Thursday, 28 June 2012

MEMEY DISAHKAN HAMIL 2 BULAN



Memey Suhaiza disahkan hamil 6 minggu atau dua bulan melalui laman hiburan MediaHiburan (MH).


Memey Suhaiza mengakui kepada Media Hiburan hari ini,  dia menangis apabila melihat hasil ujian kehamilan yang dilakukan sendiri dirumah.

“Selepas itu, abang Norman (Hakim) membawa saya ke klinik dan alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu”

“Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” tambah Memey Suhaiza.



Memey dijangka melahirkan cahaya mata sulung bersama Norman Hakim dalam bulan Febuari 2013. Tahniah diucapkan.

PUTERI DUYUNG KEBANGGAAN DR SHEIKH MUSZAPHAR DAN DR HALINA




Puteri kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina kini sudah berusia 10 bulan dan semakin cekap berenang dan menyelam.

Difahamkan Sophea Isabella atau nama manja Bella sudah mampu menyelam ke dasar kolam dalam masa tiga hingga lima saat sambil mengawal pernafasan.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, melalui pengalamannya sendiri di mana dia telah didedahkan dengan sukan renang oleh bapanya sejak berusia empat tahun sehingga menjadi perenang negara menerbitkan keazamannya untuk menyediakan Bella mempelajari teknik berenang dan menyelam seawal yang mungkin. 

“Jadi kami mula mencari buku serta mendapatkan maklumat di Internet mengenai teknik permulaan berenang untuk bayi berusia sebulan. Memandangkan sejak dalam kandungan bayi membesar di dalam air, jadi tidak menjadi masalah kerana sememangnya mereka mampu berinteraksi dengan baik sekiranya diberi pendedahan awal,” katanya.

Bella telah diajar teknik menahan nafas  sejak berusia sebulan. 

“Ketika Bella berusia sebulan kami menjirus kepalanya menggunakan air suam dan ini berterusan sehingga usianya mencecah dua bulan. Pada peringkat permulaan, reaksi Bella seakan takut dan tidak dapat mengawal diri kerana belum biasa dengan situasi itu. Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya,” ujarnya.





“Hasilnya Bella berupaya menahan nafas daripada kiraan tiga sehingga 10 saat. Namun Bella masih belum boleh berenang sepenuhnya sebaliknya hanya terapung dan menyelam saja kerana otot badannya masih belum kuat,” jelasnya. 




Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina bekerjasama dalam melatih Bella dengan penuh kesabaran. Selalunya pasukan suami isteri ini akan membiarkan Bella menyelam sambil  dipegang oleh ayahnya. Ayahnya akan menolaknya ke hadapan dan ibunya yang sudah bersedia akan menyambut si cilik. Bella juga diajar teknik berenang seperti berkayuh dan membuat tendangan di dalam air.




Aktiviti berenang membawa banyak kebaikan kepada tubuh badan kerana membantu menguat dan  mengembangkan paru-paru dan menjadikan pernafasan lebih lancar. Bagi penghidap asma, lama-kelamaan ia akan hilang sendiri.

Pergerakan tangan, kaki dan kepala semasa berenang  akan  menguatkan otot badan. Rutin berenang juga membantu menambah ketinggian badan seseorang serta meningkatkan ketajaman otak.

“Paling penting selain membina stamina, mereka yang tahu berenang dapat menyelamatkan diri sendiri dan orang lain apabila berada dalam situasi kecemasan terutama membabitkan kanak-kanak. Malah ibu bapa tidak perlu takut mengajar anak mereka berenang kerana aktiviti ini selamat dan menyihatkan badan. Sebaiknya, ia didedahkan kepada anak-anak ketika usia bayi lagi,” katanya.

Katanya, pernah berlaku beberapa bulan lalu ketika dia meninggalkan Bella untuk mengambil barang secara tiba-tiba Bella terjatuh di dalam kolam.

“Alhamdulillah Bella pandai menahan nafas dan boleh terapung dengan sendiri sebelum saya pantas mencapainya,” jelasnya yang memperuntukkan tiga atau empat kali seminggu bersama Bella di kolam renang.








