengan berkat hartanya dan menolak bala dan di akhirat diberikan pahala serta diampunkan dosanya dan dikurnikan syurga
11.sabda nabi saw : sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar,diulangi oleh nabi sebanyak 3 kali(begitu sekali nabi menekan kebesaran kelebihan bersedekah)
12.sedekah menolak bala dan memanjangkan umur
13.orang yang taat beribadah kepada allah dan taat pula kepada ibubapanya tetapi dia bakhil atau kedekut serta tidak mahu bersedekah maka ia diazab atas dosa kedekutnya diakhirat.
14.yang lebih elok dengan bersedekah ialah barang yang sangat sangat disayanginya,ini sesuai sebagai mana yang terdapat didalam hadis qudsi yang bermaksud tidak kamu perolehi kebajikan sehingga kamu belanjakan yakni bersedekah atau memberi hadiah dari apa yang kamu sayangi..
Bagaimanapun bersedekahlah kerana Allah bukan kerana sebab untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Sebaik-baiknya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan tidak akan diketahui oleh tangan kiri, begitu juga sebaliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment