KEMUNCULAN PERTAMA AZRINAZ MAZHAR HAKIM SELEPAS BERCERAI DENGAN SULTAN BRUNEILAN
Sumber : RentakArtis 23.05.2012
Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.
“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.
“Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper’,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.
“Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.
“Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi,” ujarnya.
Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.
Pada 16 Jun 2010 bersamaan 3 Rejab 1431 Hijrah Azrinaz telah bercerai dengan Sultan Brunei dengan talak satu.
> BRUNEI ROYALTY
> GAMBAR KELUARGA DIRAJA BRUNEI
> KOLEKSI GAMBAR AZRINAZ MAZHAR HAKIM
> GAMBAR ANAK AZRINAZ MAZHAR HAKIM DAN SULTAN BRUNEI
No comments:
Post a Comment