Untuk memberinya pendedahan sosial dan komunikasi, Bella telah mula menghadiri kelas muzik sejak berusia enam bulan. 


antara kelas yang dihadiri Bella

“Saya mahu Bella mahir dalam pelbagai bidang seperti muzik dan gimnastik, juga mengikut sunnah Rasulullah yang mahir dalam tiga perkara iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda,” ujar Dr Sheikh Muszaphar.

Kata Halina “Sebagai ibu saya tidak sabar melihat Bella membesar di depan mata. Setiap hari melihat keletah manjanya, perbualan dalam bahasa sendiri menyebabkan saya dan suami tidak boleh berjauhan dengannya,”.


seperti bayi-bayi lain, Bella juga ada 'favorite spot' sendiri di rumahnya. Dr Halina terpaksa mengeluarkan semua barang dari bawah TV ini agar si comel ini dapat bergaya dan melihat dirinya dalam cermin-cermin dari pelbagai sudut di sini

Ini diakui Sheikh Muszaphar yang memberitahu lebih merindui Bella dan akan mencari anak kesayangannya itu berbanding isteri apabila pulang ke rumah.


Wednesday, 27 June 2012

WANG KERTAS BAHARU MULA DIGUNAKAN PADA 16 JULAI 2012



Wang kertas baharu akan mula diedarkan dalam masa yang terdekat. Wang kertas baharu itu akan boleh mula digunakan pada 16 Julai 2012.

Nampaknya anak-anak akan mendapat wang kertas baharu untuk 'duit raya' tahun 2012 ini nanti.

Tuesday, 26 June 2012

PENAMPILAN TERBARU ROZITA CHE WAN ALA-ALA K-POP KOREA




Pada umumnya, mereka yang rabun tetapi tidak gemar memakai kaca mata akan memakai kanta lekap sebagai  pilihan kedua bagi membantu penglihatan mereka.

Namun, kini kegunaan kanta lekap telah menjadi satu trend fesyen dan aksesori untuk tampil cantik. 


Rozita Che Wan merupakan antara selebriti wanita yang gemar memakai kanta lekap yang pelbagai warna seperti warna hijau turquoise, warna hijau gelap, serta kelabu. Tidak hairanlah dirinya selalu menjadi tumpuan dalam majlis-majlis yang dihadirinya. Tambahan Rozita mempunyai potongan badan yang menarik mengalahkan gadis remaja. Lihat sahaja gambar terbarunya dengan skirt ala-ala K-Pop Korea di atas.

Mungkin memakai aksesori serta bulu mata dan kanta lekap yang berwarna-warni adalah cara Rozita Che Wan untuk menambahkan lagi keunikan pada dirinya untuk tampil menarik di khalayak umum.

Mungkin keberaniannya membuat membuat mereka yang tidak selesa dengan gayanya yang unit dan tersendiri itu mengatakannya tidak sedar diri dan pandai ‘mengail anak-anak ikan’. 

Apatah lagi, pelakon berstatus janda dan mempunyai dua orang cahaya mata itu sering saja tampil dengan solekan sempurna, berbulu mata lebat, rambut didandan rapi, berpakaian hebat dan tidak ketinggalan tas tangan dari jenama mewah. Prada antara jenama tas tangan dimilikinya.

Malah ke mana saja Rozita Che Wan pergi, dia pastinya akan ditemani seorang pengawal peribadi merangkap pemandunya dan baru-baru ini dia baru saja pulang dari kota Milan, Itali untuk bercuti sambil memenuhi keperluannya sebagai seorang wanita iaitu membeli-belah.

Pelakon berbintang Pisces itu mengatakan setiap apa yang dibelanjakan adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri sepanjang enam tahun berkecimpung di dalam bidang lakonan sehinggalah menjadi jurucakap kepada produk kecantikan Safi Rania Gold yang kini sudah memasuki tahun kedua.

Rozita berkahwin dengan Azuar Effendy pada tahun 1995 dan berpisah pada tahun 2003.

