Friday 16 December 2011

Solat Jumaat Jangan Tinggalkan


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ( ke masjid ) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan perniagaan. Demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” ( Al-Jumu'ah : 9 )

Sabda Rasulullah SAW:

" Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Huraian:

Solat Jumaat adalah antara kelebihan yang diberikan khusus oleh Allah kepada umat ini yang akan memberikan kejayaan melalui kemuliaan yang ada pada hari tersebut.

Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah ra :

"..Kemudian hari ini ( Jumaat ) adalah hari yang ditetapkan kepada mereka ( Yahudi dan Nasrani untuk mendekatkan diri kepada Allah ), tetapi mereka tidak mahu menerima, lalu Allah memberi petunjuk kepada kita ( agar menerima hari tersebut ). Hari bagi Yahudi ialah esok ( Sabtu ) dan bagi Nasrani pada hari lusa ( Ahad ).
Solat Jumaat difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah tetapi tidak dapat dilaksanakan di Makkah disebabkan ketidakmampuan umat Islam berhimpun bagi mendirikannya.

Orang pertama yang menghimpunkan orang ramai bagi mendirikan Jumaat di Madinah sebelum Nabi berhijrah ialah As'ad bin Zurarah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud.

Hikmah disyariatkan;

-Jumaat menjadi pertemuan mingguan umat Islam dalam sebuah kampung atau penempatan pada satu tempat iaitu di masjid.

-Umat Islam bertemu untuk nasihat menasihati, menambahkan perpaduan dan tanggungjawab. Menambah rasa kasih sayang dan berkenal-kenalan. Juga menjadikan umat Islam peka dengan peristiwa semasa yang berlaku setiap minggu.

-Hubungan mereka dengan pemimpin yang sepatutnya bertindak menjadi khatib dan pemberi nasihat kepada mereka dapat diperkuatkan.

-Solat Jumaat merupakan muktamar mingguan;
pada hari tersebut umat Islam bertemu dalam saf di belakang pemimpin yang menjadi Imam dan Khatib mereka.

Oleh itu, renunglah bagi maksud sabda Nabi saw bagi orang yang memandang ringan terhadap kepentingan solat Jumaat :

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali disebabkan memandang ringan terhadapnya, maka Allah memeterikan hatinya

No comments:

Post a Comment