Rozita semakin anggun jelita, berbeza dari wajahnya pada tahun 1995

Muka depan majalah GLAM bulan Mei 2012 
- Rozita bersama model yang baru menempah namanya di India bernama Amit Ranjan 


OSMAN KERING DILAPORKAN KRITIKAL AZIZ SATAR STABIL



KUALA LUMPUR : Menurut isteri pelakon dan pelawak Osman Kassim, atau lebih dikenali sebagai Osman Kering 58, tekanan darah dan nadi suaminya tidak stabil.

Osman Kering kini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.

Isteri beliau, Che Norhayati Che Omar,48, berkata .

“Suami saya dirawat di HUKM sejak 11 Jun lalu masuk hari ini sudah 16 hari dan doktor juga mengesahkan suami saya terkena jangkitan paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang,”.

Antara filem yang dibintangi Osman Kering ialah Kantoi, Senario The Movie I, Tentang Bulan dan Man Laksa.

Datuk Aziz Sattar, 87, dan isteri, Datin Hashimah Delan, 54

Sementara keadaan seniman, Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lalu, dilaporkan stabil.

Bagaimanapun Aziz Satar masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat. Beliau kini  ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi  melawatnya di hospital berkenaan bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz.

Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan Sabtu lalu.

Aziz banyak kali diundang membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, antaranya Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi – BERNAMA

Monday, 25 June 2012

18 SEBAB JIN SUKA MERASUK MANUSIA




Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani mengatakan "Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,”.

Menurut Ustaz Dasuki ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. 

Lazimnya jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat. “Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya" katanya.

Tambahnya lagi “Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,”.

Menurut Ustaz Dasuki, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.


Katanya, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Menurut ustaz Dasuki ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati 
        perintah Allah

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti 
    ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam 
      rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut 
      kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur 
      sihir

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya :-

1.  Sukar tidur malam

2. Hati berdebar-debar terutama pada waktu senja 

3. Perasaan resah tidak menentu.

4. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan 
   seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, 
   dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga 
   dikaitkan dengan gangguan jin.

5. Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan 
    makhluk halus 

6. Malas berzikir dan solat

7. Merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar 
    dikesan oleh doktor.

8. Pening berpanjangan terutama pada waktu senja

9. Otak lemah

10.Tidak sedar diri

11. Telinga berdesing 

12. Mendengar kata-kata suruhan tertentu

ISTERI DATO' FAZLEY ANGGUN BERTUDUNG



Datin Azrene, isteri Dato’ Fazley Yaakob berkelulusan Bachelors of Law dan juga Master of Laws dalam bahagian Hak Asasi Manusia dari Nottingham University, United Kingdom. 

Selepas melahirkan cahaya mata mereka yang kedua, atas dorongan suami, Datin Azrene berjinak ke 'profession' memberi latihan kepada para belia, wanita dan ahli korporat mengenai imej.

Beliau telah membuat persediaan awal dengan menyertai kursus imej di Malaysia dan luar negara untuk mendapatkan sijil dan accreditation sebagai pakar imej. Penggabungan tenaga Datin Azrene dan Datuk Fazley memantapkan lagi  syarikat. Selain bertugas sebagai Certified & Accredited Image dan Fashion & Etiquette Consultant, beliau juga sedang menulis buku motivasi untuk ibu-ibu mengandung.

Datin Azrene menukar penampilannya dengan bertudung  selepas kelahiran bayi yang ketiga. 

Sunday, 24 June 2012

Aaron Aziz Sah Kini Penduduk Tetap Malaysia



Aaron Aziz Sah Kini Penduduk Tetap Malaysia: Populariti ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding artis ...

ERRA FAZIRA DAN ENGKU EMRAN BAHAGIA BERSAMA ALEESYA

Birthday Aleesya. anak kebanggan Erra Fazira dan Engku Imran

Keluarga bahagia, semuga bahagia hingga ke syurga. Amin.....


Erra Fazira Enggan Komen Kenyataan Suami: KUALA LUMPUR : “Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, ...


Kenyataan dari Engku Emran


KUALA LUMPUR : Suami kepada pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin lain dan memilih untuk berpoligami sebagaimana yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Menerusi laporan yang disiarkan akhbar tabloid Harian Metro hari ini, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata Erra Fazira adalah satu-satunya isterinya dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi, lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra, sama sekali tidak betul. Yang penting, Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran di dalam akhbar popular berkenaan.

Sementara itu di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini pula, Emran berkata dia tidak sekalipun terfikir untuk mengamalkan poligami memandangkan ia tidak pernah berlaku dalam keluarga terdekatnya sebelum ini.

“Bapa adalah idola saya dan beliau bahagia dengan hanya satu isteri, ibu saya. Begitu juga dengan bapa saudara saya yang lain, tidak pernah ada keluarga terdekat saya yang berkahwin dua.

“Jadi, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk ke arah itu, apatah lagi dalam keadaan rumah tangga kami yang tidak berhadapan dengan sebarang masalah besar,” katanya.
Dengan penjelasan itu, Emran berharap agar pihak yang telah menabur fitnah kepadanya supaya segera insaf.

Kata Emran, dia perlu menjernihkan keadaan kerana tidak mahu Erra Fazira terus tertekan dengan soalan-soalan yang sama daripada pihak media. – Murai


Gambar-gambar Terkini Aleesya, Buah Hati Erra Fazira Dan Engku Emran





Thursday, 21 June 2012

WAKTU DOA PALING MUSTAJAB




Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:

" Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T. "


Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku."

Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa kita, umat Islam berbeza daripada umat agama lain. 

Kita meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Wednesday, 20 June 2012

ISTERI DERHAKA TEMPATNYA DI NERAKA



Hadith :


Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” 
(al-Bukhari)

Huraian :

1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.

2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. 


Sabda Rasulullah: 

"Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban) 

3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. 

Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 


4. Rasulullah bersabda: 

"Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." 
(Riwayat Al Bazzar). 



AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT DI HARI AKHIRAT



Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
(Riwayat Muslim)

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. 

Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. 

Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar. 

ALLAH S.W.T. FARDHUKAN SOLAT 5 WAKTU ATAS UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.




Hadith :

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda 

":.... (selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”
( Bukhari )

Huraian
1. 27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. 

Ia berlaku pada tahun yang dinamakan “Tahun Dukacita” di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.

Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. 

Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.

Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. 

Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa dan hanya sementara.

GOLONGAN YANG TIDAK DIENDAHKAN ALLAH S.W.T.



Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:

” Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,”
- kata Muawiyah, “juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong ; 3) si miskin yang sombong.”
(Muslim)


Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah dan ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. 

Nikmat kepanjangan usia contohnya, membuatkan manusia hidup bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang kurniaan Allah S.W.T. itu. Bahkan tanpa segan silu dengan anak cucu apalagi dengan masyarakat sekelliling, 'si tua bangka' masih bergelumang dengan dosa perzinaan. 

Begitu juga dengan pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan, menjadi lupa  bahawa jawatan yang sedang disandang itu adalah amanah dari Allah S.W.T. Malah  menjadi 'lupa daratan' dengan mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat. Lupa mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T. di dunia yang hanya sementara cuma ini.

Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong, yang juga dibenci oleh Allah S.W.T. Di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hayatnya. 

Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul. Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain. 

Tiga golongan ini tidak akan dipedulikan oleh Allah dan bakal menerima azab di hari akhirat kelak.

SAYANG MENYAYANGI



Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? 

Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin?

Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? 

Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita?

Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. 

Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Contohnya :

~  saling memberikan hadiah walaupun kecil 

~ sentiasa berterima kasih

~ ziarah-menziarahi 

~ saling membantu dan berkongsi suka-duka 

~ bertakziah/bersimpati apabila ditimpa malapetaka

Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala, seperti hanya pada hari ibu atau pada hari bapa baru hendak membawa ibu atau bapa kita keluar makan misalnya. 

Islam juga menetapkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya adalah haram. 

Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak tetapi keutamaan hendaklah diberikan kepada keluarga terdekat kita sendiri dahulu, dimulai dengan ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.